Bosan-bosan menghadap Dell 6400 di bumi kanggaru ni, saja gatal-gatal tangan mencari 'saser seremban' dalam enjin carian Yahoo!.
Kebanyakan keputusan carian ialah laman web SASERIAN seperti Friendster dan MySpace, laman web yang ada senarai sekolah, sama ada di Malaysia, Nageri Sembilan, SBP, kedudukan keputusan SPM 2007.

Tapi ada 5 laman web yang signifikan untuk dikongsi bersama.
1) Laman Blog neversurrender
Blog baru daripada seorang SASERIAN 5th Batch, Anhar Muslim. Salah satu entri berkaitan SASERIAN bertulis begini:
Kehidupan semakin berubah dari kanak2 kpd remaja dan kini menghampiri alam dewasa. Alhamdulillah berjaya jgk saya dlm SPM dan kini menunggu tawaran tuk ke IPT pulak.
Sepanjang cuti lps periksa nie tak bnyk sngt yg diisi tetapi tetap best.Hehehe... Sbb pe? Sbb sudah sekian lme xrse cuti dan enjoy. Tinggal kt asrama tu cam dalam penjara je.Tapi ada la faedahnye, supaye dapat fokus dlm pelajaran. Hasilnya mmg memuaskan! 9 A1 dan 1 B3.
Alhamdulillah..... Baru2 nie dah pegi intrview JPA tuk tajaan belajar ke luar negara kt PICC, Putrajaya. Best jgk r.Bkn intrview tu tp PICC tu. Wakaka.. Sesi temu duga 2 xdelah ssh sngt. Lbeyh sng drpd intrview kt edu camp di Universiti Teknologi Petronas(UTP).Huhu.. Harap2 dpt la tawaran drpd JPA 2 ye.Insya Allah..

2) Laman Blog -thoughtless-
3) Laman Forum Jiwang
Semasa membaca laman forum ini, rasa bangga dengan generasi baru sekarang ini sebab celik IT awal. Boleh pula berdiskusi dengan orang awam mengenai pilihan pendidikan seterusnya.
4) Laman Berita Harian Metro
Kesungguhan itu ternyata berbaloi apabila sejak mula ditubuhkan, banyak kejayaan dicapai pasukan berkenaan dalam pelbagai pertandingan sama ada di peringkat daerah dan negeri. Guru penasihat merangkap penyelaras pasukan, Norezal Nordin, berkata ahli pasukan pakaian seragam berkenaan perlu sentiasa mempamerkan tahap disiplin serta komitmen tinggi setiap kali menjalani latihan dan pertandingan. Menurutnya, seramai 60 pelajar tingkatan empat dan lima yang menganggotai pasukan berkenaan memperoleh banyak manfaat daripada aktiviti dijalankan khususnya peningkatan dalam bidang dan pembentukan sahsiah diri yang baik.
"Penerapan disiplin dalam diri bukan saja boleh membentuk dan melahirkan seseorang individu cemerlang tetapi mampu membina semangat kental menghadapi cabaran.
"Pembabitan pelajar dalam aktiviti pasukan ini menyerlahkan penampilan mereka sebagai individu yang berdisiplin dan bermotivasi tinggi ke arah mencapai kejayaan cemerlang," katanya.
5) Laman Portal Kementerian Pelajaran Malaysia
Rasmi atau tidak, kesilapan atau ketidak lengkapan mesti ada.

Oh, ada dua video daripada YouTube dan Multiply untuk dikongsikan bersama, lakonan ex-SASERIAN.
Satu lagi laman blog, tetapi bukan daripada seorang SASERIAN, malah seorang perempuan! Bukan apa, cuma ada sedikit entri yang berkaitan SASER.
today,received a news dat Hafiz,Shafiq n Afiq r going to Sains Seremban a.k.a SASER.. Hafiz n Afiq,ok...just going to miss Hafiz singing n Afiq,well who going to be bully after dis???
Siapakah gerangan Hafiz, Syafiq dan Afiq tu? Kirimkan salam DENDRON kepada mereka kalau ada sesiapa yang kenal tiga orang ini.
