assalamualaikum semua....
salam zulkaedah kepada semua pembaca saser dendron yang tercinta...
dengan datangnya bulan zulkaedah maka berakhirlah sudah syawal yang ramai di kalangan umat islam amat menyukai bulan syawal....sebab bulan syawal lah perut semua orang berisi he3
ok lah...terus kepada entri kita kali ini...
alkisahnya aku ingin membawa kenangan korang semua terutamanya bekas2 pelajar saser kepada satu aktiviti yang aku kira tak kan pernah hilang dari jadual seseorang pelajar asrama....
ye...aktiviti fly...sudah pastinya aktiviti yang biasa bagi sekolah berasrama....dan normal lah bagi seorang remaja...inginkan kebebasan yang hakiki di saat2 mula mengenal dan belajar apa itu dunia....
dan pastinya kehidupan asrama yang terlalu terikut kepada peraturan sekolah menyebabkan kadang2 jiwa seorang pelajar asrama pasti akan tertekan...dan pastinya ada saja aktiviti2 yang pelik akan di lakukan demi melepaska tekanan pelajaran mahupun peraturan asrama yang terlalau mengekang....
aktiviti 'fly' adalah salah satu aktiviti yang paling utama di kalangan pelajar2 asrama untuk melepaskan tention mahupun melakukan aktiviti di luar sana etc melepak sambil merokok or tgk bola sepak....or apa2 lagi lah...aku pun tak tahu....
aku bukanlah orang yang arif utk bercerita mengenai aktiviti 'fly' nie...dan aku juga antara pelajar2 'skema' yang tak pernah fly hu3 (terkadang tue pernah gak terasa nak fly...tapi tiada kesempatan he3)
maka di sini aku ingin berkongsi gambar yang aku ambil tanpa kebenaran ( kat sini aku minta kebenaran lah) kepada saser 3rd batch flyers sebab dapat berkongsi gambar2 ini kepad pembaca2 blog saserdendron sekalian...he3
ehmm....begini rupanya laluan dan rupa lubang utk fly...he3
setahunya la kan....
pernah gak pihak sekolah ikat balik pagar nie...
tapi mcm biasala kan...
tak kekal lama...hu3
ok lah...aku hanya mampu untuk menulis sampai di sini...kerana seperti yang aku cakap dari awal tadi aku bukanlah org yang arif utk bercerita mengenai 'fly' nie...tapi banyak gak lah cerita2 menarik yang aku dengar dari mereka2 yang pernah menjalankan aktiviti ini....pasti seronok jika kita dapat kongsi bersama kan...oleh itu emailkan lah cerita2 menarik anda kepada email yang tertera kat sebelah kanan blog ini k....
salam zulkaedah kepada semua
dan selamat berjuang kepada semua x-saserian mahupun yang bakal menjawab peperiksaan SPM 2008...semoga kita semua berjaya menjawab dengan jayanya....
SASER NAMAMU TERATAS...
tips peperiksaan ini adalah untuk adik2 saserian yang bakal mengambil SPM 2008 yang bakal menjelang tiba....lebih kurang 2 minggu je lagi....so..di sini saya ingin berkongsi sedikit tips2 peperiksaan sebelum menduduki peperiksaan...semoga sedikit sebanyak membantu anda semua...
Menjelang peperiksaan, pelbagai permasalahan disuarakan oleh bukan pelajar tetapi juga ibu bapa. Diharapkan tips dan panduan ini dapat membantu anda untuk menghadapi senario peperiksaan.

Bagi pelajar,masalah² seperti cara membahagikan masa, strategi pembelajaran terbaik di samping petua ulang kaji yang tebaik sering ditanya.
Bagi ibu bapa pula, petua untuk menasihati anak yang masih leka menonton televisyen di saat-saat peperiksaan yang hampir menjelma adalah antara persoalan popular.
Artikel ini cuba menjawab secara umum,akan persoalan dan permasalahan di kalangan calon peperiksaan sendiri, dan permasalahan yang dihadapi ibu bapa,guru dan pihak lain yang prihatin.

