Buat makluman terlebih dahulu, inilah kali pertama aku menulis di Dendron sejak aku dilantik menjadi penulis di ruangan ini. Mungkin ramai yang pernah mendengar lagu ini dan mungkin juga ramai yang langsung tidak mengetahui kewujudan lagu ini. Maklumlah, lagu ini bukannya lagu rock, balada dan lagu-lagu cinta yang menjadi kegilaan remaja masa kini. Lagu ini hanyalah sebuah lagu puisi namun mempunyai maksud tersirat yang amat mendalam. Andai diperhalusi dan dihayati, lagu ini mampu untuk membakar semangat juang bangsa Melayu terutama golongan muda yang saya rasa amat luntur pada hari ini. Lihat sahaja di pusat-pusat serenti, mat-mat rempit di jalanan dan sebagainya, rata-rata didominasi oleh remaja-remaja melayu yang telah tewas dek pengaruh budaya barat yang terlalu ingin berhibur. Atas rasa prihatin, saya kongsikan bersama lirik lagu ini buat tatapan kita bersama, moga-moga dapat membakar semangat juang kita untuk memartabatkan bangsa Melayu dan agama Islam di persada dunia...
Anak Kecil Main Api
Terbakar Hatinya Yang Sepi
Airmata Darah Bercampur Keringat
Bumi Dipijak Milik Orang
Nenek Moyang Kaya Raya
Tergadai Seluruh Harta Benda
Akibat Sengketa Sesamalah Kita
Cinta Lenyap Di Arus Zaman
Indahnya Bumi Kita Ini
Warisan Berkurun Lamanya
Hasil Mengalir Ke Tangan Yang Lain
Pribumi Merintih Sendiri
Masa Depan Sungguh Kelam
Kan Lenyap Peristiwa Semalam
Tertutuplah Hati Terkunci Mati
Maruah Peribadi Dah Hilang
Kini Kita Cuma Tinggal Kuasa
Yang Akan Menentukan Bangsa
Bersatulah Hati Bersama Berbakti
Pulih Kembali Harga Diri
Kita Sudah Tiada Masa
Majulah Dengan Gagah Perkasa
Jangan Lalai Teruskan Usaha
Melayu Kan Gagah Di Nusantara (3x)
Cukup puitis dan tersirat maksud disebalik lagu ini. Tatkala aku membaca liriknya, teringat ketika di zaman sekolah di SASER dahulu. Semasa tahun pertama aku di SASER yakni diawal penubuhan SASER dahulu. Lagu ini sering didendangkan oleh Cikgu Halim, Penolong Kanan Akademik SASER pada ketika itu untuk membakar semangat juang warga SASER. Maklumlah, kami merupakan generasi pertama SASER maka kamilah yang menjadi penentu kemajuan SASER dimasa hadapan. Lagu ini juga dinyanyikan oleh rakanku, Karat ketika kumpulannya membuat persembahan pentomin bersempena sambutan bulan kemerdekaan di SASER pada ketika itu. Cukup lunak dan merdu suara beliau sehinggakan maksud tersirat lagu tersebut mampu disampaikan kepada sekalian yang hadir. Alhamdulillah, tugas kami selaku perintis generasi SASER berjaya disempurnakan dengan pencapaian cemerlang kami menjangkaui sasaran yang disasarkan pihak sekolah. Hasilnya, SASER kini semakin cemerlang di persada Malaysia melalui peningkatan pencapaian membanggakan dalam SPM. Yang terbaru, SPM 2006 telah meletakkan nama SASER ditangga pertama sekolah-sekolah di Malaysia. Syabas wahai pewaris SASER sekalian. Mari kita sama-sama nantikan pencapaian generasi ke-5 SASER. SASER Namamu Teratas....
0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)