Salam dan Selamat Sejahtera Buat Semua.
Setakat pengamatan saya, shoutbox di laman Dendron ni lebih aktif daripada entri-entri. Sebab author-author Dendron ni semakin hari semakin malas (termasuk yang menulis entri ni), kecuali Pjoyz. Respek abang 1st batch ni!.
Dendron mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua yang sentiasa menyokong Dendron, khususnya warga SASERIAN daripada pelajar hinggalah kepada guru-guru.
Sebagai hadiah kepada anda semua, laman web ni akan dinaik taraf ke domain dan hosting sendiri. Terima kasih kepada mereka yang menderma dan menyumbang ke arah pembangunan Dendron ini.
Semoga panaik tarafan laman web ini kelak akan menjadi titik mula kepada penubuhan Alumni SASER kelak, insyaAllah.
Sekian, terima kasih!
Fakhruddin Aifi Fauzi (Paku)
SASERIAN 2nd Batch (2003 - 2004)
B.Sc Geophysics (Honours)
The University of Adelaide
Australia.
Labels: announcement