Assalamualaikum kepada semua. Selepas berhempas pulas dengan segala peperiksaan, akhirnya penulis mempunyai begitu banyak masa terluang untuk menulis kembali.Baiklah. Kali ini penulis ingin berkongsi dengan pembaca-pembaca di luar sana tentang salah satu negara yang digelar 'Gergasi Asia' iaitu korea.
Annyonghasaeyo Yorobun~
Ayat di atas membawa maksud 'hello everybody'.Jika Jepun digelar negara matahari terbit,Korea pula digelar land of the morning calm..ape yang calm sangat pon penulis tak tahu..Sebab korea ni sibuk aje..so penulis cerita serba sedikit pasal korea ok.Korea ni merupakan negara 4 musim.Ade musim bunga,panas,luruh dan salji.Panas korea melebihi kepanasan Malaysia kerana faktor kekeringan cuacanya berbanding dengan Malaysia yang beriklim lembab sepanjang tahun.Musim sejuknya pula agak sejuk dan boleh mencecah -20 celcius mengikut tempat.Namun secara peribadinya penulis lebih gemar dengan cuaca ketika musim bunga.Pemandangannya pun cantik ditambah angin yang bertiup seakan-akan angin di pantai membuatkan penulis selalu 'hilang' di dalam keindahan alam ciptaan Allah S.W.T
Indahkan musim bunga?
Hanguk sarami otton saram inkayo?(orang korea bagaimana?)
Kali ni penulis akan bercerita tentang orang korea.Seperti yang sering dilihat di televisyen di Malaysia, kebanyakan orang-orang korea agak kacak dan comel-comel..Tetapi awas!..tidak semua yang asli kerna kebanyakannya sudah melalui pembedahan plastik.Pembedahan plastik di sini boleh dikatakan sebagai suatu budaya.Kebanyakan dari mereka melakukannya sejak di bangku sekolah menengah lagi.
Orang Korea merupakan bangsa yang hidup dalam tekanan dari semua segi di atas desakan hidup.Sejak di bangku sekolah lagi mereka sudah ditekan dan diperah habes-habesan.Ketika memasuki sekolah menengah,mereka akan belajar dari pukul 8 pagi sehingga 4 petang dan selepas itu mereka tidak akan terus pulang ke rumah tetapi sambung belajar sehinnga pukul 12 atau 1 pagi.
Bagi yang berkerja pula mereka akan berkerja dari pukul 8 sehingga pukul 5 atau 6 dan akan terus menyambung kerja mereka sehingga pukul 8 atau 9 malam.Seram bukan?Kerna tekanan inilah yang menjadikan mereka bangsa yang sangat kompeten dan sangat tinggi daya saing mereka.Mereka berdisiplin,sangat2 hormat kepada orang tua Tetapi mereka juga merupakan bangsa yang kurang nilai sopan santunnya dan agak memandang rendah kepada bangsa lain kecuali yang berkulit putih.Mereka juga mempunyai nilai individualistik yang tinggi.Mereka tidak menghiraukan orang lain kecuali jika mereka mempunyai kepentingan bersama.Mereka kuat minum dan mabuk dan suka meludah di tepi jalan.
Jika mereka bercakap,kedengaran seolah-olahnya mereka sedang bergaduh.Tetapi itu adalah normal dan memang gaya mereka berkata-kata sebegitu.Jika kita rapat dengan mereka,kita akan dilayan seperti orang korea juga.Mereka mementingkan nilai persahabatan dan sangat-sangat menghargai kawan itu sendiri.Tahap penguasaan bahasa inggeris mereka sangatlah rendah melainkan orang-orang yang pernah melanjutkan pelajaran ke luar negara sahaja.Untuk rapat dengan mereka ini,kita tidak boleh menunggu mereka untuk menegur kita tetapi kita yang perlu menegur mereka terlebih dahulu.Jika kita tidak memulakan langkah dahulu,jangan haraplah mereka mahu menegur kita.
kyoyuk ottotkae padayo?(macam mana menerima pembelajaran?)
Bagi pelajar yang baru tiba di korea, kami mula-mula sekali akan ditempatkan di Seoul National University Language Institute untuk belajar bahasa,math,computer,fizik serta chemistry selama setahun setengah.Di sini kami di ajar kemahiran berbahasa dan asas-asas ilmu sains di dalam bahasa korea.Secara peribadinya penuli berpendapat bahasa korea tidaklah sesukar mana kerna ia tidak mempunyai banyak karakter dan bentuk ia seperti bahasa inggeris iaitu mempunyai vokal dan konsonan sahaja.Keseluruhan vokal dan kosonan hangeul(bahasa korea) hanyalah berjumlah 20+ sahaja.Oleh itu mudah bagi kami untuk mempelajarinya.Tetapi terdapat kesukaran mempelajari scientific terms kerna kebanyakannya berasal dari karakter-karakter cina.
