Persiapkan Diri Sebaik-baiknya
Jaga Kesihatan Dan Pemakanan
Tenang Dan Yakin Pada Diri
Fokus Pada Matlamat Yang Satu
Bersama-sama Menuju Kegemilangan
Semoga Kejayaan Milik Kita Bersama
"SELAMAT BERJUANG WAHAI PERWIRA SASERIAN"
Daripada :
Mohd Hafizul Bin Mat Rahim
SASER Pioneer (1st Batch)
Labels: SPM 09
Assalamualaikum & Salam sejahtera..salam 1 MALAYSIA buat semua putera SASER...
di kesempatan ini, saya wakil daripada X-saserian ingin mengucapkan GOOD LUCK SPM 2009 buat semua putera2 batch ke-7 SASER...
semoga di permudahkan perjalanan anda semua di dalam menduduki peperiksaan yang bakal menjelang pada 18november ini...di mulakan dengan paper 1 bahasa melayu...
berusahalah sehabis baik yang anda mampu...ingat anda punya tanggungjawab pada diri sendiri,keluarga,guru dan juga sekolah sendiri...dan ini adalah fasa terakhir anda di dalam sesi persekolahan...dan SPM bukan suatu perkara yang boleh di bawa main..ia penentu mana perjalanan anda di masa akan datang...
jangan pernah mengharapkan sesuatu yang lebih andai usaha yang kuat tidak di lakukan....teruslah berusaha selagi ada masa...kerana masa tidak pernah menunggu kita...dan apa yang paling penting...jangan pernah lupa untuk berdoa dan meminta padaNYA....kerana berkat usaha di tambah doa...pasti di permudahkan...dan kejayaan mungkin milik kita...
dan jangan lupa jugak untuk meminta maaf dan berkat ilmu dari cikgu2 SASER...rakan2 sekolah serta keluarga....semoga doa mereka akan sentiasa mengiringi anda...amin
akhir kata, kejayaan itu akan menjadi milik kita...jika usaha yang kita lakukan setinggi impian yang kita mahukan...kerana ALLAH akan memberikan kejayaan pada hambaNYA yang berhak untuk menerimanya...
semoga SASER akan terus TERATAS...!
MHD.JUMAIN BIN MAPPLATI
SASERIAN 3rd BATCH (2004-2005)
Labels: wish
Salam dan Selamat Sejahtera Buat Semua.
Setakat pengamatan saya, shoutbox di laman Dendron ni lebih aktif daripada entri-entri. Sebab author-author Dendron ni semakin hari semakin malas (termasuk yang menulis entri ni), kecuali Pjoyz. Respek abang 1st batch ni!.
Dendron mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua yang sentiasa menyokong Dendron, khususnya warga SASERIAN daripada pelajar hinggalah kepada guru-guru.
Sebagai hadiah kepada anda semua, laman web ni akan dinaik taraf ke domain dan hosting sendiri. Terima kasih kepada mereka yang menderma dan menyumbang ke arah pembangunan Dendron ini.
Semoga panaik tarafan laman web ini kelak akan menjadi titik mula kepada penubuhan Alumni SASER kelak, insyaAllah.
Sekian, terima kasih!
Fakhruddin Aifi Fauzi (Paku)
SASERIAN 2nd Batch (2003 - 2004)
B.Sc Geophysics (Honours)
The University of Adelaide
Australia.
Labels: announcement
Posted by misH
June 03,
2009
saser sesuatu yang istimewa. tak percaya? tanyala sesiapa pun yang pernah jadi warga saser.
skrg ni ramai ex-saserians yang kecoh sbb saser akan 'dijenamakan semula' dengan nama sm sains tuanku muhriz/kolej tunku muhriz/mcm2 lagi nama yang setakat ni masih x belum confirm lagi setakat ni..