3) Laman Forum Jiwang
Semasa membaca laman forum ini, rasa bangga dengan generasi baru sekarang ini sebab celik IT awal. Boleh pula berdiskusi dengan orang awam mengenai pilihan pendidikan seterusnya.
Gini ceritanya... PMR haritu saya dapat 8A. Saya duduk kat Kuantan, jadi saya mohon SMART (Cluster School). Hari ni saya dapat surat tawaran ke Sekolah Menengah Sains Seremban. Dua2 sekolah yang bagus. Skg saya x tahu nak pilih sekolah yang mana satu....
Pro SMART -Kluster school -Dekat ngan rumah(bleh ulang-alik)
Con SMART -Peluang untuk masuk U tipis sikit berbanding SBP
PRO Saser -SPM 2006 No.5 dalam Malaysia -Jadual hidup teratur
Con Saser -Kena tinggal rumah -X leh main banyak -X leh bukak forum JWG

Con SASER yang last tu memang nak capub JIWANG (lepas ini boleh capub cikgu untuk dapat apa-apa jawatan di sekolah!).
4) Laman Berita Harian Metro
SASER sekarang macam selalu sangat masuk surat khabar. Kali ini tentang kadet polis. Bangga cikgu Norezal. Eh, Cikgu Norezal dah ada berapa orang anak?
Bagi membentuk disiplin yang tinggi selain memperkasakan semangat dalam diri pelajar, Saser menubuhkan Pasukan Kadet Polis awal tahun lalu bagi membina keyakinan pelajar dan melahirkan generasi berwawasan. Penyertaan mereka dalam pasukan berkenaan dapat menyumbang bakti menaikkan imej. Kesungguhan itu ternyata berbaloi apabila sejak mula ditubuhkan, banyak kejayaan dicapai pasukan berkenaan dalam pelbagai pertandingan sama ada di peringkat daerah dan negeri. Guru penasihat merangkap penyelaras pasukan, Norezal Nordin, berkata ahli pasukan pakaian seragam berkenaan perlu sentiasa mempamerkan tahap disiplin serta komitmen tinggi setiap kali menjalani latihan dan pertandingan. Menurutnya, seramai 60 pelajar tingkatan empat dan lima yang menganggotai pasukan berkenaan memperoleh banyak manfaat daripada aktiviti dijalankan khususnya peningkatan dalam bidang dan pembentukan sahsiah diri yang baik.
"Penerapan disiplin dalam diri bukan saja boleh membentuk dan melahirkan seseorang individu cemerlang tetapi mampu membina semangat kental menghadapi cabaran.
"Pembabitan pelajar dalam aktiviti pasukan ini menyerlahkan penampilan mereka sebagai individu yang berdisiplin dan bermotivasi tinggi ke arah mencapai kejayaan cemerlang," katanya.
5) Laman Portal Kementerian Pelajaran Malaysia
Rasmi atau tidak, kesilapan atau ketidak lengkapan mesti ada.
Akhir kata, tahniah sekali lagi buat The Sovereign kerana berjaya memantapkan lagi prestasi keputusan SPM SASER. Selamat berjaya kepada mereka yang akan, telah dan sedang menghadapi temuduga biasiswa. Selamat berjaya juga buat SASERIAN 6th batch dan ex-SASERIAN yang akan menghadapi apa-apa peperiksaan.

Oh, ada dua video daripada YouTube dan Multiply untuk dikongsikan bersama, lakonan ex-SASERIAN.
Berkisarkan pengalaman sebenar pelajar-pelajar University College Dublin. Lakonan Ahmad Farid Salim, 5 Delta 2004.
Video Promosi Adelaide. Lakonan..?
PEMBUKA BICARA
Assalamualaikum w.b.t. Memandangkan ini kemunculan pertama aku di Dendron, izinkan aku memperkenalkan diri terlebih dahulu. Nama diberi Khairul Anwar Bin Zarkasi, lahir di Hospital Besar Kuala Lumpur, merupakan bekas pelajar SASER tahun 2003-2004 (Batch 02). Dikala sibuk dengan tugas-tugas seharian, tiba-tiba terbuka pula hati ini hendak berkongsi dengan warga SASER yang lain bagaimanakah rasanya hidup di luar negara.
