Awal tahun 2007, suhu di Adelaide memang sangat tinggi sehingga mencecah 41 darjah celsius. Itulah perkara pertama yang aku rasa selepas sampai di Adelaide, Selatan Australia, Australia. Alhamdulillah, berbaloi juga usaha gigih dan keputusan peperiksaan yang telah dikurniakan-Nya selama ini.Pasti ramai yang tidak pernah dengar nama dan di mana letaknya Adelaide. Bagi sesiapa yang pernah mengikuti berita mengenai kisah penangkapan David Hicks, seorang pengganas al-Qaeda warganegara Australia, Hicks pernah dipenjarakan di Yatala Prison yang terletak di Adelaide. Tak tahu juga? Tak boleh tolong dah!
BelajarDi sini aku belajar di University of Adelaide. Universiti antik ini letaknya betul-betul di sebelah bandar Adelaide. Aku mengambil jurusan Bachelor of Science [Geology & Geophysics] di bawah tajaan JPA. Aku belajar di sini sampai hujung tahun 2009 atau 2010. Jurusan batu ini berkatitan dengan struktur, tekstur, komposisi dan jenis batuan yang terdapat di serata dunia, dan ini termasuklah tahi bintang. Aku juga belajar mengenai mineralogi dan apa-apa sahaja yang terkandung dalam Bumi dan planet-planet lain.
Apa yang seronok belajar jurusan geologi di sini ialah, Australia khususnya Selatan Australia menyimpan ribuan bukti dan panorama geologi yang masih boleh dilhat sehingga ke hari ini. Sebagai contoh, para mahasiswa boleh mengutip serpihan tahi bintang yang sering sahaja jatuh di satu kawasan di sini.

Dari sudut kerjaya pula, lepasan jurusan geologi akan berkerjaya dalam arena perlombongan mineral dan gas, pemasangan paip dan kabel bawah tanah, kajian ketelapan tanah dan sebagainya.
Tempat MenarikNegeri Australia Selatan mempunyai jaluran pantai yang sangat cantik dan putih pasir pantainya. Airnya pula sejuk dan jernih tanpa mengira musim kerana pantai ini terletak agak hampir dengan kawasan Kutub Selatan. Aku hanya akan berjaya mandi laut tidak pada musim sejuk kerana air laut akan menjadi sangat sejuk, dan pada musim panas kerana untuk mengelakkan daripada terkena 'sunburn'.
Selain pantai, terdapat puluhan taman hidupan liar di sini. Kanggaru, wombat, emu, koala dan pelbagai haiwan peribumi Australia dapat dilihat dan disentuh dengan mata kepala dan tangan sendiri.Kawasan tanah tinggi pula terdiri daripada kawasan ladang dan tanaman buah-buahan bermusim seperti strawberi, ceri dan anggur, di samping tinggalan geologi. Kawasan ladang ini boleh dilawati secara percuma pada musim bunga.

