Aku baru sahaja terbang ke negara matahari terbit ini kurang dari setahun yang lepas. Aku dihantar ke Kota Metropolis Tokyo. Sebenarnya aku bukan tinggal betul-betul di Tokyo, tetapi dalam bandaraya Hachioji, spesifik lagi di wilayah Hazama. Bandar Hachioji ni dekat sahaja dengan Tokyo, cuma dalam 'outskirt'.
Salji dan Kesejukan
Sekarang ini musim sejuk di Jepun dan kawasan sekitar. Jadi, kenalah pakai baju sejuk yang tebal-tebal. Tapi yang berkualiti yakni mampu memanaskan badan mestilah yang mahal, iaitu lebih kurang 20 000 yen. Benda-benda lain pun kena tebal juga. Macam stokin, selimut. Heater pula mesti dipasang. Kesimpulan awalnya, musim sejuk memang memakan duit.
Salji? Huh! macam A.B.C. je pun. Keras! Tidak seseronok yang disangka sebenarnya. Kalau nak berjalan keluar pun kena sungguh berhati-hati kerana jalan memang licin. Tapi yang seronoknya musim sejuk atau 'winter' ini ialah; berski dan bersnowboarding!
Berski
Masa mula-mula main ski memang tak pandai langsung. Jatuh macam nangka busuk. Sakit punggung betul! Jadi kenalah belajar membrek dulu, walaupun susah. Dalam satu jam juga belajar membrek.
Lepas tu dah rasa macam pandai sedikit, aku mula bermain ski perlahan-lahan. Sehari aku main dalam 5 jam. InsyaAllah dah pakar dalam aksi membrek lepas ni! Hehe...
Bayaran masuk ke pusat ski berjumlah 3000 yen dari jam 8 pagi hingga 4 petang. Peralatan ski dan snowboard pula boleh disewa di situ. Tetapi kebanyakan orang Melayu di sini mampu membeli papan snowboard yang berharga sekitar 40 000 yen! Tetapi harga itu kira berpatutan juga la, memang berbaloi aku rasa.
Solat Tiang Agama
Waktu solat di sini memang cepat berubah, lebih-lebih lagi di kala musim salji ini. Subuh masuk pada pukul 5 pagi. Memang
Waktu-waktu solat yang lain pun tak sama dengan di Malaysia juga. Zuhur jam 11, Asar jam 2, Maghrib jam 5, Isya dalam jam 7. Yalah, dalam musim ini, siang lebih pendek dari malam.
Makan-makan
Seperti hari-hari kebanyakan, aku lebih suka masak sendiri. Selalunya aku hanya mampu memasak lauk kari, sambal dan masak lemak. Kadang-kadang aku masak tomyam atau sup. Resepi? Aku cari di enjin carian Google sahaja!
Untuk membeli bekalan bahan mentah seperti daging dan ayam halal, aku hanya menggunakan kemudahan internet. Selain itu, aku juga membeli daging mentah di kedai-kedai daging yang berlogo halal. Kebanyakan daging halal yang dijual di sini datangnya dari Australia atau Aussie.
Itu kalau aku rajin masak. Kalau aku malas, aku akan membeli bungkus makanan dari luar. Kalau makan diluar pula, hidangan makan laut menjadi pilihan.
Orang-orang Jepun
Penduduk Jepun di sini bertutur dalam pelbagai jenis dialek. Tetapi yang menjadi persoalan ialah mereka langsung tidak tahu berbahasa Inggeris. Oleh hal yang demikian, aku akan menggunakan kebolehan berbahasa Jepun yang tak seberapa untuk berkomunikasi. Ini pun sudah diajar semasa di pusat persediaan di UTM tahun 2006 yang lepas.
Bersama pakcik kepada member Jepun aku semasa di Akita untuk melihat Hanabi atau Pesta Bunga Api. Pesta Bunga Api di sini adalah yang terbesar di dunia dan diadakan setiap tahun.
Di tempat belajar, aku jarang bersama-sama rakan-rakan berbangsa Jepun kerana nanti lama-lama mereka akan mengajak aku meminum arak. Perkara pokoknya pula ialah mereka ini seringkali bersifat kebudakan. Terasa segan pula aku.
Di Jepun memang tiada diskriminasi kaum.
Ajakanku
Aku meminta agar ada di antara junior SASER nanti yang akan melanjutkan pelajaran ke sini kerana aku perlukan mangsa untuk di'pow' duit yennya. Hehe.
Sayonara!
Info
- Nik Muhammad Shazwan Nik Mohd Nasim
- 2nd Batch 03-04
- 4 Beta / 5 Omega
Labels: saser sedunia
1 Comment:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
bestnye dpt g jepun!nak g jgk~~