WELCOME TO INDIA!
Buat pengetahuan semua, aku mendapat biasiswa kerajaan tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) untuk ke Melaka Manipal Medical College (MMMC), Manipal, India. Kolej perubatan ini menawarkan pengajian berkembar, iaitu 2½ tahun preklinikal di India manakala 2½ tahun klinikal dijalankan di Malaysia. Aku dan rakan-rakan seperjuangan berlepas ke India pada tanggal 9 Mac 2007 yang lalu menggunakan khidmat penerbangan Malaysia Airlines. Perjalanan kami melibatkan laluan udara – KLIA ke Bangalore, Bangalore ke Mangalore – dan laluan darat menggunakan bas kolej dari lapangan terbang Mangalore ke Manipal.

Pertama kali sampai di India, perasaan bercampur aduk menguasai hati. Sedih, gembira, risau…sedih sebab meninggalkan keluarga tercinta, gembira kerana diberi peluang oleh Allah s.w.t untuk menjejakkan kaki di bumi asing, manakala risau pula memikirkan cabaran yang bakal diharungi di sini. Setibanya di Manipal, kami terus menyelesaikan urusan-urusan berkaitan. Asrama, pendaftaran dengan pihak polis, beli barang-barang keperluan dan sebagainya. MMMC diletakkan di bawah pentadbiran Manipal Academy of Higher Learning (MAHE) atau nama barunya Manipal University (MU). MU berfungsi sebagai sebuah “deemed university” dan terdapat berbagai-bagai kolej lain yang bernaung di bawahnya. Antara kolej-kolej yang berada di bawah pentadbiran MU termasuklah MMMC, Kasturba Medical College (KMC) dan Manipal Institute of Technology (MIT).
CADAVER DAN FORMALIN
Tahun 1 melibatkan 3 mata pelajaran – Anatomy, Physiology dan Biochemistry. Setiap pagi kelas kami bermula dengan Anatomy dissection. Semasa dissection, pensyarah akan membelah cadaver (mayat) untuk menunjukkan struktur dalam badan manusia. Cadavers ini disimpan di dalam Dissection Hall dan diawet dengan formalin. Tak dapat digambarkan betapa cuaknya pertama kali hendak berhadapan dengan mayat manusia apatah lagi melihat kulitnya disiat-siat sehingga menampakkan lemak, otot-otot dan organ dalaman lain. Sekali-sekala kami turut diberi peluang men“dissect” sendiri cadaver, suatu pengalaman yang cukup menarik.
Untuk tahun 1, kami belajar tentang struktur dan sistem normal manusia. Bermacam-macam istilah perubatan mulai menjadi mainan bibir. Antara 3 mata pelajaran tadi, Anatomy merupakan mata pelajaran yang paling mencabar kerana banyak sekali nama struktur dalam badan yang perlu diingati. Nama-nama otot, arteri, saraf, tulang, bahkan setiap lubang dan “features” yang ada pada tulang itu turut dinamai. Mata pelajaran yang lainnya pula melibatkan pemahaman, jadi proses mengingat turut menjadi mudah. Kaedah pembelajaran di MMMC terbahagi kepada iaitu self-directed learning (SDL), problem-based learning (PBL), lab-based learning (LBL), dan lectures. Peperiksaan pula melibatkan 3 kertas untuk setiap subjek – Essay, MTF (multiple true false), dan praktikal.
KEBEBASAN BERAGAMA
Manipal pada pandangan mata aku bolehlah dipanggil sebagai “International Town” kerana begitu ramai sekali mahasiswa dari luar negara yang bertandang melanjutkan pengajian di sini. Alhamdulillah, Manipal adalah sebuah pekan yang aman damai, tiada rusuhan dan persengketaan agama seperti yang terjadi di Kashmir. Daging ayam di sini juga halal kerana diuruskan oleh orang Islam. Namun, daging lembu tidak dapat diperoleh di sini walaupun kawanan lembu terbiar bebas meragut rumput di tepi-tepi jalan disebabkan kepercayaan penganut agama Hindu yang cukup kuat melarang lembu daripada dikorbankan. Solat 5 waktu berjemaah dan solat Jumaat turut bebas diadakan di masjid.

