PEMBUKA BICARA
Assalamualaikum w.b.t. Memandangkan ini kemunculan pertama aku di Dendron, izinkan aku memperkenalkan diri terlebih dahulu. Nama diberi Khairul Anwar Bin Zarkasi, lahir di Hospital Besar Kuala Lumpur, merupakan bekas pelajar SASER tahun 2003-2004 (Batch 02). Dikala sibuk dengan tugas-tugas seharian, tiba-tiba terbuka pula hati ini hendak berkongsi dengan warga SASER yang lain bagaimanakah rasanya hidup di luar negara.
WELCOME TO INDIA!
Buat pengetahuan semua, aku mendapat biasiswa kerajaan tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) untuk ke Melaka Manipal Medical College (MMMC), Manipal, India. Kolej perubatan ini menawarkan pengajian berkembar, iaitu 2½ tahun preklinikal di India manakala 2½ tahun klinikal dijalankan di Malaysia. Aku dan rakan-rakan seperjuangan berlepas ke India pada tanggal 9 Mac 2007 yang lalu menggunakan khidmat penerbangan Malaysia Airlines. Perjalanan kami melibatkan laluan udara – KLIA ke Bangalore, Bangalore ke Mangalore – dan laluan darat menggunakan bas kolej dari lapangan terbang Mangalore ke Manipal.
Pertama kali sampai di India, perasaan bercampur aduk menguasai hati. Sedih, gembira, risau…sedih sebab meninggalkan keluarga tercinta, gembira kerana diberi peluang oleh Allah s.w.t untuk menjejakkan kaki di bumi asing, manakala risau pula memikirkan cabaran yang bakal diharungi di sini. Setibanya di Manipal, kami terus menyelesaikan urusan-urusan berkaitan. Asrama, pendaftaran dengan pihak polis, beli barang-barang keperluan dan sebagainya. MMMC diletakkan di bawah pentadbiran Manipal Academy of Higher Learning (MAHE) atau nama barunya Manipal University (MU). MU berfungsi sebagai sebuah “deemed university” dan terdapat berbagai-bagai kolej lain yang bernaung di bawahnya. Antara kolej-kolej yang berada di bawah pentadbiran MU termasuklah MMMC, Kasturba Medical College (KMC) dan Manipal Institute of Technology (MIT).
CADAVER DAN FORMALIN
Tahun 1 melibatkan 3 mata pelajaran – Anatomy, Physiology dan Biochemistry. Setiap pagi kelas kami bermula dengan Anatomy dissection. Semasa dissection, pensyarah akan membelah cadaver (mayat) untuk menunjukkan struktur dalam badan manusia. Cadavers ini disimpan di dalam Dissection Hall dan diawet dengan formalin. Tak dapat digambarkan betapa cuaknya pertama kali hendak berhadapan dengan mayat manusia apatah lagi melihat kulitnya disiat-siat sehingga menampakkan lemak, otot-otot dan organ dalaman lain. Sekali-sekala kami turut diberi peluang men“dissect” sendiri cadaver, suatu pengalaman yang cukup menarik.
Untuk tahun 1, kami belajar tentang struktur dan sistem normal manusia. Bermacam-macam istilah perubatan mulai menjadi mainan bibir. Antara 3 mata pelajaran tadi, Anatomy merupakan mata pelajaran yang paling mencabar kerana banyak sekali nama struktur dalam badan yang perlu diingati. Nama-nama otot, arteri, saraf, tulang, bahkan setiap lubang dan “features” yang ada pada tulang itu turut dinamai. Mata pelajaran yang lainnya pula melibatkan pemahaman, jadi proses mengingat turut menjadi mudah. Kaedah pembelajaran di MMMC terbahagi kepada iaitu self-directed learning (SDL), problem-based learning (PBL), lab-based learning (LBL), dan lectures. Peperiksaan pula melibatkan 3 kertas untuk setiap subjek – Essay, MTF (multiple true false), dan praktikal.
KEBEBASAN BERAGAMA
Manipal pada pandangan mata aku bolehlah dipanggil sebagai “International Town” kerana begitu ramai sekali mahasiswa dari luar negara yang bertandang melanjutkan pengajian di sini. Alhamdulillah, Manipal adalah sebuah pekan yang aman damai, tiada rusuhan dan persengketaan agama seperti yang terjadi di Kashmir. Daging ayam di sini juga halal kerana diuruskan oleh orang Islam. Namun, daging lembu tidak dapat diperoleh di sini walaupun kawanan lembu terbiar bebas meragut rumput di tepi-tepi jalan disebabkan kepercayaan penganut agama Hindu yang cukup kuat melarang lembu daripada dikorbankan. Solat 5 waktu berjemaah dan solat Jumaat turut bebas diadakan di masjid.