Cuti Musim Sejuk yang jatuh pada pertengahan tahun 2007 yang lalu membolehkan aku dan rakan-rakan aku berjalan-jalan makan angin hampir ke serata Australia. Ini termasuklah Melbourne dan Sydney. Memandu kereta dari Adelaide ke Sydney mengambil masa 14 jam, ditambah pula dengan kanggaru dan wombat yang melintas jalan tanpa peduli pada waktu malam. Pemandangan pada siang hari pula hanya ladang-ladang gandum, oat dan barli semata-mata, diselang-seli dengan ladang lembu tenusu.
Orang Tempatan
Orang Australia, khususnya disini terdiri daripada pelbagai keturunan seperti Perancis, Sepanyol, Arab, Afrika, Cina dan Amerika Selatan. Penduduk asli disini pula dikenal sebagai 'Aborigines / Abo' hanya dapat dilihat dikawasan luar bandar dan padang pasir.Mereka [selain Abo] ini berpekerti tinggi dan bermentaliti kelas pertama. Pergaulan mereka sungguh menyenangkan hati sesiapa sahaja. Yalah, aku sebagai orang asing memang dapat melihat perbezaan manusia di mana-mana sahaja.
Islamik
Kebanyakan orang tempatan disini tidak beragama, walaupun gereja roman dan katholik banyak sekali terlihat dimana-mana. Komuniti orang Islam Arab dapat ditemui di kawasan selatan Adelaide, manakala komuniti Islam Melayu yang meliputi aku dapat dilihat di kawasan tenggara.Masjid di kawasan bandar dan kediaman hanya ada 7 buah. Jikalau keluar dari kawasan ini, solat hanya dilakukan di kawasan lapang berpandukan kompas sebagai penunjuk arah kiblat dan kain atau rumput sebagai sejadah.
Makanan? Selalunya orang Islam seperti aku lebih suka memasak sendiri kerana restoran halal di sini dibuka pada waktu siang lima hari seminggu. Tapi itu bukan masalahnya, poin utama ialah untuk menjimatkan perbelanjaan. Bahan mentah seperti ayam dan daging serta rempah ratus Asian dibeli dengan harga yang murah di pasar utama atau 'Central Market' di bandar.Perasaan dan Harapan
Rasa seronok dan tidak seronok memang ada dalam diri sepanjang berada diluar negara ini. Kadang-kala terasa pula diri sebagai penuntut asing yang didiskriminasi. Tapi apakan daya, itulah cabaran utama sebagai mahasiswa di negara asing.
Bercakap tentang SASER, di Australia ini hanya 4 orang SASERIAN yang menuntut di negara ini. Selain aku, 2 orang 2nd Gen lagi belajar di Sydney, manakala seorang lagi yang tidak diketahui dari batch mana belajar di Queensland.
Aku dengar Azri Sai'on dan Saiful [kedua-duanya dari 3rd Batch: Knights] akan belajar disini? Betulkah?
Salam dari Adelaide!
Fakulito
Info:
- Fakhruddin Afif Fauzi [Paku]
- 2nd Batch 03-04
- 4 Omega / 5 Delta
Labels: saser sedunia
Selamat Berlepas. Selamat Belajar.
Jaga Diri, Jaga Agama.
Kem Lepasan SPM 2008
anjuran
AUSIS
dengan kerjasama
Kelab Remaja ISMA dan PEMBINA.
Tarikh:
1 - 3 Februari 2008
Tempat:
Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam
Antara Aktiviti Hebat yang Bakal Berlangsung:
1) Slot pengenalan Australia & New Zealand
2) Penerangan & Soal Jawab tentang Kursus:
Kejuruteraan, Perubatan, Perakaunan,
Biosains [Bioperubatan, Bioteknologi dll.], Sains, Pendidikan
3) Kembara Mimpi
4) dan banyak lagi!
InsyaAllah patik akan berada di sana.
Borang penyertaan boleh dimuat turun
di sini.

Kita Hebah-hebahkan kepada semua [untuk lepasan SPM sahaja!]
Meminjam daripada kata-kata Allah:
Selalu pun kita baca ayat di atas sewaktu di SASER. Maklumlah, ayat hafazan. Yang dah jadi bukan penuntut SASER tu ingat lagi ke ayat hafazan tu?
Peperiksaan pun dah habis. Takpun, akan hampir habis. Maka banyaklah masa lapang yang akan kita lalui. Sebenarnya semua bergantung kepada diri kita sendiri, sama ada mahu menggunakan masa yang lapang itu dengan baik atau tidak.
Rasulullah pun pernah bersabda:
yakni nikmat sehat dan waktu lapang.”
(HR. Bukhari)
weekend~!!~!!
whoaaa..slalu nye weekend la waktu yg ditunggu2 oleh sumer org...yg bekerja dpt peluang untuk bersama keluarga manakala yg masih bljr menggunakn hjg mggu untuk berehat disamping menenangkn fikiran slps smggu suntuk menatap buku..
hurm..terkenang kembali di SASER 03-04...hjg mggu tidaklah seindah spt yg diharapkn...ari sbtu akn diadakn wktu persekolah mengikut jadual yg ditetapkn..yg tggl hanya ari ahd..yg lazimnya digunakn sepenuhnya untk menyiapkn kerja sekolah...
namun..ianya tak lah terok spt diandaikn..ari sbtu biasa nye pljr akn disajikn dgn tayangan di court basketball..ini adalah slh satu aktiviti santai yg boleh dilakukn..siap berbantal dan ade juga yg membawa tilam~!!~!!..pd mlm mggu juga, pelajar akn bersepah2 di serata kwsn skolah dan juga luar skolah ade la juga yg fly kn...sgt sedkit pljr yg berada di kls..kalau ade pown, hanya duduk2 dan sembang2..mlm mggu sgt2 dimanfaatkn olh pelajar untuk menenangkn fikiran...rmai yg bertumpu di kantin untuk menikmati juadah...ade juga yg menunggu juadah2 yg dijual olh para guru...burger ustz farid, nasi lmk ckgu kahar dan kuey teow ckgu helmiah ( sumer ni akn abih sblom kul 11 lg~!!~!!) sgt sdp~!!~!!...yeah...sumer kenangan ni xkn dpt kalu aku x masok SASER dan mengenali rakan2 di situ...
hohohohohoh..
owh hampir terlupa..kalau sape2 nk cari paku di mlm mggu..cr la dier di mkml komputer..iA x menghampakn..hehehehe..