Pertama
hadir di dalam bilik darjah.Dalam tempoh 2-3 bulan ini,anda mesti datang ke sekolah dan hadir di dalam bilik darjah untuk mengikuti apa juga ajaran dan nasihat guru di samping perbincangan dengan kawan sedarjah.
Kedua
pastikan anda mendapat petunjuk yang sebanyak-banyaknya daripada semua guru mata pelajaran anda. Jangan mengambil kesempatan untuk `tuang` kelas atau bersengkokol dengan kawan² yang kurang motivasi atau tidak jelas matlamat mengapa belajar atau menduduki peperiksaan.Anda mungkin perlu sentiasa berjumpa guru untuk perbincangan di luar waktu sekolah. Lakukan demi kefahaman. Di samping itu,anda perlu ada kawan belajar sehingga 4 orang lagi supaya pembelajaran atau perbincangan anda dengan guru mata pelajaran lebih bererti.
Ketiga
jangan membuang masa berbincang perkara yang tidak penting. Selama anda berada di kawasan sekolah dari pagi hingga tengahari atau ke petang, sekiranya tidak belajar di dalam bilik darjah, jangan lagi membuang masa bersembang di kantin atau berlonggok di bawak pokok. Sebaliknya,pergilah ke perpustakaan untuk menyelesaikan kerja sekolah atau berbincang dengan kawan² kumpulan belajar, ataupun mengulang kaji pelajaran secara bersendirian.
Keempat
sanggup bekerja keras. Kalau sehingga bulan Ogos ini markah anda untuk setiap mata pelajaran pada keseluruhannya di bawah 60%, anda perlulah menumpukan lebih banyak masa untuk belajar, memaham dan menguasai topik, fakta, rumus dan simbol mata pelajaran tertentu demi peningkatan pencapaian sehingga 80% ke atas.

Kelima
mematuhi jadual pembelajaran dan ulang kaji yang teratur. Bayangkan,anda mengambil 10 mata pelajaran (SPM) atau 8 mata pelajaran (PMR). Jangan lupa, aktiviti ulang kaji ini termasuk membaca, memaham, melukis(melakar), menulis dan mengingat.
Di samping membaca.memaham dan mengingat fakta, bahasa, konsep atau persoalan dan pernyataan, anda mesti mahir melukis peta, rajah, jadual dan graf dan menulis karangan atau jawapan berbentuk rencana. Sehubungan dengan latihan menulis jawapan ini, di sini saya mengingatkan semua calon supaya menguasai bahasa Melayu dengan sebaik-baiknya.
Khusus bagi penguasaan mata pelajaran,anda perlu berdamping dengan guru,buku teks atau kawan yang pandai. Setiap mata pelajaran ada sifat dan ciri umum,dan khusus. Misalnya, bagi menguasai mata pelajaran Matematik, anda perlu menguasai topik, rumus, simbol dan pengiraan.
Keenam
sentiasa sihat badan dan cerdas minda. Selama belajar ini pastikan anda mengambil makanan dan minuman yang dimasak, bersih, segar dan berkhasiat. Kurangkan atau tinggalkan daripada memakan makanan segera atau meminum minuman bergas dan berais. Ingat!! Otak yang cerdas, pergerakan yang cergas dan emosi yang ceria, datang daripada badan yang sihat. Badan yang sihat ditentukan oleh makanan dan minuman yang baik dan seimbang. Pastikan anda sihat, cergas dan ceria sebelum dan semasa peperiksaan.

Ketujuh
sentiasa mengerjakan sembahyang dan berdoa. Bukan sahaja anda, ibu bapa, sanak saudara pun sama tidak meninggalkan solat, dan turut mendoakan kejayaan anda.
selamat beramal...
*kredit utk dis site....
di kesempatan ini....saya wakil x-saserian mengucapkan apy diwali to cikgu2 yang menyambut deepavali ini...dan juga rakan2 yang beragama hindu yang pernah dan sedang belajar di saser kalau ada la...he3
semoga deepavali kali ini lebih bermakna dalam hidup anda dan sentiasa di terangi dengan cahaya deepavali k....
di kesempatan ini..saya wakil dari saserdendron dan seluruh warga x-saserian mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua guru2 SASER yang telah mendidik kami selama 2 tahun di SASER....
semoga cikgu2 semua berbahagia di bulan syawal yang mulia ini...semoga kita menjadi insan2 yang beruntung dan di rahmatiNYA selalu...
kepada semua rakan2...tak kira di bumi mana pun anda berada...selamat hari raya di ucapkan...semoga yang jauh di dekatkan....yang dekat di rapat2kan....semoga ukhwah yang kita jalinkan semasa di bumi SASER akan sentiasa kekal sehingga ke akhir hayat...
salam aidilfitri....