Salam dan tahniah kepada semua.Pertama-tamanya saya nak meminta maaf kepada saudara Pjoyz kerana membiarkan dia seorang beratalu-talu menjawab segala persoalan dan cemuhan yang dilontarkan berhubung keputusan SPM 2008.Keduanya tahniah kepada semua saserian batch 6 yang sekali lagi berjaya mengekalkan kedudukan no 1 di dalam sbp.Tahniah kerana memartabatkan SASER NAMAMU TERATAS.
Tahniah sekali lagi.Bukan mudah untuk mengekalkan kejayaan yang diwarisi.Lebih mudah mencipta kejayaan daripada mengekalkannya.Tidak perlu rasanya tuding menuding di antara satu sama lain di atas kejatuhan gred purata beberapa subjek.Ada lebih baik jika kita menilai sendiri diri kita.saya selaku pelajar 2nd batch ingin mengingatkan kepada semua saserian bahawa rencah utama untuk kejayaan saser adalah berusaha bersama-sama sebagai suatu kumpulan,menjaga hubungan baik dengan guru,berdoa dan bertawakkal.Perkara asas ini perlu dijaga sebaik mungkin jika SASER masih mahu terus menggapai kejayaan.
Kepada adik-adik yang bertelagah tentang SBP dan MRSM rasanya tidak perlulah berbuat demikian.Tidak ada rasionalnya untuk terus bercakaran sedangkan pelajar SBP dan MRSM lah yang banyak merudum keputusannya ketika di menara gading dan matrikulasi.YA kita gah sebagai jaguh kampung apabila kita bersama-sama bangsa kita.Tapi apabila bertanding secara terbuka bersama-sama bangsa lain.di mana kita?tersungkur menyembah bumi.Jadi ada baiknya kalian jadikan kejayaan saser ini sebagai suatu cabaran agar kalian juga mampu menggapainya.Tidak salah meletakkan satu batu ukur dalam mengejar kejayaan.Mungkin selepas menandingi kejayaan SASER kalian boleh pula cuba mengejar MRMS.Maaf tidak ada sedikit nada riak mahupun bangga ketika ini.Cuma saya mahu mengajak anda semua agar menyalurkan ketidakmatangan itu kepada jalan yang positif.
Di dunia di luar sana bukan dari sekolah mana yang menjadi ukuran.Tetapi sejauh mana anda mampu bersaing itu yang menjadi ukuran.Tetapi ingat.Akan sentiasa muncul orang-orang yang dengki dengan kalian.
'Bacalah dengan nama tuhanmu'
Muhd Haikal bin samsudin
4omega/5beta 03/04
Saserian 2nd batch
papepun, same saje mana2 pun..
doakanla kami sebagai lepasan SPM 08 maju dan berjaya~
pelajar SBP dan MRSM lah yang banyak merudum keputusannya ketika di menara gading dan matrikulasi
memang kebanyakan pelajar sbp n mrsm yang merudum kat matrikulasi n uni.
sebab suasana belajar yg berbeza dan tak dapat nak berdikari...hu3
so...sedarlah....tak semstinya kita berjaya skrg..sudah menjamin tiket utk berjaya pada masa depan...
good luck utk semua dunia n akhirat...
:)
korang memeng hebat
kitorang da samura selalu jadikan koranng ikon
teruskan usaha..