Di Manipal, satu-satunya masjid yang menjadi tempat umat Islam berkumpul ialah Masjid-E-Manipal, terletak hanya beberapa ratus meter dari bangunan kampus. Masjid ini turut menyediakan premis perniagaan; kedai makan, kedai alat komunikasi, malah Baskin & Robins turut beroperasi di sini. Di masjid ini juga terdapat sebuah “Guidance Centre”, sebuah bilik kecil yang menjadi tumpuan para pelajar MMMC pada hari Sabtu 2 minggu sekali, kerana di sinilah diadakan tazkirah dan “talk” keagamaan.
AIDILFITRI & AIDILADHA
Belajar di luar negara, pastilah beraya juga di luar negara. Alangkah sedihnya hati buat pertama kalinya terpaksa beraya jauh dari sanak saudara. Solat sunat Aidilfitri dan Aidiladha diadakan di masjid dengan pengawasan pihak polis. Polis ditempatkan di masjid pada pagi raya untuk mengawasi umat Islam yang turun bersolat di masjid. Tidaklah pula diketahui sama ada penempatan polis ini sekadar menjaga keamanan atau adakah disebabkan fobia kepada umat Islam yang pada ketika ini terlabel sebagai pengganas. Selesai solat, khutbah pula berlangsung. Walaupun Bahasa Inggeris digunakan dengan cukup meluas di Manipal, khutbah di masjid tetap menggunakan bahasa ibunda mereka.

Manipal terletak dalam negeri Karnataka, di pantai barat India, bersebelahan dengan negeri Tamil Nadu. Bahasa di Karnataka ialah Kannada, sama sekali berbeza dengan Bahasa Tamil yang digunakan kaum India di Malaysia. Disebabkan ketidakfahaman terhadap Kannada, waktu khutbah biasanya digunakan pelajar-pelajar Malaysia untuk melepaskan penat lelah (tidur). Selesai solat, penuntut-penuntut Muslim Malaysia berkumpul pada majlis jamuan raya yang dianjurkan oleh para penuntut sendiri. Manipal terletak jauh dari kedutaan Malaysia. Kedutaan Malaysia berada di Chennai, Tamil Nadu manakala sebuah lagi berada di Central Delhi. Perjalanan ke sana menggunakan tren mengambil masa sehingga 20 jam. Jadi tidak dapatlah kami beraya bersama warga Malaysia lain di kedutaan Malaysia. Aidilfitri tahun ini (2008) dan tahun hadapan juga bakal dirayakan di Manipal, manakala tahun berikutnya InsyaAllah akan disambut di Malaysia apabila fasa preklinikal di India tamat.
KEMBARA INDIA
Pada cuti semester yang lalu (23/02/08 – 18/03/08), aku dan 4 orang sahabat yang lain menghabiskan cuti mengembara ke utara India. Perjalanan kami melibatkan tempat-tempat berikut mengikut urutan:
Tren menjadi pilihan utama ke serata India selain laluan udara, memandangkan India sebuah negara yang amat besar dan rangkaian jalan raya di sini tidak sebaik di Malaysia. Berbagai-bagai ragam manusia dapat dilihat sepanjang pengembaraan kami. Banyak kali juga kami bertengkar dengan penduduk tempatan khasnya para pemandu autorickshaw dan penjaja jalanan. Kami juga beroleh kesempatan bermesra dengan para pengembara asing dari Jepun, UK, Singapura, Perancis, malah Israel (borak-borak je..).
