![]() |
Kumpulan pertama Sekolah Berprestasi Tinggi diberi autonomi
PUTRAJAYA: Misi mengangkat sekolah negara ini ke taraf dunia bermula semalam dengan pemilihan kumpulan pertama 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang menyaksikan pengetua dan guru besar diberi autonomi tambahan dalam pengurusan kurikulum, kewangan dan kakitangan.
Autonomi itu antara lain memberi kelonggaran memanjangkan waktu persekolahan, menamatkan tempoh persekolahan pelajar cemerlang setahun lebih awal, mengagihkan kewangan mengikut keperluan serta mengambil kakitangan berdasarkan pencapaian dan bukan kekananan.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata penilaian SBT akan dibuat berdasarkan laporan tahunan petunjuk keberhasilan dan pemeriksaan sekolah mengikut Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) yang diubah suai.
Beliau bagaimanapun menjelaskan SBT bukan sekolah elit untuk sebilangan kecil pelajar, sebaliknya semua sekolah mempunyai peluang sama dan boleh bersaing ‘di padang sama rata’ bagi mendapat pengiktirafan itu.
![]() |
| SEKOLAH Kebangsaan Bandar Uda 2, Johor Bahru antara yang terpilih Sekolah Berprestasi Tinggi. |
SM yang terpilih termasuk empat sekolah harian, iaitu SM Kebangsaan (P) Sri Aman, Petaling Jaya; SMK Sultanah Asma, Alor Setar; SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur dan SMK (P) St George, Pulau Pinang.
Muhyiddin berkata, 20 sekolah berkenaan dipilih daripada 10,000 sekolah di seluruh negara berdasarkan kriteria tertentu termasuk menunjukkan pencapaian cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.
Mengenai nasib sekolah pedalaman, Muhyiddin berkata, mungkin mereka akan menghadapi cabaran kerana kemudahan yang belum setara dengan sekolah bandar, tetapi tetap boleh diiktiraf sebagai SBT jika memenuhi kriteria.
"Ini bukan usaha jangka pendek dan tak mungkin semua 10,000 sekolah naik ke tahap begitu, di mana dunia pun tidak begitu, tetapi tak kira bandar, luar bandar atau pedalaman, kalau prestasi bagus dia akan diiktiraf SBT manakala kemudahan di pedalaman kita akan terus perbaiki," katanya.
Sementara itu, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata kementerian belum ada mekanisme khusus mengenai langkah autonomi SBT yang membenarkan tempoh persekolahan ditamatkan setahun lebih awal bagi murid cemerlang.
"Panduan kasarnya ialah kerajaan berasakan pelajar cemerlang dibenarkan menamatkan persekolahan setahun lebih awal, tetapi ia akan bergantung kepada cadangan pengetua dan guru besar,” katanya.
SEKOLAH TERPILIH SBT
Sekolah Berasrama Penuh:
- Sekolah Tun Fatimah (Johor Bahru)
- Sekolah Dato’ Abdul Razak (Seremban)
- Kolej Melayu Kuala Kangsar
- Sekolah Seri Puteri (Cyberjaya)
- Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (Jitra)
- Kolej Tunku Kurshiah (Seremban)
- Kolej Islam Sultan Alam Shah (Klang)
- Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra (Perlis)
- Sekolah Sultan Alam Shah (Putrajaya)
- SMS Muzaffar Syah (Melaka)
Sekolah Menengah Harian:
- Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman (Petaling Jaya)
- SMK Aminuddin Baki (Kuala Lumpur)
- SMK Sultanah Asma (Alor Setar)
- SMK (P) St George (Pulau Pinang)
Sekolah Rendah:
- Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara (KL)
- SK Taman Tun Dr Ismail 1 (Kuala Lumpur)
- SK Bukit Damansara (KL)
- SK Zainab (2) (Kota Bharu)
- SK Convent Kota (Taiping)
- SK Bandar Baru Uda 2 (Johor Bahru)
Sekolah diberi autonomi:
- Fleksibel dalam pengajaran dan pembelajaran serta silibus bagi subjek wajib dan elektif
- Boleh menggunakan bahasa pengantar bahasa kebangsaan atau pelbagai bahasa lain.
- Kelonggaran menetapkan waktu pengajaran minimum sesuatu mata pelajaran.
- Memanjangkan waktu persekolahan.
- Membenarkan tempoh persekolahan bagi pelajar cemerlang ditamatkan setahun lebih awal (seperti kelas lompat).
- Fleksibiliti untuk mengagihkan kewangan mengikut keperluan.
- Pengecualian daripada perolehan secara berpusat.
- Bajet tambahan antara RM500,000 hingga RM1 juta setahun.
- Mengambil staf berdasarkan prestasi pencapaian dan bukan kekananan.
- Boleh menyediakan bayaran kerja lebih masa dan ganjaran berdasarkan prestasi kepada semua staf.
- Boleh memindahkan staf jika prestasi kurang memuaskan.
- Pengagihan fungsi berdasarkan akademik dan bukan akademik.
Kriteria pemilihan SBT :
- Pencapaian akademik yang cemerlang.
- Melahirkan personaliti unggul.
- Merangkul anugerah kebangsaan dan antarabangsa.
- Mewujudkan jalinan dengan institusi pengajian tinggi.
- Mempunyai permuafakatan jitu dengan masyarakat serta jaringan kukuh dengan sekolah tempatan dan antarabangsa.