Di Manipal, satu-satunya masjid yang menjadi tempat umat Islam berkumpul ialah Masjid-E-Manipal, terletak hanya beberapa ratus meter dari bangunan kampus. Masjid ini turut menyediakan premis perniagaan; kedai makan, kedai alat komunikasi, malah Baskin & Robins turut beroperasi di sini. Di masjid ini juga terdapat sebuah “Guidance Centre”, sebuah bilik kecil yang menjadi tumpuan para pelajar MMMC pada hari Sabtu 2 minggu sekali, kerana di sinilah diadakan tazkirah dan “talk” keagamaan.
AIDILFITRI & AIDILADHA
Belajar di luar negara, pastilah beraya juga di luar negara. Alangkah sedihnya hati buat pertama kalinya terpaksa beraya jauh dari sanak saudara. Solat sunat Aidilfitri dan Aidiladha diadakan di masjid dengan pengawasan pihak polis. Polis ditempatkan di masjid pada pagi raya untuk mengawasi umat Islam yang turun bersolat di masjid. Tidaklah pula diketahui sama ada penempatan polis ini sekadar menjaga keamanan atau adakah disebabkan fobia kepada umat Islam yang pada ketika ini terlabel sebagai pengganas. Selesai solat, khutbah pula berlangsung. Walaupun Bahasa Inggeris digunakan dengan cukup meluas di Manipal, khutbah di masjid tetap menggunakan bahasa ibunda mereka.
Manipal terletak dalam negeri Karnataka, di pantai barat India, bersebelahan dengan negeri Tamil Nadu. Bahasa di Karnataka ialah Kannada, sama sekali berbeza dengan Bahasa Tamil yang digunakan kaum India di Malaysia. Disebabkan ketidakfahaman terhadap Kannada, waktu khutbah biasanya digunakan pelajar-pelajar Malaysia untuk melepaskan penat lelah (tidur). Selesai solat, penuntut-penuntut Muslim Malaysia berkumpul pada majlis jamuan raya yang dianjurkan oleh para penuntut sendiri. Manipal terletak jauh dari kedutaan Malaysia. Kedutaan Malaysia berada di Chennai, Tamil Nadu manakala sebuah lagi berada di Central Delhi. Perjalanan ke sana menggunakan tren mengambil masa sehingga 20 jam. Jadi tidak dapatlah kami beraya bersama warga Malaysia lain di kedutaan Malaysia. Aidilfitri tahun ini (2008) dan tahun hadapan juga bakal dirayakan di Manipal, manakala tahun berikutnya InsyaAllah akan disambut di Malaysia apabila fasa preklinikal di India tamat.
KEMBARA INDIA
Pada cuti semester yang lalu (23/02/08 – 18/03/08), aku dan 4 orang sahabat yang lain menghabiskan cuti mengembara ke utara India. Perjalanan kami melibatkan tempat-tempat berikut mengikut urutan:
Tren menjadi pilihan utama ke serata India selain laluan udara, memandangkan India sebuah negara yang amat besar dan rangkaian jalan raya di sini tidak sebaik di Malaysia. Berbagai-bagai ragam manusia dapat dilihat sepanjang pengembaraan kami. Banyak kali juga kami bertengkar dengan penduduk tempatan khasnya para pemandu autorickshaw dan penjaja jalanan. Kami juga beroleh kesempatan bermesra dengan para pengembara asing dari Jepun, UK, Singapura, Perancis, malah Israel (borak-borak je..).
Mumbai dan Delhi adalah kota kosmopolitan, penuh dengan bangunan pencakar langit. Rajasthan kaya dengan tinggalan kota bersejarah dan istana lama, manakala Himachal Pradesh penuh dengan sukan lasak seperti skiing, paragliding dan river rafting. Namun, pengalaman paling menarik ialah melawat ke Taj Mahal di Agra yang menjadi salah satu daripada 7 keajaiban dunia. Taj Mahal dibina oleh Shah Jahan, maharaja pada ketika itu untuk memperingati isterinya yang telah meninggal dunia, Mumtaz Mahal. Binaan yang cukup indah ini menggunakan batu marmar putih, manakala di belakangnya mengalir Sungai Yamuna. Mengikut ceritanya, Shah Jahan bercita-cita membina sebuah lagi bangunan seperti Taj Mahal di seberang Sungai Yamuna, namun cita-citanya tidak kesampaian apabila anaknya, Aurangzeb merampas takhta dan memenjarakan Shah Jahan. Syukur kembara kami selamat dari sebarang bencana, cuma kadangkala perasaan bengang yang keterlaluan menguasai diri apabila tertipu dengan para peniaga yang giat menindas pengembara seperti kami demi mencari keuntungan berlipat ganda.