Mumbai dan Delhi adalah kota kosmopolitan, penuh dengan bangunan pencakar langit. Rajasthan kaya dengan tinggalan kota bersejarah dan istana lama, manakala Himachal Pradesh penuh dengan sukan lasak seperti skiing, paragliding dan river rafting. Namun, pengalaman paling menarik ialah melawat ke Taj Mahal di Agra yang menjadi salah satu daripada 7 keajaiban dunia. Taj Mahal dibina oleh Shah Jahan, maharaja pada ketika itu untuk memperingati isterinya yang telah meninggal dunia, Mumtaz Mahal. Binaan yang cukup indah ini menggunakan batu marmar putih, manakala di belakangnya mengalir Sungai Yamuna. Mengikut ceritanya, Shah Jahan bercita-cita membina sebuah lagi bangunan seperti Taj Mahal di seberang Sungai Yamuna, namun cita-citanya tidak kesampaian apabila anaknya, Aurangzeb merampas takhta dan memenjarakan Shah Jahan. Syukur kembara kami selamat dari sebarang bencana, cuma kadangkala perasaan bengang yang keterlaluan menguasai diri apabila tertipu dengan para peniaga yang giat menindas pengembara seperti kami demi mencari keuntungan berlipat ganda.
PESANAN
Pada saat artikel ini ditulis, aku sudah pun memulakan pengajian tahun 2 di Manipal. Tahun 2 melibatkan mata pelajaran yang lebih mencabar – Pharmacology, Microbiology, Pathology dan Forensic Medicine. Jadual juga makin ketat dengan assignment yang makin banyak, malah kelas juga semakin kurang kerana kaedah pembelajaran lebih tertumpu kepada “self-directed learning”. Kepada adik-adik yang sedang dan akan menuntut di SASER, belajarlah rajin-rajin. Ingat, SPM lah yang akan menentukan bagaimanakah masa depan adik-adik kelak.
Berusahalah memartabatkan SASER, Namamu Teratas.
Wassalamualaikum w.b.t.
WELCOME TO INDIA!
Buat pengetahuan semua, aku mendapat biasiswa kerajaan tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) untuk ke Melaka Manipal Medical College (MMMC), Manipal, India. Kolej perubatan ini menawarkan pengajian berkembar, iaitu 2½ tahun preklinikal di India manakala 2½ tahun klinikal dijalankan di Malaysia. Aku dan rakan-rakan seperjuangan berlepas ke India pada tanggal 9 Mac 2007 yang lalu menggunakan khidmat penerbangan Malaysia Airlines. Perjalanan kami melibatkan laluan udara – KLIA ke Bangalore, Bangalore ke Mangalore – dan laluan darat menggunakan bas kolej dari lapangan terbang Mangalore ke Manipal.
Pertama kali sampai di India, perasaan bercampur aduk menguasai hati. Sedih, gembira, risau…sedih sebab meninggalkan keluarga tercinta, gembira kerana diberi peluang oleh Allah s.w.t untuk menjejakkan kaki di bumi asing, manakala risau pula memikirkan cabaran yang bakal diharungi di sini. Setibanya di Manipal, kami terus menyelesaikan urusan-urusan berkaitan. Asrama, pendaftaran dengan pihak polis, beli barang-barang keperluan dan sebagainya. MMMC diletakkan di bawah pentadbiran Manipal Academy of Higher Learning (MAHE) atau nama barunya Manipal University (MU). MU berfungsi sebagai sebuah “deemed university” dan terdapat berbagai-bagai kolej lain yang bernaung di bawahnya. Antara kolej-kolej yang berada di bawah pentadbiran MU termasuklah MMMC, Kasturba Medical College (KMC) dan Manipal Institute of Technology (MIT).
CADAVER DAN FORMALIN
Tahun 1 melibatkan 3 mata pelajaran – Anatomy, Physiology dan Biochemistry. Setiap pagi kelas kami bermula dengan Anatomy dissection. Semasa dissection, pensyarah akan membelah cadaver (mayat) untuk menunjukkan struktur dalam badan manusia. Cadavers ini disimpan di dalam Dissection Hall dan diawet dengan formalin. Tak dapat digambarkan betapa cuaknya pertama kali hendak berhadapan dengan mayat manusia apatah lagi melihat kulitnya disiat-siat sehingga menampakkan lemak, otot-otot dan organ dalaman lain. Sekali-sekala kami turut diberi peluang men“dissect” sendiri cadaver, suatu pengalaman yang cukup menarik.
