
Pasti ramai yang tidak pernah dengar nama dan di mana letaknya Adelaide. Bagi sesiapa yang pernah mengikuti berita mengenai kisah penangkapan David Hicks, seorang pengganas al-Qaeda warganegara Australia, Hicks pernah dipenjarakan di Yatala Prison yang terletak di Adelaide. Tak tahu juga? Tak boleh tolong dah!

Di sini aku belajar di University of Adelaide. Universiti antik ini letaknya betul-betul di sebelah bandar Adelaide. Aku mengambil jurusan Bachelor of Science [Geology & Geophysics] di bawah tajaan JPA. Aku belajar di sini sampai hujung tahun 2009 atau 2010. Jurusan batu ini berkatitan dengan struktur, tekstur, komposisi dan jenis batuan yang terdapat di serata dunia, dan ini termasuklah tahi bintang. Aku juga belajar mengenai mineralogi dan apa-apa sahaja yang terkandung dalam Bumi dan planet-planet lain.
Apa yang seronok belajar jurusan geologi di sini ialah, Australia khususnya Selatan Australia menyimpan ribuan bukti dan panorama geologi yang masih boleh dilhat sehingga ke hari ini. Sebagai contoh, para mahasiswa boleh mengutip serpihan tahi bintang yang sering sahaja jatuh di satu kawasan di sini.

Dari sudut kerjaya pula, lepasan jurusan geologi akan berkerjaya dalam arena perlombongan mineral dan gas, pemasangan paip dan kabel bawah tanah, kajian ketelapan tanah dan sebagainya.

Negeri Australia Selatan mempunyai jaluran pantai yang sangat cantik dan putih pasir pantainya. Airnya pula sejuk dan jernih tanpa mengira musim kerana pantai ini terletak agak hampir dengan kawasan Kutub Selatan. Aku hanya akan berjaya mandi laut tidak pada musim sejuk kerana air laut akan menjadi sangat sejuk, dan pada musim panas kerana untuk mengelakkan daripada terkena 'sunburn'.

Kawasan tanah tinggi pula terdiri daripada kawasan ladang dan tanaman buah-buahan bermusim seperti strawberi, ceri dan anggur, di samping tinggalan geologi. Kawasan ladang ini boleh dilawati secara percuma pada musim bunga.

Cuti Musim Sejuk yang jatuh pada pertengahan tahun 2007 yang lalu membolehkan aku dan rakan-rakan aku berjalan-jalan makan angin hampir ke serata Australia. Ini termasuklah Melbourne dan Sydney. Memandu kereta dari Adelaide ke Sydney mengambil masa 14 jam, ditambah pula dengan kanggaru dan wombat yang melintas jalan tanpa peduli pada waktu malam. Pemandangan pada siang hari pula hanya ladang-ladang gandum, oat dan barli semata-mata, diselang-seli dengan ladang lembu tenusu.
Orang Tempatan

Mereka [selain Abo] ini berpekerti tinggi dan bermentaliti kelas pertama. Pergaulan mereka sungguh menyenangkan hati sesiapa sahaja. Yalah, aku sebagai orang asing memang dapat melihat perbezaan manusia di mana-mana sahaja.
Islamik

Masjid di kawasan bandar dan kediaman hanya ada 7 buah. Jikalau keluar dari kawasan ini, solat hanya dilakukan di kawasan lapang berpandukan kompas sebagai penunjuk arah kiblat dan kain atau rumput sebagai sejadah.

Perasaan dan Harapan
Rasa seronok dan tidak seronok memang ada dalam diri sepanjang berada diluar negara ini. Kadang-kala terasa pula diri sebagai penuntut asing yang didiskriminasi. Tapi apakan daya, itulah cabaran utama sebagai mahasiswa di negara asing.
Bercakap tentang SASER, di Australia ini hanya 4 orang SASERIAN yang menuntut di negara ini. Selain aku, 2 orang 2nd Gen lagi belajar di Sydney, manakala seorang lagi yang tidak diketahui dari batch mana belajar di Queensland.
Aku dengar Azri Sai'on dan Saiful [kedua-duanya dari 3rd Batch: Knights] akan belajar disini? Betulkah?
Salam dari Adelaide!
Fakulito
Info:
- Fakhruddin Afif Fauzi [Paku]
- 2nd Batch 03-04
- 4 Omega / 5 Delta
Labels: saser sedunia
2 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
cantek..
xpe paku..
nnt aku cti sem ni..
aku update lg..
ehhehe