Untuk pengetahuan bekas pelajar SASER, Ustaz Badrol dan En. Adnan menyambung pelajaran mereka di Institut Aminuddin Baki di Genting bermula pada 7 Julai 2008.
p/s-makin ramai guru-guru pioneer yang meninggalkan SASER.Pemergian mereka bukan sahaja merupakan kehilangan besar kepada SASER kerna mereka inilah diantara yang terawal bergelumang dengan para pelajar SASER yang awal.Merekalah yang sama-sama bersusah payah dengan pelajar SASER.Mereka berada bersama-sama menyaksikan kebangkitan SASER bersama kami.Mereka bersama-sama tabah mengajar kami dalam serba kekurangan di awal kelahiran SASER.
Dengan kekurangan guru,kekurangan prasarana, mereka tidak mengalah.Malahan mereka mendidik kami(warga awal SASER) dengan penuh keyakinan bahawa kamilah pencetus sejarah SASER.Dari keadaan tiadanya podium di dataran kejat,Court tenis yang buruk,Makmal komputer yang lama dan serba tidak lengkap,Almari kayu,tiadanya ruang menunggu di sebelah tempat parking kereta depan bilik ketua bidang,dewan peperiksaan yang juga tidak lengkap,tiadanya podium di padang dan berbagai-bagai lagi kekurangan,mereka tabah dan sabar menjalankan tugas mereka.
Mereka lebih memahami susah payah kami.Mungkin kerna kami dan guru-guru ini mengharungi susah payah dan suka duka bersama menjadikan hubungan kami begitu rapat dengan mereka.Kami hormat akan mereka.Hormat akan pengorbanan mereka dari segi masa,tenaga,kewangan dan lain-lain lagi.Terlalu banyak yang mereka lakukan untuk kami.Hanya janji kejayaan yang mampu kami beri untuk membalas jasa mereka.Bukan tujuan penulis untuk menidakkan keupayaan guru-guru baru tetapi entry ini hanyalah untuk kami mengimbau sejarah meyingkap tabir kenangan lalu dan menunjukkan penghargaan kami kepada mereka.
Akhir kata good luck buat SASER.Semoga namamu teratas selamanya.
entry ini khas ditujukan kepada-En shahir(cikgu kimia),cikgu helmi,cikgu halim,cikgu qalilah,ustad badrul,cikgu adnan,master(cikgu add math),cik hajah anisah
Siapalah saya kan....
may allah bless her..