In the Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful
SALAH satu keagungan, keistimewaan dan kemuliaan Ramadan ialah satu malam penuh berkat yang lebih baik daripada seribu bulan.
Malam yang hanya muncul pada 10 hari terakhir Ramadan itu lebih dikenali sebagai Lailatul Qadar.
Rasulullah (SAW) sendiri memohon kepada Allah agar malam bersejarah yang penuh hikmah itu menemuinya.
Dalam hal ini, Rasulullah (SAW) pernah bersabda bermaksud: Sesungguhnya bulan ini (Ramadan) datang kepada kamu, dalamnya ada malam di mana amalan ibadat yang dilakukan pada malam itu lebih baik dan lebih besar ganjarannya daripada amalan selama seribu bulan. Sesiapa yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu, kecuali orang yang diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada Allah. (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Dalam satu hadis lain, Rasulullah (SAW) bersabda maksudnya: Sesiapa yang beribadah pada Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan pengharapan kepada keredaan Ilahi, nescaya dia akan diampuni segala dosanya yang lampau. (Hadis riwayat Muslim )
Keistimewaan Lailatul Qadar diserikan lagi penurunan wahyu al-Quran untuk pertama kalinya kepada Rasulullah sewaktu baginda berada di Gua Hira. Selepas itu al-Quran mula diturunkan secara berperingkat-peringkat dan beransur-ansur selama lebih kurang 23 tahun iaitu 13 tahun di Makkah dan 10 tahun lagi di Madinah al-Munawwarah. Peristiwa bersejarah penurunan al-Quran diabadikan Allah dalam helaian al-Quran.
Antaranya firman Allah bermaksud: Sesungguhnya Kami menurunkan (al-Quran) ini pada Lailatul Qadar. Dan apa jalannya kamu dapat mengetahui apa dia kebesaran Lailatul Qadar? Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikut). Sejahteralah malam (yang berkat itu) hingga terbit fajar. (Surah al-Qadr, ayat 1-5).
Jelas daripada mafhum ayat suci di atas bahawa Lailatul Qadar akan muncul pada setiap Ramadan sebagai anugerah Ilahi dan rahmat Allah yang hanya dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad.
Malam yang penuh bersejarah itu dinilai sebagai malam yang lebih baik dan lebih banyak ganjarannya daripada seribu bulan .
Ulama bersepakat bahawa Lailatul Qadar berlaku pada Ramadan. Begitu juga mereka bersepakat malam itu berlaku pada 10 malam terakhir Ramadan.
Namun mereka berselisih pendapat mengenai malam ke berapa daripada 10 malam terakhir itu. Pendapat yang masyhur menyatakan bahawa Lailatul Qadar berlaku pada malam ke-27 Ramadan. Sehubungan itu, Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya: Barang siapa yang ingin mendapatkan Lailatul Qadar, dia hendaklah mencari pada malam ke-27.(Hadis riwayat Ahmad)
Ada juga riwayat lain yang mengatakan malam mulia itu berlaku pada malam-malam ganjil 10 hari terakhir.
Walau apapun harinya, yang pentingnya pada malam itu Allah menurunkan rahmat, limpahan kurnia dan keampunan-Nya kepada hamba-Nya yang melaksanakan ibadat puasa dengan penuh keimanan.
Kelebihan Lailatul Qadar tentu tidak akan dianugerahkan kepada sebarangan orang dan tidak pula diberikan kepada orang yang ibadahnya hanya pada malam tertentu saja dalam Ramadan.
Akan tetapi fadilat malam mulia itu akan menyinari orang yang benar-benar ikhlas, khusyuk dan istiqamah dalam mempertahankan nilai keIslaman dalam setiap tutur kata, peri laku, akhlak, ibadat dan kegiatan sehariannya.
Hadirnya malam penuh berkat itu akan dinantikan dan disambut dengan penuh keyakinan dan keimanannya, sekali gus melayakkan dirinya termasuk dalam kelompok orang yang dilimpahi kenikmatan syurga dan kebahagiaan abadi.
Menurut sejarah Islam, Lailatul Qadar pertama kali menemui Rasulullah (SAW) ketika baginda sedang khusyuk menyendiri di Gua Hira, bermuhasabah dan merenung diri sendiri dan masyarakat sekeliling. Tidak berapa lama kemudiannya, datang al-Ruh al-Amin iaitu malaikat Jibril membawa bersama wahyu Ilahi untuk membimbing baginda sehingga berlakulah perubahan secara menyeluruh dalam setiap detik dan perjalanan hidupnya.
Ia juga membawa perubahan kepada detik dan perjalanan hidup umat manusia sejagat.