sebagai org yang dah lama kat saser, i understand the sentiments people have about saser. saser, sekolah 'bundle', 'sekolah antik' yang memang ternyata istimewa kepada semua saserians. walaupun sekolah kami tak la grand mcm sbp yang lain, we work with what we have. aku berani jamin, korang xkan jumpa cikgu2 mcm yang ada kat saser. rasanya kalau setakat balik sekolah kul 6 tu bukan benda yang pelik bagi cikgu2 saser yang komited demi memastikan anak2 murid semua sukses. walaupun takde overtime, cikgu2 saser x pernah turn down those who are in need. (aku rasa, kalau dapat claim overtime, dah lama aku bwk bmw 325i g skolah...)
hadiah hari guru yang paling best bukannya bunga berbakul2 or teddy bear besar orang. hadiah paling mahal is bila dengar khabar saserians dpt scholarship yang best2 such as sime darby, bank negara, shell, khazanah, dan yang sama waktu dengannya.. masa tu rasanya terbayar semua penat lelah mengajar anak2 murid kat saser nih. so, bila anak2 murid batch sekarang ni agak kurang adab dgn cikgu, rasa kecik ati tu memang confirm ada.
sebab sekarang saserians batch 7 &8 hidup senang. tak payah angkat katil naik asrama, kemas sekolah, dan mcm2 lagi yang students 1st and 2nd batch buat.. dulu semuanya kalau nak training, buat sendiri. masa tu saser miskin, tak ada siapa yang pandang. nak panggil jurulatih luar pun tak mampu. aku ingat lagi, ada ex-saserians 1st n 2nd batch pernah kata, dulu diorg malu kalau jalan sebelah tkcians. sbb diri rasa sangat kecik, tak la macam nama tkc yang memang gah sejak dulu, g mana2 pun org confirm kenal. tapi sekarang, alhamdulillah, jenama saser tu satu 'brand' yang sangat disegani.
saser memang special, to me. kat sini aku belajar erti jadi cikgu. belajar handle sekolah all boys yang cerdik, tapi nakal. belajar hidup dalam kalangan manusia yang bermacam ragam. dan satu benda yang tak mungkin aku lupa, masa saser jadi johan ppm english debate 2006. punyalah excited masa announcement of results sampai aku lupa yang aku pakai high heels waktu tu. kenangan tu memang antara kenangan paling best aku kat saser nih.
untuk anak2 murid saserians, biarla nama berubah jadi nama apa sekalipun, yang penting korang teruskan semangat saser, so that kita sentiasa jadi yang terbaik. itu jauh lebih penting dari kekalkan nama saser tapi perangai saserians tak serupa orang.
jangan lupa hormati guru,kawan2, makcik2 cleaner, pakcik jaga sekolah, makcik2 dm & kantin, and sesiapa pun yang ada kat bumi saser. sebab kejayaan kita sumbangan diorang jugak. tak guna kalau korang sebut "maafkan kami cikgu, halalkan ilmu kami cikgu, doakan kami spm straight a, cikgu" kalau itu cuma mainan bibir and doesn't come from your heart.
apa2 pun, 'saser, namamu tetap teratas'
aku sayang saser.
p/s-artikel ini diambil dari blog seorang guru lama saser dengan kebenaran beliau.
Kejohanan Golf Amal SASER 2009
31 Oktober 2009 (Sabtu)
11 pagi
Tuanku Jaafar Golf & Country Club
Tujuan antara lain mencari dana PIBG sekolah untuk menambah koleksi buku di Pusat Sumber Sekolah SASER yang baru. Semua dijemput untuk memeriahkan kejohahan ini terutamanya ibubapa / penjaga pelajar semasa dan terdahulu. Borang penyertaan boleh di muat turun pada laman web ini. Sebarang pertanyaan sila hubungi:-
Tn Hj Mohd Kamal Shukor (012-3915881)
En. Razali Ahmed (019-6512982)
En. Norezal Nordin (012-2885425)
Pn. Noraini Kassim (019-6239159)
atau email kepada admin@saser.edu.my
Ibubapa pelajar SASER boleh mendaftar email dengan saser@yahoogroups.com untuk mendapatkan maklumat terkini daripada SASER. Sila hantar email kepada saser-subscribe@yahoogroups.com
*kepada sesiapa yang berminat bolehlah mendapatkan borang di website SASER iaitu http://saser.edu.my atau menghubungi guru-guru di atas

