Buat makluman semua warga SASER, lebih kurang 22 orang pelajar Pioneer telah pun bermesyuarat selepas menghadiri majlis perkahwinan saudara Halim pada 29 Disember yang lalu untuk membentuk komuniti tidak rasmi alumni SASER. Tujuan utama penubuhan komuniti ini adalah untuk menyiapkan kertas kerja penubuhan alumni SASER yang dijangka akan ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2010 termasuk merangka perlembagaan, visi dan misi serta segala yang berkaitan dengannya. Kepada mana-mana pelajar SASER dari generasi ke-2 dan seterusnya yang berminat untuk mewakili batch anda dalam komuniti ini, sila e-mail kan nama, batch, status belajar terkini, nombor telefon dan alamat email anda kepada saya, pjoyz86@gmail.com. Secara tidak langsung, anda akan menjadi wakil tidak rasmi untuk batch anda dan bertanggungjawab untuk menyebarkan maklumat berkaitan kepada seluruh batch anda. Sebarang perkembangan lanjut akan saya umumkan kelak. Sekian.
Labels: Alumni
Pioneer Bersama Pengantin
Mewakili warga Dendron, saya mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada saudara Halim yang telah melangsungkan perkahwinannya pada hari ini. Seramai 30 orang SASER Pioneer telah meluangkan masa untuk turut sama memeriahkan majlis beliau di Alor Gajah.
p/s: Kepada para guru SASER, jangan berkecil hati sekiranya tiada jemputan kerana memandangkan majlis ini diadakan disebelah pihak perempuan. Insyaallah, jemputan akan diberikan apabila majlis diadakan di pihak pengantin lelaki pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Sekian.
Labels: Walimatul Urus
Buat makluman SASERIAN, salah seorang ahli keluarga SASERIAN iaitu dari batch Pioneer(1st Batch), saudara Halim Khalid dari kelas Epsilon bakal melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya, Massita pada Isnin, 29 Disember 2008. Saya mewakili warga Dendron mengucapkan tahniah dan semoga berbahagia hingga ke anak cucu kepada saudara Halim Khalid. Kepada yang berkelapangan, jemputlah untuk hadir bagi memeriahkan majlis tersebut di alamat berikut:
No 408 Jalan Indah 10
Taman Pengkalan Indah
78000 Alor Gajah
Melaka
Masa: 11.30 am - 2.00 pm
Taman Pengkalan Indah
78000 Alor Gajah
Melaka
Masa: 11.30 am - 2.00 pm
Labels: Walimatul Urus
Subscribe to:
Posts (Atom)