silalah menghadirkan diri anda di sekitar ampang/kL pada sabtu mlm ni 2nd Feb 08...ade sket meeting...nak discuss berkenaan mcm2 serta nak bwat 'old boys weekend' mcm kat PD dulu tu....so..sape2 y rase bleh dtg tu dtg la k...kite nak discuss ni...adik2 saser laen dah mcm2 bunyi dah...k..sape y rase nak dtg tlg inform aku (ihsan epsilon) atau mag.... skian..
-ihsan~epsilon~pioneer-
sHazZy kat sini baru 5 bulan and name tempat yang sHazZy tinggal nih ialah "شارع الجامعة" atau lebih mesra dipanggil "Uni. Street". hahah... mesti terpikir2 kat mane la tempat nih.. hhmmm... sebenarnyer tempat nih kat negara Jordan atau name panjang die.. " The Hashimite Kingdom of Jordan ". sHazZy diterbangkan ke negara nih pada tanggal 31hb Ogos 2007 pagi. tiba di lapangan terbang antarabangsa Jordan di Amman (ibu negara Jordan), pada 3.30 petang (waktu tempatan). Tibanya sHazZy di bumi anbia ini, alangkah terujanya kerana inilah kali pertama sHazZy menjejakkan kaki ke negara orang.

Semasa sHazZy menjejakkan kaki di sini, keadaan cuaca di sini amat panas kerana musim panas tgh 'bermaharajalela'. huhuh.. suhu pada hari tersebut mencapai 43 darjah celcius... panazz giler..
Tetapi sekarang telah masuk musim sejuk.. musim sejuk di sini xla sejuk mcm kat kutub tuh.. tp menusuk ke tulang gak la.. baru2 nih, pada 22hb Januari yg lalu, salji telah turun meliputi seluruh bandar2 utama di Jordan... mmg teruja la mase tuh, ye la.. 1st time tgok salji depan mate sendiri.. amat la lawa.. huhuhu... dan hari ni maybe akan turun sajli lg...

pada pendapat sHazZy, bende nih depends on orang tuh sendiri, klu niat die betol, betol la jdi nyer.. hhmmm.. pasal ibadat nih, kat sini mmg amat bebas untuk mambuat ibadat sbb kate negara islam kan... huhuh... kat mane2 pown ble nampak org semayang.. siap ade yang semayang tepi2 jalan lagi. huhu.. makanan lak xkesah.. xpayah nak risaw, kite masuk kedai makan memane pown, mmg sah makanan tuh halal.
pasal bergaulan lak, hhmmm... kat negara arab especially Jordan ni , pergaulan lah menjadi masalah utama, sbb kebykan org arab jordan terpengaruh dengan budaya barat (seperti Malaysia. tp kat sini lagi teruk..), cara pakaian, sosial mereka tidak melambangkan mereka sebagai negara islam. itulah masalah utama yang sHazZy dapat lihat di Jordan nih...
masalah ini lah cube ditangkis dan dielakkan oleh persatuan pelajar di sini dan usaha2 mereka sudah tentu agak berjaya. bagi sHazZy, ia bergantung kepada induvidu tersebut samada untuk menjadi lebih baik atau menjadi lebih teruk mahupun tidak berubah... kate dok kat negara arab.. bumi anbia.. penuh dengan berkat.. pepandai kite la nak mencari keberkatan tersebut..
Aku, Kehidupan dan Irbid
jadual harian kehidupan?? huhuh.. x menentu sebenarnyer.. ni kan lagi musim sejuk, ape lagi.. dok bwh selimut tebal 8 kg je la sepanjang hari.. hahah.. tuh klu cuti.. klu ade klas, sHazZy akan pegi klas pagi n blek dalam mase 3 jam selepas sampai ke Uni. nak taw kenape??? sbb kitorg (1st year, sem 1 ) ni, blom lg amek subject general medic n dentist, blaja bende same mcm kat matrix, mcm general bio, gen chem, general, physic, etc. masuk sem 2 nih bru masuk subject2 berkaitan..
dalam winter nih, malam lagi panjang dari siang... menyebabkan isya' masuk dalam pkol 6 ptg mcm tuh.. sbb nyer pkol 5 ptg dah mcm pkol 9 mlm dah.. huhuh... so, dok umah jer la.. kebiasaannyer, pada musim bukan cuti, sHazZy akan luangkan mase selepas isyak untuk membuat ulang kaji sedikit mengenai pelajaran yg disampaikan oleh lecturer.. biasenyer seblom tido la. n biasanyer amek mase dalam 2 jam camtuh...