Selanjutnya, Lailatul Qadar adalah satu kurniaan Ilahi yang dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah (SAW) dan umatnya sebagai tanda kasih sayang-Nya dan rahmat-Nya yang menyeluruh.
Justeru, amal kebajikan seseorang hamba Allah pada malam itu adalah lebih baik daripada amal kebajikan yang dilakukan selama seribu bulan. Lebih-lebih lagi, apabila dibanding dengan umur nabi dan umat terdahulu.
Usia baginda dan umatnya adalah pendek.
Contohnya, Nabi Nuh dikurniakan Allah umur selama 950 tahun. Maka, Lailatul Qadar adalah kurniaan sangat besar nilainya bagi umat Nabi Muhammad saw. Ini kerana lamanya waktu seribu bulan apabila dihitung dalam kiraan tahun ialah selama 80 tahun lebih. Tambahan pula, angka itu jauh lebih banyak berbanding dengan umur umat Nabi Muhammad saw yang rata-ratanya dalam sekitar 60 tahun saja.
Kerana keutamaan inilah, Rasulullah (SAW) amat menganjurkan umatnya agar mencari dan seterusnya mendapatkan Lailatul Qadar yang penuh keberkatan.
Dalam hal ini, memadailah Rasulullah (SAW) sebagai model yang menampilkan teladan terpuji untuk diikuti oleh umat Islam seluruhnya dalam menghidupkan malam-malam terakhir Ramadan. Ini dilakukan dengan melaksanakan iktikaf dan membangunkan keluarganya agar lebih meningkatkan amalan ibadat pada malam hari.
Rasulullah (SAW) juga tidak mendekati isteri-isterinya dengan tujuan memperbanyakkan amal ibadat dalam masjid seperti solat Tahajud, solat Witir, solat Tarawih, berzikir kepada Allah serta membaca dan tadarus al-Quran.
Baginda juga sentiasa memanjatkan doa ke hadrat Ilahi. Antara doa yang sering baginda baca ialah doa bermaksud: Wahai Tuhan kami! Anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan juga kebajikan di akhirat serta peliharakanlah kami daripada seksaan api neraka yang pedih.
Doa yang dilafazkan itu bukan sekadar satu permohonan untuk memperoleh kebajikan dunia dan kebajikan akhirat saja, malah untuk memantapkan lagi langkah dan kesungguhan agar dapat meraih kebajikan yang dijanjikan Allah. Ini kerana doa itu sendiri membawa maksud satu permohonan yang penuh tulus dan pengharapan, di samping disusuli dengan usaha melipatgandakan amal ibadat yang mendekatkan diri kepada Allah.
Selain itu, setiap Muslim dianjurkan agar bertaubat dan memohon ampun kepada Allah daripada sebarang kesalahan dan dosa.
Tambahan pula, setiap manusia pada dasarnya tidak akan terlepas daripada kealpaan dan seterusnya melakukan kesalahan yang dilarang Allah.
p/s: dah lama agaknya blog nie usang...so saje je nak post kan pasal lailatulqadar...he3
salam ramadhan~
Earthquake in Nagaoka
Asraf Akhimullah Bin Norazman
Nagaoka Kousen, Japan
JPA`s Malaysian student
The sound of the alarm clock started up that day. The day was hot, as it should be, since it`s already summer. It has been more than 3 months since I came here to Nagaoka, but the changing of season still fascinate me the most. It`s amazing how people choose to adapt in an environtment that always changes. Skiing when its winter, baking potato on Autumn, and Hanami on Spring. There always things to do in a particular season. Of course, that too makes me fell fortunate that I`m from Malaysia. Where we are the one setting our own pace of life, all through out the year.
Untuk pengetahuan bekas pelajar SASER, Ustaz Badrol dan En. Adnan menyambung pelajaran mereka di Institut Aminuddin Baki di Genting bermula pada 7 Julai 2008.
p/s-makin ramai guru-guru pioneer yang meninggalkan SASER.Pemergian mereka bukan sahaja merupakan kehilangan besar kepada SASER kerna mereka inilah diantara yang terawal bergelumang dengan para pelajar SASER yang awal.Merekalah yang sama-sama bersusah payah dengan pelajar SASER.Mereka berada bersama-sama menyaksikan kebangkitan SASER bersama kami.Mereka bersama-sama tabah mengajar kami dalam serba kekurangan di awal kelahiran SASER.