KEBEBASAN BERAGAMA
Manipal pada pandangan mata aku bolehlah dipanggil sebagai “International Town” kerana begitu ramai sekali mahasiswa dari luar negara yang bertandang melanjutkan pengajian di sini. Alhamdulillah, Manipal adalah sebuah pekan yang aman damai, tiada rusuhan dan persengketaan agama seperti yang terjadi di Kashmir. Daging ayam di sini juga halal kerana diuruskan oleh orang Islam. Namun, daging lembu tidak dapat diperoleh di sini walaupun kawanan lembu terbiar bebas meragut rumput di tepi-tepi jalan disebabkan kepercayaan penganut agama Hindu yang cukup kuat melarang lembu daripada dikorbankan. Solat 5 waktu berjemaah dan solat Jumaat turut bebas diadakan di masjid.
Di Manipal, satu-satunya masjid yang menjadi tempat umat Islam berkumpul ialah Masjid-E-Manipal, terletak hanya beberapa ratus meter dari bangunan kampus. Masjid ini turut menyediakan premis perniagaan; kedai makan, kedai alat komunikasi, malah Baskin & Robins turut beroperasi di sini. Di masjid ini juga terdapat sebuah “Guidance Centre”, sebuah bilik kecil yang menjadi tumpuan para pelajar MMMC pada hari Sabtu 2 minggu sekali, kerana di sinilah diadakan tazkirah dan “talk” keagamaan.
AIDILFITRI & AIDILADHA
Belajar di luar negara, pastilah beraya juga di luar negara. Alangkah sedihnya hati buat pertama kalinya terpaksa beraya jauh dari sanak saudara. Solat sunat Aidilfitri dan Aidiladha diadakan di masjid dengan pengawasan pihak polis. Polis ditempatkan di masjid pada pagi raya untuk mengawasi umat Islam yang turun bersolat di masjid. Tidaklah pula diketahui sama ada penempatan polis ini sekadar menjaga keamanan atau adakah disebabkan fobia kepada umat Islam yang pada ketika ini terlabel sebagai pengganas. Selesai solat, khutbah pula berlangsung. Walaupun Bahasa Inggeris digunakan dengan cukup meluas di Manipal, khutbah di masjid tetap menggunakan bahasa ibunda mereka.
Manipal terletak dalam negeri Karnataka, di pantai barat India, bersebelahan dengan negeri Tamil Nadu. Bahasa di Karnataka ialah Kannada, sama sekali berbeza dengan Bahasa Tamil yang digunakan kaum India di Malaysia. Disebabkan ketidakfahaman terhadap Kannada, waktu khutbah biasanya digunakan pelajar-pelajar Malaysia untuk melepaskan penat lelah (tidur). Selesai solat, penuntut-penuntut Muslim Malaysia berkumpul pada majlis jamuan raya yang dianjurkan oleh para penuntut sendiri. Manipal terletak jauh dari kedutaan Malaysia. Kedutaan Malaysia berada di Chennai, Tamil Nadu manakala sebuah lagi berada di Central Delhi. Perjalanan ke sana menggunakan tren mengambil masa sehingga 20 jam. Jadi tidak dapatlah kami beraya bersama warga Malaysia lain di kedutaan Malaysia. Aidilfitri tahun ini (2008) dan tahun hadapan juga bakal dirayakan di Manipal, manakala tahun berikutnya InsyaAllah akan disambut di Malaysia apabila fasa preklinikal di India tamat.
KEMBARA INDIA
Jaipur (Rajasthan) Manipal (Karnataka), Mumbai (Maharashtra), Jodhpur (Rajasthan) , Jaisalmer (Rajasthan), Agra (Uttar Pradesh), Shimla (Himachal Pradesh), Manali (Himachal Pradesh), Delhi & Hyderabad (Andhra Pradesh), Bangalore (Karnataka), Manipal (Karnataka).
