













Pesanan khas buat SASER Pioneer, tatapilah keadaan Monumen Bersatu SASER, simbol kesatuan kita semua yang semakin menyedihkan. Warna yang semakin luntur, plat nama yang sudah retak dan lebih menyedihkan, tanda tangan perasmian telah pun reput dan haus dimakan usia.
Labels: SASER
Aku baru sahaja pulang dari SASER petang tadi. Melihat perkembangan sekolah setelah agak lama tidak menjejakkan kaki ke sekolah. Kini, beberapa bangunan baru sedang dalam proses pembinaan. Tempat letak bas dihadapan Pondok Guard sudah tiada. Bangunan kantin dahulu juga sudah tiada. Kedua-duanya sudah dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembinaan bangunan baru. Dewan Putera juga sudah cantik sekarang. Jauh berbeza dengan keadaan sewaktu aku meninggalkan SASER pada tahun 2003 dahulu. Pondok-pondok wakaf juga sudah banyak yang dibina. Kolam ikan Epsilon juga sudah tiada kerana digantikan dengan pondok untuk beristirehat. Dewan makan juga sudah berubah wajah. Banyak perbezaannya berbanding 5 tahun yang lalu. Segalanya sudah banyak berubah. Namun, keadaan Monumen Bersatu SASER, mercu tanda Pioneer berada dalam keadaan yang agak menyedihkan. Sesuatu perlu untuk dilakukan. Ada sebarang cadangan?
p/s: Entri ini khas untuk SASERIAN yang sudah lama tidak menjenguk sekolah. Sekadar menghebahkan perubahan yang ada.
p/s: Entri ini khas untuk SASERIAN yang sudah lama tidak menjenguk sekolah. Sekadar menghebahkan perubahan yang ada.
Labels: SASER
Subscribe to:
Posts (Atom)