5 langkah pemula mencipta diri berkredibilti
0 responses Publisher: Pjoyz Zul Timestamped at: 11:08 AM
1. Membongkar rahsia diri
Anda perlu memperuntukkan sedikit masa untuk mengkoreksi diri atau muhasabah diri. Proses merenung jauh di sudut hati ini akan membolehkan anda mengenal akan kekuatan serta kelemahan diri anda secara jujur. Setiap manusia yang dijadikan oleh Allah mempunyai pelbagai keistimewaan yang jarang dibongkar dan digali.
2. Muhasabah melalui kaedah refeksi.
Seorang pemidato sering melakukan latihan menilai kemahiran berucapnya dihadapan cermin. Setiap gerak geri, gaya, ucapannya dilihat secara jelas melalui refleksi cermin tersebut. Di dalam sesi muhasabah juga anda boleh lakukannya dengan meminta bantuan rakan atau adik beradik sebagai “penilai” kepada diri anda. Cari rakan yang rapat dan jujur dalam membuat penilaian. Setelah anda mendengar secara jelas setiap tegurannya, maka hendaklah menerima dan mengakuinya walaupun ia sangat pahit untuk ditelan.
3. Temui Kelemahan & Pertajamkan kekuatan diri
Setelah anda menemui kelemahan diri secara tersurat mahupun tersirat maka berusahalah untuk memperbaikinya. Jangan malu dan takut untuk berubah. Di samping itu, jangan sesekali alpa dan leka akan kekuatan diri. Pertajamkan dengan latihan secara konsisten.
4. Fokus kepada kehebatan diri.
Fokus kepada kehebatan diri. Sekiranya di Universiti anda sangat mahir dalam subjek matematik, maka focus kepada minat dan kemahiran anda itu dan jadikan diri anda sebagai pelajar yang paling bijak dalam subjek matematik di Universiti anda. Cipta diri sebagai orang rujukan dalam matapelajaran tersebut.
5. Masa masih panjang
Remaja sering sebut “Rileksla hari masih muda”. Ya benar, anda mempunyai banyak masa untuk membina kredebiliti diri anda. Kredebiliti serta potensi diri bukan boleh dibentuk dengan hanya sehari dua tetapi di memerlukan satu proses pencernaan yang lama dan menagih sedikit pengorbanan. Hendak seribu daya, tidak mahu seribu dalih.
Labels: Tips
Naim Husni (1st Batch) --> Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Khaidzir Farhan (2nd Batch) --> Universiti Tenaga Nasional
Firdaus (2nd Batch) --> Universiti Malaysia Pahang
Hakim (3rd Batch) --> Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Nazmi (3rd Batch) --> Management & Science University
Jumain (3rd Batch) --> Universiti Malaysia Pahang
Akhir kata, ingatlah bahawa setiap dari kita mempunyai kelebihan yang berbeza. Apa yang menjadikan kita lebih menonjol adalah proses untuk kita mengenali potensi diri dan seterusnya menggilap sehingga berkilau bak permata. Sekalipun di sekolah siapalah kita, namun itu tidak bermakna di universiti perkara yang sama akan berulang. Keajaiban akan tercipta, namun semuanya bergantung kepada usaha kita.
Labels: saser semalaysia