Tren menjadi pilihan utama ke serata India selain laluan udara, memandangkan India sebuah negara yang amat besar dan rangkaian jalan raya di sini tidak sebaik di Malaysia. Berbagai-bagai ragam manusia dapat dilihat sepanjang pengembaraan kami. Banyak kali juga kami bertengkar dengan penduduk tempatan khasnya para pemandu autorickshaw dan penjaja jalanan. Kami juga beroleh kesempatan bermesra dengan para pengembara asing dari Jepun, UK, Singapura, Perancis, malah Israel (borak-borak je..).
PESANAN
Pada saat artikel ini ditulis, aku sudah pun memulakan pengajian tahun 2 di Manipal. Tahun 2 melibatkan mata pelajaran yang lebih mencabar – Pharmacology, Microbiology, Pathology dan Forensic Medicine. Jadual juga makin ketat dengan assignment yang makin banyak, malah kelas juga semakin kurang kerana kaedah pembelajaran lebih tertumpu kepada “self-directed learning”. Kepada adik-adik yang sedang dan akan menuntut di SASER, belajarlah rajin-rajin. Ingat, SPM lah yang akan menentukan bagaimanakah masa depan adik-adik kelak.
Wassalamualaikum w.b.t.
Info :
- Khairul Anwar Bin Zarkasi
- 2nd Batch 03-04
- 4 Beta / 5 Alfa
Labels: saser sedunia
kepada saserian lepasan SPM 2007
yang telah memohon untuk memasuki matrikulasi bagi sesi 2008/2009
anda boleh menyemak samada anda berjaya
ataupun tidak bermula
pada 16 april 2008
anda boleh menyemak keputusan kemasukan ke matikulasi
di laman web iaitu
http://www.moe.gov.my dengan memasukkan nombor angka giliran SPM
dan nombor kad pengenalan.
selain ituyang telah memohon untuk memasuki matrikulasi bagi sesi 2008/2009
anda boleh menyemak samada anda berjaya
ataupun tidak bermula
pada 16 april 2008
anda boleh menyemak keputusan kemasukan ke matikulasi
di laman web iaitu
http://www.moe.gov.my dengan memasukkan nombor angka giliran SPM
dan nombor kad pengenalan.
anda juga boleh menyemak keputusan
menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) ke nombor 33778 atau menghubungi talian bantuan bahagian matrikulasi di nombor 03-88844100
bermula 16 April ini mulai jam 8.30 pagi hingga 4 petang
Bagi SMS pula, anda perlu menaip perkataan MAT (jarak) nombor kad pengenalan
tarikh pendaftaran bagi penuntut matrikulasi pada 12 Mei manakala surat tawaran dan maklumat lanjut mengenai pendaftaran, yuran dan sebagainya akan dihantar oleh kolej matrikulasi/kolej Mara yang berkenaan.
Sementara itu, bagi proses rayuan untuk pelajar yang layak tetapi gagal mendapat tempat, mereka boleh melampirkan salinan keputusan SPM yang disahkan dan dihantar ke Bahagian Matrikulasi, Aras 6, Blok E15, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya, tidak lewat daripada 30 April ini.
Keputusan rayuan boleh diketahui pada 26 Mei menerusi laman web kementerian, atau SMS dengan menaip perkataan MAR (jarak) nombor kad pengenalan ke talian 33778.
anda juga boleh menghubungi talian bantuan Bahagian Matrikulasi di 03-88844100 pada waktu pejabat.
semoga berjaya.....!!!
Labels: lepasan spm 07
untuk pengetahuan pelajar-pelajar saser sekalian
terutamanya batch-6,
kementerian pelajaran telah pun mengeluarkan jadual peperiksaan untuk SPM 2008
yang akan di adakan bermula pada 12 november sehingga 6 disember 2008
manakala tarikh akhir cuti persekolahan ialah
pada 14 november 2008
manakala UPSR pada 9-11 september
PMR pada 13-17 oktober
STAM pada 20, 21, 22, 28 dan 29 Oktober
semoga anda semua
bersedia untuk menghadapi
peperiksaan pada tahun ini
petikan berita harian klik sini......

Subscribe to:
Posts (Atom)