Saya tanpa sengaja terjumpa benda di atas di laman forum MangaHelpers.UQ bermaksud University of Queensland di Australia.
Saya, Haizie dan Kacang sebagai duta-duta SASER di Australia ini langsung tidak mengetahui akan kewujudan seorang lagi SASERIAN di sini.
Sesiapa dapat membantu?
salam..
setelah me'review' kmbali blog ni..bnr kata shbt sy (paku) yg blog ni seakan2 terbiar..
mungkin juga kerana masing2 sibuk ngn kehidopan msing2..iye la, mne nk handle assignmnt lg,kuiz lg, exm lg...idop sbg stdent ni mmg sbok n bz sntiasa...x kira la stdnt skolah ke unv ke..
masing2 ade mtlamat n target msing2 yg perlu dikejar supaya x la ketinggalan..
nmpk nye projek yg dirancang olh 2nd gen tlh pown slmt dijalan dgn jayanya (dh lame pown)..
trimas kpd pengurus projek, saudara haikal...yg mungkin tanpa smngt beliau yg jitu..projek itu x dpt dijlnkn..wlaupown projek asal dirancang mengambil masa selama 3 ari..tp ats masalah teknikal dan masalah laen yg x dpt dielakkn, maka projek ini dipendek kpd 1 ari...kita hanya mampu merancang, hany Allah yg menentukan..wlaupun agak singkat masa yg diluangkn di SASER..
sempat la juga kami merasa mknn di dwn mkn yg lame kami tgglkn..*rindu giler nk mkn kt DM, mnom Daud soya*..heheheh..skang ni pelajar x perlu lg beratur,sblk nye mknn telah siap terhidang di ats meja..stdnt hnya perlu membawa perot msing2 dan duduk menikmati mknn..tnpa perlu beratur..dr perspektif sy, ia merupakn satu idea yg dilakukn oleh phk pentadbiran skolah di mana stdnt x perlu membuang masa untuk beratur ketika waktu mkn..*bravo~!!~!!*
objektif utama kami dijalankn pd keesokan hari nye..program ini berjalan jam 10 pg, dimulakn dgn mukadimah drpd pengurus projek dan disusuli dgn penerangan drpd pljr2 2nd gen yg hadir..penerangan ini meliputi prospek untuk melanjutkn pelajaran di dlm mahupun luar negara...termasuk la ATMA(UPNM),persediaan A-level ke German,U.S., Rusia, Ireland, Korea, n kembali ke asia tenggara -> indonesia..
projek kami ini disambut baek oleh phk pentadbiran dgn kehadiran En Rosli yg mengucapkn ribuan terima kasih kpd kami kerana sudi untuk kembali ke skolah bg membantu adek2 yg masih di SASER..
kami harap, program spt ini dpt mmbantu adek2 dlm menentukn arah tuju msing2..
SPM bkn penentu kejayaan dlm kehidupan seseorg..tp ia menjadi titik mula kepada kejayaan seseorg itu..dgn kecemerlangan yg dicipta semasa SPM..di harap dpt menjadi titik tolak kpd kejayaan di masa akn dtg..Insya-Allah...
p/s: alangkah sronok nye kalau perancangan awl dpt dijlnkn..siap ade booklet lg...tp apakan daya...kita hnya mmpu merancang...
*pic 2nd gen wit cgu tini*"penulis tiada dlm gmba..nk gak promote"ehheheh

Jam Delta sudah 10.30 malam. Alfa punya jam sudah kehilangan bateri. Siapatah yang curi. Elit lah sangat kalau begitu.
Kelas-kelas semakin kosong; Alfa, Beta, Delta-kelas-kelas elit, kata para cikgu. Gamma, Theta, Epsilon, Omega, Zeta, Sigma, Iota juga semakin kurangan. Namun lampu kelas masih bernyala. Ada juga yang tidak keluar minum malam di Dewan Makan. Yang ada pergi pun, lapan minit sudah kembali ke kelas.
"Hari ini bihun dawai. Minum sahaja. Gelas pun masih bersabun."
Keseluruhannya ke surau kemudian, solat Isya' berjamaah. Kelas kembali penuh, tidak tipu-90%. Senyap, rajin menelaah.
Bunyi siren yang membingit telinga kedengaran, jauh dari rumah Ustaz Farid.
"Light off! Light off!"
Kelas-kelas wajib menggelap. Sudah 11.30 rupanya. Semua kembali ke asrama. Koridor utama ke asrama sesak. Jarang sebegitu, kalau sianglah.
Lampu-lampu kelas, kamar, semua dipadam.
Macam mana ni?
Ambil meja, 2 3 buah, bawa masuk ke pantry. Studi. Ada lampu yang dibiar menyala di situ. Sendat, dengan baldi-baldi, tuala-tuala dan pakaian yang bersidaian tidak sistematik, langsung! Hapak, agak. Tapi Buku Rujukan Kimia Sasbadi lebih penting. Biologi Fajar Bakti semakin menebal, kembang sebab selalu dibuka. Kalkulator saintifik pun ada?
Surau juga penuh, bahagian solat wanita. Maaf, tiada wanita di sini. Semua jejaka. Studi. Sungguh-sungguh sekali. Ada juga yang bersolat hajat, mengaji al-Quran, meYasin. Alhamdulillah.
Lampu-lampu yang bercahaya sungguh signifikan kebaikannya. Diperlukan sampai 3.00 pagi, mungkin lebih.
Minggu depan, SPM 2004.
Salam dan selamat malam kepada semua (sebab waktu saya buat entri ini ialah pada waktu malam).
Saya sedang menghadapi Minggu Ulangkaji selama seminggu sebelum datangnya Peperiksaan Akhir Semester pada minggu seterusnya.
Namun begitu pada malam ini saya terasa amat tensi dan bertekanan. Justeru itu saya berhasrat untuk merevolusi Dendron ini. Sedih juga melihatkan Dendron terbiar. Kalau Dendron terbiar, nampak gaya akan datang penyakit Alzheimer ataupun Parkinson (tanda soal di sini).
Saya juga ingin mewar-warkan kewujudan laman web rasmi SASER beralamat: www.saser.edu.my. Anda sebagai SASERIAN boleh memberi kritikan dengan cara yang terpuji tentang laman web itu.
Sedikit pengumuman daripada webmaster laman web rasmi tersebut, sesiapa yang mempunyai gambar batch perlulah menghantarnya (yakni gambar itu) kepada webmaster berkenaan agar dapat dipaparkannya (yakni gambar itu).
Oh, sebelum terlupa, kami masih lagi mencari SASERIAN yang ingin menjadi penulis Dendron agar Dendron mampu menjadi lebih maju dan mewah setanding dengan.... Semoga Dendron tidak terbiar lagi.
Akhir kata daripada pihak penulis, selamat menduduki apa-apa jua peperiksaan di akhir tahun ini. SPM untuk Batch 05 di sekolah, Semester 1 matrikulasi untuk Batch 04 di kolej-kolej matrikulasi, Peperiksaan Akhir Persediaan-persediaan ke luar negara kepada SASERIAN, dan juga Peperiksaan Akhir Semester kepada saya dan SASERIAN serata dunia. Wah, serata dunia?
Kita ingat Dia, Dia ingat kita. Insya Allah.

