
Tampalkan poster ini di blog atau di mana-mana sahaja bagi menunjukkan sokongan anda terhadap usaha mengekalkan nama SASER.
Hanya SASERIAN yang mengenali apa itu SASER dan betapa bermaknanya ayat itu kepada kita.Dengan ungkapan seperti 'SASER namamu teratas, Kamilah Putera Harapan dan target-target yang sering dilaung-laungkan oleh Cikgu Halim, kita bangkit. Berusaha menjadikan SASER dari suatu nama yang asing kepada suatu nama yang cukup dikenali ramai ketika ini.
Masihkah kamu semua ingat Cikgu Halim sering berkata sasaran SASER adalah untuk mengalahkan SDAR dan TKC? setiap perhimpunan beliau berucap dan menanam semangat dalam diri kita untuk menjadi yang terbaik melalui slogan SASER namamu teratas!
Ayuh!
SASER namamu TERATAS!
Tuesday, May 26, 2009
2:02 PM | Labels: SASER | 14 Comments
Warkah Buat SASERIAN
Monday, May 25, 2009
Saudara-saudara Alumni Saser yang ku kasihi...
Semalam, saya dan taufik telah turun ke Saser untuk menziarah adik-adik kita di sana. Sekolah kita sedang menuju ke arah pembangunan yang pesat dengan terbinanya pusat-pusat kemudahan yang baru seperti surau, pusat ko-k, bangunan pentadbiran 4 tingkat dan byk lagi perkembangan yang di jalankan di Saser kini. Jauh berbeza dengan zaman kita yang agak sederhana.
Sempat juga saya bertemu dengan cikgu kahar, cikgu sharol, cikgu md nor kerana kebetulan ada kejohanan bola interclass smalam. Pertemuan yang singkat itu dijalankan dengan penuh berkualiti.
Namun, dalam masa perbincangan berkenaan perkembangan Saser, kita telah menerima berita yang pada hemat saya menggemparkan dan dukacita. Bahawa Sekolah Menengah Sains Seremban (SASER) akan ditukar namanya kepada Kolej Tunku Mukhriz (bersempena yang dipertuan NS yang baru)diatas arahan PPD. Dimaklumkan bahawa Pengarah PPD telah mengeluarkan arahan bertulis kepada pengetua sekolah untuk tindakan selanjutnya. Penguatkuasaan pertukaran nama ini dikatakan berkuatkuasa dalam tempoh setahun. Malangnya, generasi terakhir yang akan memikul cabaran Saser akan diakhiri pada generasi 7th.
Kenapa Saser pula yang dipilih untuk menukar nama? Difahamkan bahawa peringkat PPD ingin menamakan sekolah bersempena nama yang dipertuan. Pada hemat saya, SBP yang baru sepatutnya perlu diberikan nama ini tetapi difahamkan yang PPD hanya mahukan sekolah yang konsisten prestasinya.
Saserian & Guru-guru rata-rata memang tidak bersetuju diatas tindakan penukaran nama sekolah. Jelas, majlis mesyuarat sekolah seolah-olah dikesampingkan.
Justeru, saya menyeru rakan-rakan Alumni Saser untuk kita mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan permasalahan ini. Cadangan saya agar dimulakan satu pertemuan rasmi dengan pihak sekolah untuk kita berbincang dan pada masa yang sama pungutan suara perlu dilakukan diperingkat alumni dari batch pioneer sehingga batch 6th. Harap perhatian dan dipanjangkan makluman ini kepada rakan-rakan yang lain kepada semua batch.
Atau mungkin ada cadangan lain dari rakan-rakan. Himpunan Alumni perlu dijalankan dalam tempoh terdekat. Harap maklum.
Mohon perhatian alumni
Yang benar,
Sheikh 1st Batch (Pioneer)
9:22 AM | Labels: SASER | 2 Comments
Kekalkan Nama SASER!
Sunday, May 24, 2009
Pastinya kami MEMBANTAH!
