Meminjam daripada kata-kata Allah:
Selalu pun kita baca ayat di atas sewaktu di SASER. Maklumlah, ayat hafazan. Yang dah jadi bukan penuntut SASER tu ingat lagi ke ayat hafazan tu?
Peperiksaan pun dah habis. Takpun, akan hampir habis. Maka banyaklah masa lapang yang akan kita lalui. Sebenarnya semua bergantung kepada diri kita sendiri, sama ada mahu menggunakan masa yang lapang itu dengan baik atau tidak.
Rasulullah pun pernah bersabda:
yakni nikmat sehat dan waktu lapang.”
(HR. Bukhari)
weekend~!!~!!
whoaaa..slalu nye weekend la waktu yg ditunggu2 oleh sumer org...yg bekerja dpt peluang untuk bersama keluarga manakala yg masih bljr menggunakn hjg mggu untuk berehat disamping menenangkn fikiran slps smggu suntuk menatap buku..
hurm..terkenang kembali di SASER 03-04...hjg mggu tidaklah seindah spt yg diharapkn...ari sbtu akn diadakn wktu persekolah mengikut jadual yg ditetapkn..yg tggl hanya ari ahd..yg lazimnya digunakn sepenuhnya untk menyiapkn kerja sekolah...
namun..ianya tak lah terok spt diandaikn..ari sbtu biasa nye pljr akn disajikn dgn tayangan di court basketball..ini adalah slh satu aktiviti santai yg boleh dilakukn..siap berbantal dan ade juga yg membawa tilam~!!~!!..pd mlm mggu juga, pelajar akn bersepah2 di serata kwsn skolah dan juga luar skolah ade la juga yg fly kn...sgt sedkit pljr yg berada di kls..kalau ade pown, hanya duduk2 dan sembang2..mlm mggu sgt2 dimanfaatkn olh pelajar untuk menenangkn fikiran...rmai yg bertumpu di kantin untuk menikmati juadah...ade juga yg menunggu juadah2 yg dijual olh para guru...burger ustz farid, nasi lmk ckgu kahar dan kuey teow ckgu helmiah ( sumer ni akn abih sblom kul 11 lg~!!~!!) sgt sdp~!!~!!...yeah...sumer kenangan ni xkn dpt kalu aku x masok SASER dan mengenali rakan2 di situ...
hohohohohoh..
owh hampir terlupa..kalau sape2 nk cari paku di mlm mggu..cr la dier di mkml komputer..iA x menghampakn..hehehehe..
berikutan lambakan-lambakan post di dendron ini..penulis juga terasa terpanggil untuk menulis sedikit 'ledakan'...pertama-tamanya(ayat permulaan ni hanya 1st batch dan 2nd bacth aje tau)penulis ingin mengucapkan syukur ke hadrat Allah kerna projek yang dirancang telah berjaya dilakukan dengan kerjasama jitu dari pihak sekolah serta sokongan rakan-rakan yang sanggup datang dari jauh semata-mata ingin membantu adik-adik saserian sekalian...
menerusi program tersebut..berbagai-bagai perkara dapat diketahui..antaranya betapa form 5 tahun ini agak tertekan dengan pentadbiran sekolah yang baru yang dikatakan telah menghilangkan kuasa 'senioriti' mereka di sana..saya tidak ingin masuk campur denga n lebih dalam..cukuplah mengambil tahu kerna yang berlaku itu merupakan masalah mereka dan pihak sekolah...
sekolah juga telah dilawati olah angkasawan negara..ini merupakan suatu penghormatan yang tertinggi kerana menunjukkan bahawa sekolah kita mula dipandang sebagai suatu sekolah yang mempunyai keistimewaanny tersendiri..apakah keistimewaan kita berbanding SDAR dan TKC yang telah berstatus premier sehingga sekolah kita mendapat pengiktirafan tersebut?..tidak lain dan tidak bukan adalah keputusan SPM sekolah yang semakin meningkat dari tahun ke tahun..ya SASERIAN..itulah KEKUATAN kita..SPM..olleh itu adalah menjadi tanggungjawab batch-batch yang berada di saser untuk memelihara ataupun meningkatkan lagi keputusan SPM tersebut
persetankan ketidakpuashatian..tetapkan niat..gandakan usaha..insyaAllah akan berjaya...oh ya rakan-rakan sekalian...tentang projek terbaru akan saya usahakan..idea sudah ada..tinggal mahu dilancarkan..apa-apa perkembangan terbaru akan saya sampaikan kelak..saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pentadbiran sekolah yang memberi kerjasama penuh kepada kami bekas-bekas pelajar..
oh ya rakan-rakan 2nd gen..bagaimanakah dengan PENCAWANG kita?..tiada ideakah?..mungkin blog ini boleh dijadikan medium untuk kita mencanaikan idea mungkin?
"Quotes"
KUALA LUMPUR: Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini mengumumkan antara 30 sekolah kluster yang terpilih terdiri daripada Sekolah Kebangsaan Ulu Lubai, Limbang, Sarawak, sebuah sekolah pedalaman dan Sekolah Kebangsaan Pengkalan Tereh di Kluang, Johor yang merupakan sekolah kebangsaan Orang Asli.
Katanya, kumpulan pertama sekolah kluster yang terpilih untuk ditingkatkan kecemerlangan terdiri daripada semua kategori sekolah.
Ini termasuk SJKC Keat Hwa, Alor Star bagi kategori sekolah aliran Cina, SJKT Simpang Lima, Klang bagi sekolah aliran Tamil, dan SKPK Alma, Pulau Pinang bagi kategori sekolah pendidikan khas, katanya dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini hari ini.
