
Tampalkan poster ini di blog atau di mana-mana sahaja bagi menunjukkan sokongan anda terhadap usaha mengekalkan nama SASER.
Hanya SASERIAN yang mengenali apa itu SASER dan betapa bermaknanya ayat itu kepada kita.Dengan ungkapan seperti 'SASER namamu teratas, Kamilah Putera Harapan dan target-target yang sering dilaung-laungkan oleh Cikgu Halim, kita bangkit. Berusaha menjadikan SASER dari suatu nama yang asing kepada suatu nama yang cukup dikenali ramai ketika ini.
Masihkah kamu semua ingat Cikgu Halim sering berkata sasaran SASER adalah untuk mengalahkan SDAR dan TKC? setiap perhimpunan beliau berucap dan menanam semangat dalam diri kita untuk menjadi yang terbaik melalui slogan SASER namamu teratas!
Ayuh!
Labels: SASER
Saudara-saudara Alumni Saser yang ku kasihi...
Semalam, saya dan taufik telah turun ke Saser untuk menziarah adik-adik kita di sana. Sekolah kita sedang menuju ke arah pembangunan yang pesat dengan terbinanya pusat-pusat kemudahan yang baru seperti surau, pusat ko-k, bangunan pentadbiran 4 tingkat dan byk lagi perkembangan yang di jalankan di Saser kini. Jauh berbeza dengan zaman kita yang agak sederhana.
Sempat juga saya bertemu dengan cikgu kahar, cikgu sharol, cikgu md nor kerana kebetulan ada kejohanan bola interclass smalam. Pertemuan yang singkat itu dijalankan dengan penuh berkualiti.
Namun, dalam masa perbincangan berkenaan perkembangan Saser, kita telah menerima berita yang pada hemat saya menggemparkan dan dukacita. Bahawa Sekolah Menengah Sains Seremban (SASER) akan ditukar namanya kepada Kolej Tunku Mukhriz (bersempena yang dipertuan NS yang baru)diatas arahan PPD. Dimaklumkan bahawa Pengarah PPD telah mengeluarkan arahan bertulis kepada pengetua sekolah untuk tindakan selanjutnya. Penguatkuasaan pertukaran nama ini dikatakan berkuatkuasa dalam tempoh setahun. Malangnya, generasi terakhir yang akan memikul cabaran Saser akan diakhiri pada generasi 7th.
Kenapa Saser pula yang dipilih untuk menukar nama? Difahamkan bahawa peringkat PPD ingin menamakan sekolah bersempena nama yang dipertuan. Pada hemat saya, SBP yang baru sepatutnya perlu diberikan nama ini tetapi difahamkan yang PPD hanya mahukan sekolah yang konsisten prestasinya.
Saserian & Guru-guru rata-rata memang tidak bersetuju diatas tindakan penukaran nama sekolah. Jelas, majlis mesyuarat sekolah seolah-olah dikesampingkan.
Justeru, saya menyeru rakan-rakan Alumni Saser untuk kita mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan permasalahan ini. Cadangan saya agar dimulakan satu pertemuan rasmi dengan pihak sekolah untuk kita berbincang dan pada masa yang sama pungutan suara perlu dilakukan diperingkat alumni dari batch pioneer sehingga batch 6th. Harap perhatian dan dipanjangkan makluman ini kepada rakan-rakan yang lain kepada semua batch.
Atau mungkin ada cadangan lain dari rakan-rakan. Himpunan Alumni perlu dijalankan dalam tempoh terdekat. Harap maklum.
Mohon perhatian alumni
Yang benar,
Sheikh 1st Batch (Pioneer)
Labels: SASER
Pastinya kami MEMBANTAH!
Setelah 6 tahun mantan pelajar SASER bertungkus lumus menaikkan nama SASER daripada sebuah sekolah yang tidak dikenali sehingga begitu terkenal pada hari ini, mana mungkin kami bersetuju nama SASER yang sudah bersebati dengan diri kami ditukar ganti.
SASER, nama yang penuh nostalgia buat sesiapa yang penah bergelar warga SASER. Keperitan yang ditempuhi sejak bermulanya generasi pertama bertapak di SASER pada 8 April 2002 sehinggalah kesenangan dan kegemilangan yang dinikmati kini cukup memberikan 1001 memori indah buat warga SASER.
Kami tidak memerlukan mana-mana tokoh negara untuk menumpang nama di sekolah kami ini. Kami berbangga membawa nama Sekolah Menengah Sains Seremban (SASER) kerana SASER sudah tersemat erat di dalam hati dan sanubari kami.
Labels: SASER
Genap 7 tahun penubuhan SASER
Banyak kejayaan demi kejayan yang telah berjaya dilakar dalam tempoh usia semuda ini
Syabas buat semua SASERIAN
Kepada adik-adik SASERIAN, teruskan usaha untuk memartabatkan SASER
SASER NAMAMU TERATAS
KAMILAH PUTERA HARAPAN
Labels: SASER
Dewan Putera (Pemandangan Luar)
Dewan Putera (Pemandangan dalam). Kini berhawa dingin dan sudah diubahsuai sepenuhnya.
Dahulu tapak parking bas dan makmal KH SDAR. Kini, surau dan blok baharu bakal dibina
Bangunan Pentadbiran SASER
Dahulu hanya rimbunan pokok bunga tahi ayam yang tidak berbunga.Kini, pondok wakaf dan taman botani.
Dahulu kolam ikan Epsilon/PERBAYU. Kini, pondok wakaf yang indah.
Dahulu hanya susur gajah dihadapan kolam ikan Epsilon/PERBAYU. Kini ruang pameran hasil pencipta SASER
Galeri Juara SASER
Padang SASER. Kebetulan, friendly rugbi antara 5th batch dan 7th batch sedang berlangsung.
Gelanggang Tenis dan Futsal bersebelahan.
Tapak perhimpunan yang lebih sempurna. Court takraw dan bola tampar yang lebih cantik.
Dahulu kantin dan stor sukan. Kini, Kantin dan blok baharu bakal dibina
Blok asrama kini mengikut warna rumah sukan. Blok Hijau dan Kuning
Blok Biru dan MerahLabels: SASER
p/s: Entri ini khas untuk SASERIAN yang sudah lama tidak menjenguk sekolah. Sekadar menghebahkan perubahan yang ada.
Labels: SASER