Setelah 6 tahun mantan pelajar SASER bertungkus lumus menaikkan nama SASER daripada sebuah sekolah yang tidak dikenali sehingga begitu terkenal pada hari ini, mana mungkin kami bersetuju nama SASER yang sudah bersebati dengan diri kami ditukar ganti.
SASER, nama yang penuh nostalgia buat sesiapa yang penah bergelar warga SASER. Keperitan yang ditempuhi sejak bermulanya generasi pertama bertapak di SASER pada 8 April 2002 sehinggalah kesenangan dan kegemilangan yang dinikmati kini cukup memberikan 1001 memori indah buat warga SASER.
Kami tidak memerlukan mana-mana tokoh negara untuk menumpang nama di sekolah kami ini. Kami berbangga membawa nama Sekolah Menengah Sains Seremban (SASER) kerana SASER sudah tersemat erat di dalam hati dan sanubari kami.
9:03 PM | Labels: SASER | 16 Comments
Ulang Tahun Ke-7
Wednesday, April 8, 2009
Genap 7 tahun penubuhan SASER
Banyak kejayaan demi kejayan yang telah berjaya dilakar dalam tempoh usia semuda ini
Syabas buat semua SASERIAN
Kepada adik-adik SASERIAN, teruskan usaha untuk memartabatkan SASER
SASER NAMAMU TERATAS
KAMILAH PUTERA HARAPAN
8:29 PM | Labels: SASER | 6 Comments
Sejenak Aku berfikir
Wednesday, March 18, 2009

Salam dan tahniah kepada semua.Pertama-tamanya saya nak meminta maaf kepada saudara Pjoyz kerana membiarkan dia seorang beratalu-talu menjawab segala persoalan dan cemuhan yang dilontarkan berhubung keputusan SPM 2008.Keduanya tahniah kepada semua saserian batch 6 yang sekali lagi berjaya mengekalkan kedudukan no 1 di dalam sbp.Tahniah kerana memartabatkan SASER NAMAMU TERATAS.
Tahniah sekali lagi.Bukan mudah untuk mengekalkan kejayaan yang diwarisi.Lebih mudah mencipta kejayaan daripada mengekalkannya.Tidak perlu rasanya tuding menuding di antara satu sama lain di atas kejatuhan gred purata beberapa subjek.Ada lebih baik jika kita menilai sendiri diri kita.saya selaku pelajar 2nd batch ingin mengingatkan kepada semua saserian bahawa rencah utama untuk kejayaan saser adalah berusaha bersama-sama sebagai suatu kumpulan,menjaga hubungan baik dengan guru,berdoa dan bertawakkal.Perkara asas ini perlu dijaga sebaik mungkin jika SASER masih mahu terus menggapai kejayaan.
Kepada adik-adik yang bertelagah tentang SBP dan MRSM rasanya tidak perlulah berbuat demikian.Tidak ada rasionalnya untuk terus bercakaran sedangkan pelajar SBP dan MRSM lah yang banyak merudum keputusannya ketika di menara gading dan matrikulasi.YA kita gah sebagai jaguh kampung apabila kita bersama-sama bangsa kita.Tapi apabila bertanding secara terbuka bersama-sama bangsa lain.di mana kita?tersungkur menyembah bumi.Jadi ada baiknya kalian jadikan kejayaan saser ini sebagai suatu cabaran agar kalian juga mampu menggapainya.Tidak salah meletakkan satu batu ukur dalam mengejar kejayaan.Mungkin selepas menandingi kejayaan SASER kalian boleh pula cuba mengejar MRMS.Maaf tidak ada sedikit nada riak mahupun bangga ketika ini.Cuma saya mahu mengajak anda semua agar menyalurkan ketidakmatangan itu kepada jalan yang positif.
Di dunia di luar sana bukan dari sekolah mana yang menjadi ukuran.Tetapi sejauh mana anda mampu bersaing itu yang menjadi ukuran.Tetapi ingat.Akan sentiasa muncul orang-orang yang dengki dengan kalian.
'Bacalah dengan nama tuhanmu'
Muhd Haikal bin samsudin
4omega/5beta 03/04
Saserian 2nd batch
6:01 PM | | 11 Comments




