Aku baru sahaja pulang dari SASER petang tadi. Melihat perkembangan sekolah setelah agak lama tidak menjejakkan kaki ke sekolah. Kini, beberapa bangunan baru sedang dalam proses pembinaan. Tempat letak bas dihadapan Pondok Guard sudah tiada. Bangunan kantin dahulu juga sudah tiada. Kedua-duanya sudah dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembinaan bangunan baru. Dewan Putera juga sudah cantik sekarang. Jauh berbeza dengan keadaan sewaktu aku meninggalkan SASER pada tahun 2003 dahulu. Pondok-pondok wakaf juga sudah banyak yang dibina. Kolam ikan Epsilon juga sudah tiada kerana digantikan dengan pondok untuk beristirehat. Dewan makan juga sudah berubah wajah. Banyak perbezaannya berbanding 5 tahun yang lalu. Segalanya sudah banyak berubah. Namun, keadaan Monumen Bersatu SASER, mercu tanda Pioneer berada dalam keadaan yang agak menyedihkan. Sesuatu perlu untuk dilakukan. Ada sebarang cadangan?
p/s: Entri ini khas untuk SASERIAN yang sudah lama tidak menjenguk sekolah. Sekadar menghebahkan perubahan yang ada.
p/s: Entri ini khas untuk SASERIAN yang sudah lama tidak menjenguk sekolah. Sekadar menghebahkan perubahan yang ada.
Labels: SASER
7 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
bleh kitorg tgok skali...
Gambo tak teringat la pulak nak ambil... ngeh2
nak tanya sape yang minat nak datang semula sekolah and bagi talk or LDK sket ngan bebudak 7th & 8th batch? Sangat dialu-alukan. Kongsi pengalaman sket ngan adik2 junior. Boleh ke?