PESANAN
Pada saat artikel ini ditulis, aku sudah pun memulakan pengajian tahun 2 di Manipal. Tahun 2 melibatkan mata pelajaran yang lebih mencabar – Pharmacology, Microbiology, Pathology dan Forensic Medicine. Jadual juga makin ketat dengan assignment yang makin banyak, malah kelas juga semakin kurang kerana kaedah pembelajaran lebih tertumpu kepada “self-directed learning”. Kepada adik-adik yang sedang dan akan menuntut di SASER, belajarlah rajin-rajin. Ingat, SPM lah yang akan menentukan bagaimanakah masa depan adik-adik kelak.
Berusahalah memartabatkan SASER, Namamu Teratas.
Wassalamualaikum w.b.t.

Jaipur (Rajasthan) Manipal (Karnataka), Mumbai (Maharashtra), Jodhpur (Rajasthan) , Jaisalmer (Rajasthan), Agra (Uttar Pradesh), Shimla (Himachal Pradesh), Manali (Himachal Pradesh), Delhi & Hyderabad (Andhra Pradesh), Bangalore (Karnataka), Manipal (Karnataka).
Tren menjadi pilihan utama ke serata India selain laluan udara, memandangkan India sebuah negara yang amat besar dan rangkaian jalan raya di sini tidak sebaik di Malaysia. Berbagai-bagai ragam manusia dapat dilihat sepanjang pengembaraan kami. Banyak kali juga kami bertengkar dengan penduduk tempatan khasnya para pemandu autorickshaw dan penjaja jalanan. Kami juga beroleh kesempatan bermesra dengan para pengembara asing dari Jepun, UK, Singapura, Perancis, malah Israel (borak-borak je..).
Mumbai dan Delhi adalah kota kosmopolitan, penuh dengan bangunan pencakar langit. Rajasthan kaya dengan tinggalan kota bersejarah dan istana lama, manakala Himachal Pradesh penuh dengan sukan lasak seperti skiing, paragliding dan river rafting. Namun, pengalaman paling menarik ialah melawat ke Taj Mahal di Agra yang menjadi salah satu daripada 7 keajaiban dunia. Taj Mahal dibina oleh Shah Jahan, maharaja pada ketika itu untuk memperingati isterinya yang telah meninggal dunia, Mumtaz Mahal. Binaan yang cukup indah ini menggunakan batu marmar putih, manakala di belakangnya mengalir Sungai Yamuna. Mengikut ceritanya, Shah Jahan bercita-cita membina sebuah lagi bangunan seperti Taj Mahal di seberang Sungai Yamuna, namun cita-citanya tidak kesampaian apabila anaknya, Aurangzeb merampas takhta dan memenjarakan Shah Jahan. Syukur kembara kami selamat dari sebarang bencana, cuma kadangkala perasaan bengang yang keterlaluan menguasai diri apabila tertipu dengan para peniaga yang giat menindas pengembara seperti kami demi mencari keuntungan berlipat ganda.
PESANAN
Pada saat artikel ini ditulis, aku sudah pun memulakan pengajian tahun 2 di Manipal. Tahun 2 melibatkan mata pelajaran yang lebih mencabar – Pharmacology, Microbiology, Pathology dan Forensic Medicine. Jadual juga makin ketat dengan assignment yang makin banyak, malah kelas juga semakin kurang kerana kaedah pembelajaran lebih tertumpu kepada “self-directed learning”. Kepada adik-adik yang sedang dan akan menuntut di SASER, belajarlah rajin-rajin. Ingat, SPM lah yang akan menentukan bagaimanakah masa depan adik-adik kelak.
Berusahalah memartabatkan SASER, Namamu Teratas.
Wassalamualaikum w.b.t.
Info :
- Khairul Anwar Bin Zarkasi
- 2nd Batch 03-04
- 4 Beta / 5 Alfa
Labels: saser sedunia
2 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Naik keretapi kat India tak ada kehabahayaan ke..?