Showing posts with label saser semalaysia. Show all posts
Showing posts with label saser semalaysia. Show all posts
Dari kiri : Naim (1st), Nazmi (3rd), Hafizul (1st), Firdaus (2nd) & Hakim (3rd)
Dunia debat IPT pada hari ini turut diserikan dengan kehadiran bekas-bekas pelajar SASER yang sudah menuntut di IPT. Masing-masing telah membawa nama universiti mereka bagi menggalas cabaran dalam pertandingan debat peringkat IPT. Usah dipertikaikan kredibiliti mereka kerana universiti mereka telah mengakui kehebatan mereka dan ada juga sesetengah dari mereka ini turut diakui kehebatannya oleh pendebat se-Malaysia. Berikut adalah pendebat IPT yang merupakan x-saserian.
Hafizul (1st Batch) --> Universiti Malaysia Pahang
Naim Husni (1st Batch) --> Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Khaidzir Farhan (2nd Batch) --> Universiti Tenaga Nasional
Firdaus (2nd Batch) --> Universiti Malaysia Pahang
Hakim (3rd Batch) --> Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Nazmi (3rd Batch) --> Management & Science University
Jumain (3rd Batch) --> Universiti Malaysia Pahang

Buat pengetahuan, sebahagian besar x-saserian yang telah mewakili universiti mereka langsung tidak pernah mewakili SASER dalam debat peringkat sekolah. Apakah maksud yang tersirat di sebalik pernyataan tersebut? Jawapannya mudah sahaja. Ada kalanya kita agak lewat menggilap potensi diri berbanding orang lain. Namun apabila kebolehan tersebut digilap, hasilnya amat memberangsangkan sehinggakan tiada siapa yang berani mempertikaikannya kerna kenyataan sudah terhidang dihadapan mata. Aku juga secara perbadi ingin mengucapkan tahniah kepada Farhan kerana dinobatkan sebagai pendebat terbaik dalam Pertandingan Akhir Debat Perdana Integriti 2008 yang menyaksikan pasukannya merangkul naib johan kejohanan. Pendebat SASER yang lain juga tidak kurang hebatnya cuba mereka perlukan lebih masa untuk terus mengasah potensi mereka. Ada kalanya, terdetik juga di hatiku ingin bersama rakan-rakan pendebat x-saserian untuk turun padang membuat perlawanan persahabatan dengan pasukan debat SASER. Mungkin jka kami ada kelapangan, usaha tersebut akan cuba direalisasikan.
Akhir kata, ingatlah bahawa setiap dari kita mempunyai kelebihan yang berbeza. Apa yang menjadikan kita lebih menonjol adalah proses untuk kita mengenali potensi diri dan seterusnya menggilap sehingga berkilau bak permata. Sekalipun di sekolah siapalah kita, namun itu tidak bermakna di universiti perkara yang sama akan berulang. Keajaiban akan tercipta, namun semuanya bergantung kepada usaha kita.

Labels: saser semalaysia
Subscribe to:
Posts (Atom)