berikutan lambakan-lambakan post di dendron ini..penulis juga terasa terpanggil untuk menulis sedikit 'ledakan'...pertama-tamanya(ayat permulaan ni hanya 1st batch dan 2nd bacth aje tau)penulis ingin mengucapkan syukur ke hadrat Allah kerna projek yang dirancang telah berjaya dilakukan dengan kerjasama jitu dari pihak sekolah serta sokongan rakan-rakan yang sanggup datang dari jauh semata-mata ingin membantu adik-adik saserian sekalian...
menerusi program tersebut..berbagai-bagai perkara dapat diketahui..antaranya betapa form 5 tahun ini agak tertekan dengan pentadbiran sekolah yang baru yang dikatakan telah menghilangkan kuasa 'senioriti' mereka di sana..saya tidak ingin masuk campur denga n lebih dalam..cukuplah mengambil tahu kerna yang berlaku itu merupakan masalah mereka dan pihak sekolah...
sekolah juga telah dilawati olah angkasawan negara..ini merupakan suatu penghormatan yang tertinggi kerana menunjukkan bahawa sekolah kita mula dipandang sebagai suatu sekolah yang mempunyai keistimewaanny tersendiri..apakah keistimewaan kita berbanding SDAR dan TKC yang telah berstatus premier sehingga sekolah kita mendapat pengiktirafan tersebut?..tidak lain dan tidak bukan adalah keputusan SPM sekolah yang semakin meningkat dari tahun ke tahun..ya SASERIAN..itulah KEKUATAN kita..SPM..olleh itu adalah menjadi tanggungjawab batch-batch yang berada di saser untuk memelihara ataupun meningkatkan lagi keputusan SPM tersebut
persetankan ketidakpuashatian..tetapkan niat..gandakan usaha..insyaAllah akan berjaya...oh ya rakan-rakan sekalian...tentang projek terbaru akan saya usahakan..idea sudah ada..tinggal mahu dilancarkan..apa-apa perkembangan terbaru akan saya sampaikan kelak..saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pentadbiran sekolah yang memberi kerjasama penuh kepada kami bekas-bekas pelajar..
oh ya rakan-rakan 2nd gen..bagaimanakah dengan PENCAWANG kita?..tiada ideakah?..mungkin blog ini boleh dijadikan medium untuk kita mencanaikan idea mungkin?