- Menjadi penanda aras kepada sekolah dalam dan luar negara.
p/s: Untuk 20 sekolah hebat ini, SASER masih lagi tidak berjaya tersenarai untuk menjadi antara sekolah2 yang terpilih untuk tersenarai dalam 20 sekolah hebat untuk kumpulan pertama...namun tidak mengapa...kita terutamanya pihak sekolah harus lebih berusaha untuk menjadikan SASER antara sekolah2 yang terhebat...kerana kita perlu untuk menjadi sekolah yang di beri pengiktirafan daripada pihak kerajaan pusat supaya kelebihan yang kita dapat akan menjadikan SASER lebih cemerlang....semoga di masa akan datang...SASER akan lebih di beri penghormatan berbanding 2 sekolah yang berada di sekitar N.9 iaitu TKC dan SDAR..
Labels: announcement
Salam dan Selamat Sejahtera Buat Semua.
Setakat pengamatan saya, shoutbox di laman Dendron ni lebih aktif daripada entri-entri. Sebab author-author Dendron ni semakin hari semakin malas (termasuk yang menulis entri ni), kecuali Pjoyz. Respek abang 1st batch ni!.
Dendron mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua yang sentiasa menyokong Dendron, khususnya warga SASERIAN daripada pelajar hinggalah kepada guru-guru.
Sebagai hadiah kepada anda semua, laman web ni akan dinaik taraf ke domain dan hosting sendiri. Terima kasih kepada mereka yang menderma dan menyumbang ke arah pembangunan Dendron ini.
Semoga panaik tarafan laman web ini kelak akan menjadi titik mula kepada penubuhan Alumni SASER kelak, insyaAllah.
Sekian, terima kasih!
Fakhruddin Aifi Fauzi (Paku)
SASERIAN 2nd Batch (2003 - 2004)
B.Sc Geophysics (Honours)
The University of Adelaide
Australia.
Labels: announcement
Assalamualaikum & salan sejahtera...
buat kesemua pelajar-pelajar saser yang tengah menunggu keputusan SPM 2008.
keputusan SPM boleh di ketahui pada 12 mac ini bermula pukul 10.00am di sekolah.
KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2008 akan diumumkan pada 12 Mac ini.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom dalam kenyataan semalam, berkata calon yang menduduki kedua-dua peperiksaan itu boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi hari berkenaan.
Calon persendirian pula, katanya, akan mendapat keputusan mereka melalui pos, yang akan dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri.
“Seramai 442,936 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM 2008 dan daripada jumlah itu 388,079 atau 87.6 peratus adalah calon sekolah Kementerian Pelajaran; calon sekolah kerajaan negeri dan tajaan badan tertentu 16,019 (3.6 peratus); calon sekolah swasta 10,331 (2.3 peratus) dan calon persendirian 28,507 (6.5 peratus),” katanya.
Alimuddin berkata, sebanyak 3,939 pusat peperiksaan disediakan untuk peperiksaan itu di seluruh negara. Peperiksaan bertulis SPM 2008 dijalankan dari 11 November hingga 5 Disember 2008.
Bagi peperiksaan STAM pula, katanya, seramai 6,240 calon mendaftar untuk mendudukinya, dengan 886 atau 13.9 peratus adalah calon sekolah bantuan penuh kerajaan; calon sekolah agama tadbir kerajaan negeri 4,219 (67.6 peratus); calon sekolah agama rakyat dan swasta 788 (12.6 peratus) dan 367 (5.9 peratus) calon persendirian.
Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam kenyataan menyebut, calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka di sekolah masing-masing bermula jam 12 tengah hari manakala calon persendirian individu akan memperolehnya melalui pos.
Di samping itu, katanya calon boleh menyemak keputusan mereka melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip STPM (JARAK) (Nombor kad pengenalan) dan hantar ke 39003.
Selain itu, katanya keputusan juga boleh disemak melalui sistem dalam talian dengan melayari laman web Majlis Peperiksaan Malaysia http://www.mpm.edu.my mulai jam 12 tengah hari pada hari berkenaan.
Seramai 53,638 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu dan daripada jumlah itu, 46,319 atau 86.35 peratus adalah calon sekolah kerajaan, 2,189 (4.08 peratus) calon sekolah swasta dan 5,130 (9.56 peratus) calon persendirian. - Bernama.
pastinya keputusan SASER untuk kali ini akan di tunggu-tunggu. Adakah ianya dapat mengekalkan kecemerlangan SASER yang telah di ukir oleh batch yang terawal? pastinya terjawab pada khamis ini.
sama-samalah kita berdoa agar SASER sentiasa teratas.amin
Labels: announcement
- Sesiapa ada gambar Batch ke-6 dan Batch ke-7, sila beri kepada saya melalui e-mel gregorio_02 [at] y7mail [dot] com.
- Sesiapa nak jadi author untuk DENDRON sila contact kami.
- Sesiapa ada berita / update terkini mengenai SASER, sila beritahu kami untuk kami beritahu semua!
- Jom join Yahoo!Group SASER Alumni, dan isi / update data anda melalui ruangan database yang disediakan.
- Sesiapa ada blog tu, jangan segan-silu berikan alamat blog anda kepada kami.
- Jom join team untuk set-up Komuniti Alumni SASER.
Labels: announcement
I, the invisible author of DENDRON have linked this blog to more SASERIAN Bloggers especially the 5th Batch SASERIAN.
It is proudly amazing that DENDRON is being linked to many SASERIAN Bloggers, meaning that DENDRON is gaining it's popularity!
Well, nothing much to say. But stay focus on DENDRON. New fresh look is about to be made-up.
p/s: Sorry Madam Lim, Miss Hilma, Miss Zahuren and Miss Hasni for my English. Have any hint of who i am?
Labels: announcement