mcmtuh la pusingan kehidupan sHazZy secara ringkas sebagai pelajar kat negara org nih, yang penting kite kene pandai membahagikan mase yang telah dianugerahkan kepada kite dengan sebaik-baiknyer...
Aku, Pelajaran dan Irbid

sebenarnyer, tidak terlintas langsung dan x tersenarai pown cita2 sHazZy nak jadi doktor gigi, kerana sHazZy dahulunya bercita2 untuk menjadi psychiatric. tp xde rezeki dalam bidang tersebut, kite redha sahaja lah dengan ketentuanNya.
sesungguhnye susasana pembelajaran di sini amat berbeza dengan sistem pembelajaran di Malaysia. kerana sistem kuliah digunakan dalam memberi ilmu kepada pelajar, tetapi di Malaysia menggunakan sistem kuliah dan tutorial.
cara pensyarah menyampaikan kuliah sudah tentu lah dalam bahasa inggeris, ttp ade jugak pensyarah yang menyampaikannye dalam bahasa arab, cuma dalam aspek istilah sahaja disampaikan dalam english. payah x?? wajiblah amat payah nak paham.. hahah.. jadi selain belajar subjek2 dentist dan medic, kami disini menjadikan subjek bahasa Arab sebagai salah satu sbjek yg penting... huhuh... biler ckp pasal negara islam dah tentu la cuti mggu die berbeza dengan Malaysia.. hahaha... hari bekerja di sini bermula pada hari Ahad hinggalah hari Khamis.. pada hari2 tersebutlah berlangsungnye kelas2 yg sepatutnye... pada hari sabtu (ble dikatakan setiap hari sabtu) pula exam. tp bukan banyak pun, just 1 subjek sahajo.. hohoh...

Aku, Jalan-jalan dan Irbid
dah tentu la sHazZy akan g jejalan memane especially biler time cuti nih.. buat mase skarang, sHazZy dah pegi jalan2 kat sebahagian dari kawasan bersejarah Jordan iaitu Jerash atau lebih dikenali sebagai "The Ancient City of Jerash".. kota yang dikatakan kota lame Rome semasa Jordan ditakhluki oleh mereka. mmg besar giler.. bayangkan 2km persegi kota die.. hohoh... siap ade coliseium lagi.. hohoho...
maybe dalam mase terdekat seblom masuk sem 2 nih, sHazZy akan ikut kekwn berjalan ke Syria dan ke Turki.. itu plan sahaja,..

Info
- Mohd Shazrin bin Ahmad
- 4th Batch 05-06
- 4 / 5 Iota
Labels: saser sedunia
beberapa ketika ini DENDRON dihujani dengan bakal-bakal adik yang akan melanjutkan pelajaran ke SASER yang gah dengan mottonya.. Namamu Teratas...
disebabkan itu... saya dan sudara Fakulito telah berbincang dan membuat forum di dalam blog DENDRON ini demi kemudahan para pelajar, bekas pelajar dan bakal pelajar.. jika anda mahu ke forum tersebut ruangan DENDRON forum di sebelah "SASERIAN bloglist" itu boleh diklik... anda PERLU MENDAFTAR DAHULU baharulah boleh bertanyakan soalan.
terima kasih.
SASER namamu terATAS
Setiap hari bingkisan dari syurga tiba
Mengulangi tentang rindunya pada kuntuman rijal
Mengapa kuntum mekar tidak lagi menghiasi taman?
Di dunia kelopak demi kelopak layu berguguran
Dimamah deretan anai-anai tribulasi zaman
Setiap dekad belum lagi menjadi piala perjuangan
Sebaliknya menjadi takungan air mata
Yang mengalir di pipi perlahan melihat satu demi satu
Bolos pada jaring-jaring robek dimakan tikus
Lukah yang ditanam selama ini tidak lagi seperti semalam
Jerat yang dipasang juga tidak bingkas
Setiap kali pulang hanya diburu kesepian
Di tengah hiruk pikuk mertua dan anak-anak
Dunia semakin tenat
Tetapi sepatu rijal belum lagi kedengaran
Pulang membawa pesanan yang dikirim
Umat masih tertinggung di tangga
Dengan dua tangan bertupang dagu
Mengintai andainya kelihatan
Langkah pulang seorang rijal
Taman syurga semakin riuh dengan bisikan malaikat
Bisikan ingin tahu yang sungguh-sungguh
Siapakah tetamu syurga esok hari
Kerana hari ini dunia mengiklankan kehilangannya
Di sana-sini pada dinding dan tembok tembok
Terpampang pemidang jelas
Bagi siapa yang melintasi dan menatapinya.
Diambil dari http://satuperkongsian.wordpress.com.