Dengan kekurangan guru,kekurangan prasarana, mereka tidak mengalah.Malahan mereka mendidik kami(warga awal SASER) dengan penuh keyakinan bahawa kamilah pencetus sejarah SASER.Dari keadaan tiadanya podium di dataran kejat,Court tenis yang buruk,Makmal komputer yang lama dan serba tidak lengkap,Almari kayu,tiadanya ruang menunggu di sebelah tempat parking kereta depan bilik ketua bidang,dewan peperiksaan yang juga tidak lengkap,tiadanya podium di padang dan berbagai-bagai lagi kekurangan,mereka tabah dan sabar menjalankan tugas mereka.
Mereka lebih memahami susah payah kami.Mungkin kerna kami dan guru-guru ini mengharungi susah payah dan suka duka bersama menjadikan hubungan kami begitu rapat dengan mereka.Kami hormat akan mereka.Hormat akan pengorbanan mereka dari segi masa,tenaga,kewangan dan lain-lain lagi.Terlalu banyak yang mereka lakukan untuk kami.Hanya janji kejayaan yang mampu kami beri untuk membalas jasa mereka.Bukan tujuan penulis untuk menidakkan keupayaan guru-guru baru tetapi entry ini hanyalah untuk kami mengimbau sejarah meyingkap tabir kenangan lalu dan menunjukkan penghargaan kami kepada mereka.
Akhir kata good luck buat SASER.Semoga namamu teratas selamanya.
entry ini khas ditujukan kepada-En shahir(cikgu kimia),cikgu helmi,cikgu halim,cikgu qalilah,ustad badrul,cikgu adnan,master(cikgu add math),cik hajah anisah

Assalamualaikum kepada semua. Selepas berhempas pulas dengan segala peperiksaan, akhirnya penulis mempunyai begitu banyak masa terluang untuk menulis kembali.Baiklah. Kali ini penulis ingin berkongsi dengan pembaca-pembaca di luar sana tentang salah satu negara yang digelar 'Gergasi Asia' iaitu korea.
Annyonghasaeyo Yorobun~
Ayat di atas membawa maksud 'hello everybody'.Jika Jepun digelar negara matahari terbit,Korea pula digelar land of the morning calm..ape yang calm sangat pon penulis tak tahu..Sebab korea ni sibuk aje..so penulis cerita serba sedikit pasal korea ok.Korea ni merupakan negara 4 musim.Ade musim bunga,panas,luruh dan salji.Panas korea melebihi kepanasan Malaysia kerana faktor kekeringan cuacanya berbanding dengan Malaysia yang beriklim lembab sepanjang tahun.Musim sejuknya pula agak sejuk dan boleh mencecah -20 celcius mengikut tempat.Namun secara peribadinya penulis lebih gemar dengan cuaca ketika musim bunga.Pemandangannya pun cantik ditambah angin yang bertiup seakan-akan angin di pantai membuatkan penulis selalu 'hilang' di dalam keindahan alam ciptaan Allah S.W.T
Indahkan musim bunga?
Hanguk sarami otton saram inkayo?(orang korea bagaimana?)
Kali ni penulis akan bercerita tentang orang korea.Seperti yang sering dilihat di televisyen di Malaysia, kebanyakan orang-orang korea agak kacak dan comel-comel..Tetapi awas!..tidak semua yang asli kerna kebanyakannya sudah melalui pembedahan plastik.Pembedahan plastik di sini boleh dikatakan sebagai suatu budaya.Kebanyakan dari mereka melakukannya sejak di bangku sekolah menengah lagi.
Orang Korea merupakan bangsa yang hidup dalam tekanan dari semua segi di atas desakan hidup.Sejak di bangku sekolah lagi mereka sudah ditekan dan diperah habes-habesan.Ketika memasuki sekolah menengah,mereka akan belajar dari pukul 8 pagi sehingga 4 petang dan selepas itu mereka tidak akan terus pulang ke rumah tetapi sambung belajar sehinnga pukul 12 atau 1 pagi.Bagi yang berkerja pula mereka akan berkerja dari pukul 8 sehingga pukul 5 atau 6 dan akan terus menyambung kerja mereka sehingga pukul 8 atau 9 malam.Seram bukan?Kerna tekanan inilah yang menjadikan mereka bangsa yang sangat kompeten dan sangat tinggi daya saing mereka.Mereka berdisiplin,sangat2 hormat kepada orang tua Tetapi mereka juga merupakan bangsa yang kurang nilai sopan santunnya dan agak memandang rendah kepada bangsa lain kecuali yang berkulit putih.Mereka juga mempunyai nilai individualistik yang tinggi.Mereka tidak menghiraukan orang lain kecuali jika mereka mempunyai kepentingan bersama.Mereka kuat minum dan mabuk dan suka meludah di tepi jalan.
