Salam...
Saudara-saudara Alumni Saser yang ku kasihi...
Semalam, saya dan taufik telah turun ke Saser untuk menziarah adik-adik kita di sana. Sekolah kita sedang menuju ke arah pembangunan yang pesat dengan terbinanya pusat-pusat kemudahan yang baru seperti surau, pusat ko-k, bangunan pentadbiran 4 tingkat dan byk lagi perkembangan yang di jalankan di Saser kini. Jauh berbeza dengan zaman kita yang agak sederhana.
Sempat juga saya bertemu dengan cikgu kahar, cikgu sharol, cikgu md nor kerana kebetulan ada kejohanan bola interclass smalam. Pertemuan yang singkat itu dijalankan dengan penuh berkualiti.
Namun, dalam masa perbincangan berkenaan perkembangan Saser, kita telah menerima berita yang pada hemat saya menggemparkan dan dukacita. Bahawa Sekolah Menengah Sains Seremban (SASER) akan ditukar namanya kepada Kolej Tunku Mukhriz (bersempena yang dipertuan NS yang baru)diatas arahan PPD. Dimaklumkan bahawa Pengarah PPD telah mengeluarkan arahan bertulis kepada pengetua sekolah untuk tindakan selanjutnya. Penguatkuasaan pertukaran nama ini dikatakan berkuatkuasa dalam tempoh setahun. Malangnya, generasi terakhir yang akan memikul cabaran Saser akan diakhiri pada generasi 7th.
Kenapa Saser pula yang dipilih untuk menukar nama? Difahamkan bahawa peringkat PPD ingin menamakan sekolah bersempena nama yang dipertuan. Pada hemat saya, SBP yang baru sepatutnya perlu diberikan nama ini tetapi difahamkan yang PPD hanya mahukan sekolah yang konsisten prestasinya.
Saserian & Guru-guru rata-rata memang tidak bersetuju diatas tindakan penukaran nama sekolah. Jelas, majlis mesyuarat sekolah seolah-olah dikesampingkan.
Justeru, saya menyeru rakan-rakan Alumni Saser untuk kita mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan permasalahan ini. Cadangan saya agar dimulakan satu pertemuan rasmi dengan pihak sekolah untuk kita berbincang dan pada masa yang sama pungutan suara perlu dilakukan diperingkat alumni dari batch pioneer sehingga batch 6th. Harap perhatian dan dipanjangkan makluman ini kepada rakan-rakan yang lain kepada semua batch.
Atau mungkin ada cadangan lain dari rakan-rakan. Himpunan Alumni perlu dijalankan dalam tempoh terdekat. Harap maklum.
Mohon perhatian alumni
Yang benar,
Sheikh 1st Batch (Pioneer)

Labels: SASER
3 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sebab Seremban memang ade KTM
Anggap lah ni sebagai naik taraf saser atas pencapaian saser selama ni. jangan cepat melatah
Dengan reputasi dan prestasi SMS Seremban, walaupon nama dah tukar orang still respect KTM and tahu bahawa KTM itu asalnya SMS Seremban..
Lagipon perkataan Kolej itu menaikkan taraf kita setaraf dengan Kolej2 premier yang lain
wujud ke alumni saser nie?!
mcm ne kte nk wat prbncngan kalo xde alumni??