Memanglah rasa nak meletup habis-habisan kerana seorang sahabat saSASER yang paling baik tidak memberitahu akan kedatangannya ke sini sehingga 3 minggu kemudiannya! [sedikit bersifat personal].
Mohammad Irfan Abdul Samad, Batch 02 SASER ini telah menyertai satu pasukan dalam Pertandingan Cabaran Solar Sedunia Panasonic 2007 bertempat di Australia. Pasukan yang mewakili Malaysia itu terdiri daripada pensyarah dan pelajar-pelajar kejuruteraan daripada UTM Skudai.Pertandingan itu berlangsung selama 1 hingga 2 minggu, yakni perlumbaan kereta solar sejauh 3021 km daripada Darwin dan berakhir di Adelaide, yakni tempat saya belajar. Butiran lanjut di sini.
Irfan dan pasukannya [ayat macam Irfan sebagai ketua pasukan!] diraikan oleh sebahagian pelajar-pelajar Tahun Pertama Universiti Adelaide [termasuk saya].
Mereka kemudian akan ke Melbourne untuk berjalan-jalan sebelum berlepas pulang ke Malaysia dari Sydney.
Tahniah sebab berjaya sampai di universiti tempat belajar saya belajar. Lain kali telefon sebelum datang!
Info tambahan:
- Mohammad Irfan Abdul Samad
- 2nd Gen, 4 Epsilon / 5 Iota (2003 - 2004)
- Ketua Biro Keceriaan Pengawas, Pengerusi Kelab Multimedia
- Kaki lepak makmal komputer & bilik BADAR!
0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