Jika mereka bercakap,kedengaran seolah-olahnya mereka sedang bergaduh.Tetapi itu adalah normal dan memang gaya mereka berkata-kata sebegitu.Jika kita rapat dengan mereka,kita akan dilayan seperti orang korea juga.Mereka mementingkan nilai persahabatan dan sangat-sangat menghargai kawan itu sendiri.Tahap penguasaan bahasa inggeris mereka sangatlah rendah melainkan orang-orang yang pernah melanjutkan pelajaran ke luar negara sahaja.Untuk rapat dengan mereka ini,kita tidak boleh menunggu mereka untuk menegur kita tetapi kita yang perlu menegur mereka terlebih dahulu.Jika kita tidak memulakan langkah dahulu,jangan haraplah mereka mahu menegur kita.
kyoyuk ottotkae padayo?(macam mana menerima pembelajaran?)
Bagi pelajar yang baru tiba di korea, kami mula-mula sekali akan ditempatkan di Seoul National University Language Institute untuk belajar bahasa,math,computer,fizik serta chemistry selama setahun setengah.Di sini kami di ajar kemahiran berbahasa dan asas-asas ilmu sa
ins di dalam bahasa korea.Secara peribadinya penuli berpendapat bahasa korea tidaklah sesukar mana kerna ia tidak mempunyai banyak karakter dan bentuk ia seperti bahasa inggeris iaitu mempunyai vokal dan konsonan sahaja.Keseluruhan vokal dan kosonan hangeul(bahasa korea) hanyalah berjumlah 20+ sahaja.Oleh itu mudah bagi kami untuk mempelajarinya.Tetapi terdapat kesukaran mempelajari scientific terms kerna kebanyakannya berasal dari karakter-karakter cina.Ketika di pusat persediaan inilah kami baru tersedar bahawa betapa jauh tertinggalnya Malaysia di dalam era akademik.Bayangkan..sukatan pelajaran untuk subjek add math,fizik,kimia dan bio kita ketika di tingkatan 5 mereka sudah mempelajarinya ketika di tingkatan 4!..dan mereka belajar sehingga tinkatan 6 baru memasuki Universiti.Subjek-subjek di matrik itu mereka sudah mempelajarinya ketika di tingkatan 4 dan 5.Cikgu-cikgu di pusat bahasa begitu sporting dan mesra serta melayan kami seperti anak mereka sendiri.Di sini jugalah kami di bawa pergi melawat tempat tempat menarik di sekitar korea.
Sesudah tamat program bahasa kami melanjutkan pelajaran ke dongyang technical college.Di sinilah bermulanya kehidupan sebenar dan mencabar sebagai seorang pelajar.Di sini kami akan mengambil diploma selama 2 tahun dan penulis akan memasuki sem terakhir di sini di dalam bidang mechanical design engineering.Di sini segala pengetahuan kami tentang bahasa korea digunakan semaksimum yang mungkin kerna pembelajara,diskusi semuanya dilakukan dalam bahasa korea.Selepas tamat diploma selama 2 tahun,kami(pelajar MAL) akan menyambung pelajaran ke universiti selama 2 tahun lagi untuk mengambil degree dalam bidang yang diingini.Oleh itu tanggapan bahawa program korea hanya sehingga tahap diploma adalah tidak benar dan perlu dikikis sama sekali.Di bawah ini merupakan antara killer subjek di Dong Yang Technicall College-fluid and air pressure @ yu-gong-ap

oryoun sanghwangen?(keadaan yang sukar?)
Sudah tentulah sekali makanan! Agak sukar untuk memperolehi makanan halal di sekitar tempat kediaman penulis.Rata-ratanya para pelajar mendapatkan bekala ayam, daging yang halal semuanya di sebuah tempat dipanggil Itaewon. Di sini banyak orang-orang pakistan yang menjuallnya. Namun terdapat juga banyak makananan korea yang berunsurkan seafood boleh didapati di kedai-kedai korea.Rasanya agak sedap.Jika disebut korea pasti teringat kimchi.Kimchi merupakan sejeni sayuran peram yang diberi secara percuma dengan makanan.Dan setiap kali satu hidangan selalunya akan dibekalkan dengan 3-4 kimchi.Masyarakat korea sangat menjaga pemakanan mereka dan makanan mereka tidaklah banyak minyak.
Bagi solat pula,kami selalunya membawa kompas ketika keluar dan bersolat di tempat yang diyakini bersih.Orang-orang korea pasti akan tercengang-cengang jika melihat kami bersolat kerna mereka akan berasa sangat pelik.