Ketika di pusat persediaan inilah kami baru tersedar bahawa betapa jauh tertinggalnya Malaysia di dalam era akademik.Bayangkan..sukatan pelajaran untuk subjek add math,fizik,kimia dan bio kita ketika di tingkatan 5 mereka sudah mempelajarinya ketika di tingkatan 4!..dan mereka belajar sehingga tinkatan 6 baru memasuki Universiti.Subjek-subjek di matrik itu mereka sudah mempelajarinya ketika di tingkatan 4 dan 5.Cikgu-cikgu di pusat bahasa begitu sporting dan mesra serta melayan kami seperti anak mereka sendiri.Di sini jugalah kami di bawa pergi melawat tempat tempat menarik di sekitar korea.
Sesudah tamat program bahasa kami melanjutkan pelajaran ke dongyang technical college.Di sinilah bermulanya kehidupan sebenar dan mencabar sebagai seorang pelajar.Di sini kami akan mengambil diploma selama 2 tahun dan penulis akan memasuki sem terakhir di sini di dalam bidang mechanical design engineering.Di sini segala pengetahuan kami tentang bahasa korea digunakan semaksimum yang mungkin kerna pembelajara,diskusi semuanya dilakukan dalam bahasa korea.Selepas tamat diploma selama 2 tahun,kami(pelajar MAL) akan menyambung pelajaran ke universiti selama 2 tahun lagi untuk mengambil degree dalam bidang yang diingini.Oleh itu tanggapan bahawa program korea hanya sehingga tahap diploma adalah tidak benar dan perlu dikikis sama sekali.Di bawah ini merupakan antara killer subjek di Dong Yang Technicall College-fluid and air pressure @ yu-gong-ap
oryoun sanghwangen?(keadaan yang sukar?)
Sudah tentulah sekali makanan! Agak sukar untuk memperolehi makanan halal di sekitar tempat kediaman penulis.Rata-ratanya para pelajar mendapatkan bekala ayam, daging yang halal semuanya di sebuah tempat dipanggil Itaewon. Di sini banyak orang-orang pakistan yang menjuallnya. Namun terdapat juga banyak makananan korea yang berunsurkan seafood boleh didapati di kedai-kedai korea.Rasanya agak sedap.Jika disebut korea pasti teringat kimchi.Kimchi merupakan sejeni sayuran peram yang diberi secara percuma dengan makanan.Dan setiap kali satu hidangan selalunya akan dibekalkan dengan 3-4 kimchi.Masyarakat korea sangat menjaga pemakanan mereka dan makanan mereka tidaklah banyak minyak.
Bagi solat pula,kami selalunya membawa kompas ketika keluar dan bersolat di tempat yang diyakini bersih.Orang-orang korea pasti akan tercengang-cengang jika melihat kami bersolat kerna mereka akan berasa sangat pelik.
Bahasa juga kadang-kadang memberi masalah kepada kami.Agak sukar untuk memahami pertuturan orang korea yang berdialek.Sama sahaja di Malaysia.Agak sukar untuk memahami perututuran dialek kelantan mahupun jawa.Kadang-kadang jika mereka bertutur terlalu pantas juga boleh menyebabkan kami agak struggle untuk memahaminya.Namun semua itu boleh diatasi.
p/s - Warga saser dari 1st batch sehingga 4th batch adalah seramai 7 orang.
Pesanan
Di harap jika ada junior saser yang berkeinginan untuk menyambung pelajaran di bumi korea ini atau inginkan maklumat boleh mnghubungi saya di YM renegix_01 atau terus email ke renegix_01@yahoo.com.
info
-Muhd Haikal Samsudin
-2nd Batch 03-04
-4 Omega/5 Beta
Labels: saser sedunia
1 Comment:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sy haikal jgk dr batch6 saser 07/08.
skrg nie tgh tggu rsult spm.
btw,mnarik sgguh citer abg psal korea n other places..
hope to hear from u soon..
doakn sy dpt rsult cmerlang k!
cntct,
*ekaldingdong@yahoo.com [ym,mysp]
*0126135082