Beliau berkata sembilan daripada 30 kumpulan pertama sekolah kluster ini terdiri daripada sekolah kebangsaan (SK), tiga sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA), dua sekolah menengah teknik (SMT), 11 sekolah menengah harian (SMH) yang terletak di bandar dan lima sekolah berasrama penuh (SBP).
Hishammuddin berkata sekolah yang terpilih ini "bukanlah sekolah yang diiktiraf sebagai sekolah terbaik di negara ini, tetapi merupakan sekolah cemerlang yang berpotensi untuk ditingkatkan kecemerlangannya ke tahap yang lebih tinggi lagi."
Beliau berkata pemilihan sekolah berkenaan telahpun disah dan diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Penasihat Kluster Kecemerlangan yang dipengerusikan oleh Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad pada Selasa lepas.
"Kesemua 30 sekolah ini merupakan senarai permulaan yang boleh dijadikan contoh penanda aras kepada sekolah lain yang berminat untuk memohon sebagai sekolah kluster.
"Kementerian akan membuka permohonan kepada sekolah-sekolah yang berminat untuk disenaraikan sebagai sekolah kluster bermula April ini," katanya.
Untuk tahun ini, 300 sekolah dari pelbagai aliran akan disenaraikan dan diklasifikasikan sebagai kelompok cemerlang, yang diharapkan dapat mengangkat martabat sistem pendidikan negara di mata dunia, katanya.
Sekolah lain yang terpilih terdiri daripada:
Sekolah Kebangsaan: SK Sultan Idris 2 (Perak), SK Infant Jesus Convent (Johor), SK Sri Gaya (Sabah) dan SK Zainab 2 (Kelantan),
SMKA: SMKA Al-Manshoor (P. Pinang), SMKA Sharifah Rodziah (Melaka) dan SMKA Sheikh Abdul Malek (Terengganu),
SMT: SMT Tawau (Sabah) dan SMT Tuanku Jaafar (Negeri Sembilan),
SMK: SMK Aminuddin Baki, SMK Convent Bukit Nanas, SMK Victoria, SMK St John (kesemuanya di Kuala Lumpur), SMK Penang Free (P. Pinang), SMK (P) Sri Aman (Selangor), SMK Sultanah Asma (Kedah), SMK Sultan Sulaiman (Terengganu), SMK Abdul Rahman Talib (Pahang), SMK Derma (Perlis), SMK Gunung Rapat (Perak),
SBP: Sekolah Sultan Alam Shah (Putrajaya), Kolej Islam Sultan Alam Shah (Selangor), Kolej Tunku Kurshiah (Negeri Sembilan), Kolej Melayu Kuala Kangsar (Perak) dan Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra (Kelantan).
Hishammuddin berkata sejajar dengan usaha memantapkan pengurusan sekolah kluster, kementerian itu telah menandatangani perjanjian persefahaman dengan University of London-Kings College, United Kingdom hari ini bagi melaksanakan program lepasan ijazah secara intensif yang direka khas khusus untuk melatih pengetua dan guru besar dengan kemahiran kepimpinan dan pengurusan.
Kings College merupakan kolej terbesar di University of London dan kolej ke-12 terbaik di Eropah dan ke-46 di dunia dalam senarai Times Higher Education Supplement.
"Kursus intensif ini menawarkan 'Post Graduate Certificate in School Management and Leadership' yang boleh diguna pakai sebagai kredit untuk pemegang-pemegangnya menyambung pelajaran ke peringkat sarjana," katanya.
Beliau berkata melalui program ini, kementerian akan menghantar pemimpin-pemimpin sekolah kluster ke UK bagi mengikuti latihan intensif dalam bidang pengurusan dan kepimpinan selama dua bulan.
"Pemimpin-pemimpin sekolah ini juga akan diberikan hands-on learning experience melalui bukan sahaja lawatan tetapi juga penempatan di sekolah-sekolah autonomi yang terpilih di UK," katanya.
Beliau berkata seterusnya, keupayaan dan kebolehan mereka akan diuji di sekolah-sekolah ini, dan melalui program ini pemimpin sekolah kluster akan didedahkan dengan pelbagai bidang ilmu berkaitan kepimpinan dan pengurusan khususnya cara mana untuk menguruskan sekolah masing-masing termasuk mengurus sumber manusia, kewangan, komunikasi, perhubungan awam dan lain-lain bersesuaian dengan kuasa autonomi yang diberikan kepada mereka.
p/s : sekadar ingin berkongsi...harap dpt la serba sedikit mmberi info...
Mohammad Irfan Abdul Samad, Batch 02 SASER ini telah menyertai satu pasukan dalam Pertandingan Cabaran Solar Sedunia Panasonic 2007 bertempat di Australia. Pasukan yang mewakili Malaysia itu terdiri daripada pensyarah dan pelajar-pelajar kejuruteraan daripada UTM Skudai.Pertandingan itu berlangsung selama 1 hingga 2 minggu, yakni perlumbaan kereta solar sejauh 3021 km daripada Darwin dan berakhir di Adelaide, yakni tempat saya belajar. Butiran lanjut di sini.
Irfan dan pasukannya [ayat macam Irfan sebagai ketua pasukan!] diraikan oleh sebahagian pelajar-pelajar Tahun Pertama Universiti Adelaide [termasuk saya].
Mereka kemudian akan ke Melbourne untuk berjalan-jalan sebelum berlepas pulang ke Malaysia dari Sydney.
Tahniah sebab berjaya sampai di universiti tempat belajar saya belajar. Lain kali telefon sebelum datang!
Info tambahan:
- Mohammad Irfan Abdul Samad
- 2nd Gen, 4 Epsilon / 5 Iota (2003 - 2004)
- Ketua Biro Keceriaan Pengawas, Pengerusi Kelab Multimedia
- Kaki lepak makmal komputer & bilik BADAR!