Bahasa juga kadang-kadang memberi masalah kepada kami.Agak sukar untuk memahami pertuturan orang korea yang berdialek.Sama sahaja di Malaysia.Agak sukar untuk memahami perututuran dialek kelantan mahupun jawa.Kadang-kadang jika mereka bertutur terlalu pantas juga boleh menyebabkan kami agak struggle untuk memahaminya.Namun semua itu boleh diatasi.
p/s - Warga saser dari 1st batch sehingga 4th batch adalah seramai 7 orang.
PesananDi harap jika ada junior saser yang berkeinginan untuk menyambung pelajaran di bumi korea ini atau inginkan maklumat boleh mnghubungi saya di YM renegix_01 atau terus email ke renegix_01@yahoo.com.
info
-Muhd Haikal Samsudin
-2nd Batch 03-04
-4 Omega/5 Beta
Labels: saser sedunia
[MSME] Bedah Siasat: Analisis dan Prosedur - bahagian 1
1 responses Publisher: aXon Timestamped at: 7:01 PMEntri ini dibahagikan kepada Bahagian 1 dan Bahagian 2.
Jenis-Jenis Bedah Siasat
Tidak ramai yang tahu bahawa bedah siasat (autopsi) terbahagi kepada 2 jenis:-
- klinikal / patologikal autopsi; dan
- forensik autopsi
Klinikal Autopsi
Klinikal autopsi dilakukan bila seseorang mati di hospital disebabkan penyakit yang dihidapi. Tujuannya ialah untuk mengkaji mekanisma bagaimana penyakit yang dihidapi itu menyebabkan kematian supaya pesakit yang akan datang boleh mendapat rawatan yang lebih baik di samping mengurangkan kadar kematian di kalangan penghidap penyakit tersebut. Klinikal autopsi hanya akan dijalankan setelah mendapat kebenaran daripada waris si mati. Bedah siasat juga hanya melibatkan sistem badan yang terkesan oleh penyakit tersebut. Contohnya, jika pesakit jantung mati, maka bedah siasat tertumpu di kawasan jantung sahaja tanpa mengganggu bahagian badan yang lain. Sebarang penemuan semasa bedah siasat ini adalah “sulit”, dan tidak akan didedahkan kepada umum.
Forensik Autopsi
Berbeza dengan klinikal autopsi, forensik autopsi dilakukan atas arahan pihak polis atau majistret. Tujuan forensik autopsi dijalankan ialah untuk mencari sebab-sebab dan punca kematian. Penemuan dalam forensik autopsi ini adalah terdedah kepada umum sebab penemuan-penemuan tersebut akan dibentangkan di hadapan mahkamah oleh doktor yang melakukan autopsi tersebut. Penemuan tersebut amat penting terutamanya dalam kes pembunuhan yang mana penemuan semasa bedah siasat dapat mengesahkan salah laku seorang penjenayah. Seperti yang diketahui umum, forensik autopsi dilakukan apabila berlaku kematian yang meragukan, tidak disangka, dan dalam keadaan yang tidak natural (abnormal, unnatural, unexpected death). Prosedur ini juga tidak memerlukan kebenaran ahli keluarga si mati kerana mahkamah menjadi waris yang sah di sisi undang-undang dalam kes kematian yang tidak disangka (pembunuhan, kemalangan, keracunan, dsb.)
Seperti yang anda tahu, kematian boleh berlaku disebabkan:-
- Pembunuhan (homicidal)
- Kemalangan (accidental)
- Bunuh diri (suicidal)
Prosedur Forensik Autopsi
- Pemeriksaan luaran; dan
- Pemeriksaan dalaman
Pemeriksaan Luaran
Pemeriksaan luaran termasuklah mengenalpasti jantina, umur, bangsa / kaum dan binaan badan si mati sama ada kurus, sedang-sedang, gempal, dsb. Selain itu, warna rambut, warna mata, pakaian si mati dan tatu turut dikenalpasti, termasuklah memeriksa sendi jika ada sendi yang patah. Sebarang kecederaan luaran juga direkodkan dengan teliti.
Pemeriksaan Dalaman
Kemudian, potongan dibuat di kepala, bermula dari kawasan belakang telinga naik ke atas sehinggalah ke belakang telinga yang sebelah lagi. Kulit kepala yang telah terpotong 2 akan dilipat ke hadapan dan ke belakang masing-masing supaya tempurung kepala kelihatan. Dengan menggunakan gergaji getar, tempurung kepala dibuka dan otak dikeluarkan. Otak diperiksa untuk mengenalpasti sebarang kecederaan atau pendarahan dalaman.
Labels: MSMC


