Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Setelah aku membaca semua artikel di ruangan SASER Sedunia ini, aku tertarik untuk sama-sama berkongsi dengan semua SASERIAN tentang Jakarta, Indonesia. Namun, sebelum itu, sebaiknya aku memperkenalkan diri aku yang sememangnya tidak dikenali oleh SASERIAN lain. Nama diberi sesuai dengan tahap ketampanan yang dikurniakan Allah s.w.t, Mohd Yusof Bin Azman. Aku dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur.
Bermula suatu coretan tinta
Tanggal 10 ogos 2006 yang lalu, sesuai dengan perjanjian antara aku dengan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA), akhirnya aku diterbangkan ke negara jiran untuk meneruskan pengajian aku dalam bidang perubatan. Sesuai dengan perjanjian yang aku tandatangani, aku akan menghabiskan 6 tahun di sini, termasuk pre-clinical dan clinical nanti.
Pada awalnya, perasaan aku hanya Allah yang tahu. Aku percaya perasaan yang aku alami sama seperti SASERIAN luar negara yang lain. Sedih membelenggu diri kerana terpaksa berpisah bukan sahaja dengan keluarga tersayang tetapi berjauhan dengan nasi lemak dan teh tarik di Malaysia. Walau bagaiimanapun aku kuatkan semangat memandangkan aku memang selalu berjauhan dengan keluarga aku sejak kecil lagi.
Jika dinilai dari aspek kebersihan Jakarta ini, aku bagi 1 bintang dari 10 bintang kerana di sini kotornya udara dan persekitaran yang tidak sihat sudah sebati dengan rakyatnya. Seperti yang kita sedia maklum, kedar kemiskinan di sini sangatlah tinggi. Masih bersepah-sepah dan bertebaran kawasan setinggan di sekitar kota Jakarta ini. Bukan itu sahaja, masih ramai juga yang tidak mempunyai tempat tinggal dan masih merempat di tepi jalan meminta sedekah. Jika dibandingkan dengan Malaysia, boleh dikatakan Malaysia 10 tahun ke hadapan dari Indonesia dari segi pemikiran rakyatnya. Bukan bermaksud rakyat Indonesia ini tidak pandai, tetapi kesedaran tentang kebersihan dan ilmu itu masih kurang.
Namun, di sebalik kontradiksi Indonesia ini terdapat juga pro nya. Rakyat Indonesia ini rata-rata memiliki kekreatifan yang tinggi dalam senibina bangunan, dalam penghasilan filem dan bahkan juga dikenal sebagai lembah untuk belajar ilmu agama Islam di Asia Tenggara ini.

Berkenaan dengan tempat tinggal, di sini masing-masing kami ditempatkan di sebuah bilik yang dipanggil kosan. Bukan sekadar itu saja, kami juga disediakan dengan dua orang pembantu rumah untuk membasuh sekaligus mengosok baju, mengemas rumah dan memasak untuk kami. Perkara beginilah yang membahagiakan aku untuk tinggal di Jakarta ini. Dengan membayar Rp600,000 (Rm200++) , aku dapat tinggal di rumah yang selesa dengan perkhidmatan yang agak memuaskan.
Antara aktiviti menarik yang sempat aku nikmati selain dari sambutan hari raya Aidilfitri dan Aidiladha di Kedutaan Malaysia setiap tahun ialah ke menjelajah Bogor, Bandung, Jogjakarta dan InsyaAllah akan merancang ke Bali selepas ini. Bagi penggemar fesyen dan suka membeli belah seperti aku, datanglah ke Jakarta kerana Jakarta sangat terkenal dengan shopping mall yang besar-besar persis di Dubai. Tidak cukup dengan itu, mall yang ada di sini sampai tidak dapat dikira dengan jari kerana terlalu banyak. Barang-barang yang dijual juga berpatutan dan menepati citarasa anda. Memang dunia shoppinglah kt Jakarta ni!!

University Of Trisakti, Jakarta
Saat pertama aku menerima surat tawaran dari JPA untuk melanjutkan pelajaran di Universiti ini, jujur aku hanya terfikir apakah universiti ini tempat melahirkan bomoh-bomoh handalan? Tetapi setelah mengkaji sejarah perkembangan universiti ini, terbetik rasa bangga di hati.
University Of Trisakti adalah sebuah institusi pengajian tinggi bertaraf Antarabangsa yang mana mendapat jolokan universiti swasta nombor 1 di seluruh Indonesia. Universiti ini banyak melahirkan doktor-doktor yang berjaya dan kompeten. Walaupun terdapat beberapa pensyarah yang tidak profesional dari segi sikap dan etika, namun sistem pendidikan yang diserapkan di sini banyak membantu melahirkan doktor yang berani menghadapi cabaran dalam di masa akan datang nanti.

Mesti pembaca sekalian ingin tahu apa yang menarik belajar di sini. Bagi penulis, di sini, penulis diajar menjadi seorang doktor yang tahu pengendalian perubatan secara manual. Ini bukan bermaksud kami tidak diajar penggunaan teknologi tetapi kami dididik agar tidak terlalu bergantung kepada teknologi semata-mata. Jadi, untuk mendiagnosis sesuatu penyakit, kami lebih ditekankan dengan History Taking (anamnesis) dan Physical Examination.
Kesimpulannya, belajar di sini membantu kita menghadapi segala situasi tidak kira sama ada kita di kota, di desa ataupun di lautan sekalipun. Tambahan pula, pensyarah di sini selalu berkongsi pengalaman mereka bersama pelajar. Mereka juga tidak kedekut memberi tunjuk ajar dan menegur kesilapan yang kita lakukan. Itulah yang menarik di Indonesia.

Mengenai sistem pendidikan di Universiti ini, secara garis besarnya memang agak berbeza berbanding universiti lain di Indonesia. Sistem yang diterapkan di sini adalah sistem modul yang mana setiap minggu kami akan menduduki ujian. Untuk satu semester disajikan dengan 5 modul dan setiap modul berjalan selama 4 minggu. Untuk tahun pertama, kami diajar semua benda secara menyeluruh. ‘Tidak hairanlah di sini ramai macam nak gila belajar medic!!!’
Pahit yang merakam seribu pengalaman
Kalau di UK ada 4 musim, di Indonesia juga tidak kurang hebatnya. Di sini juga ada 4 musim iaitu musim tsunami, banjir, gempa bumi dan letupan gunung berapi. Buat masa ini aku baru berpeluang mengalami 2 musim yang ada di sini iaitu banjir dan gempa bumi. Banjir besar berlaku di Jakarta semasa aku di tahun 1 lagi d imana aku dan housemate aku dipindahkan ke kawasan tanah tinggi.
Pada awalnya kami dipindahkan ke wisma Malaysia tetapi memandangkan wisma Malaysia yang kecil dan tidak dapat memuatkan terlalu ramai orang, aku ambil keputusan untuk tinggal di rumah rakan-rakanku yang terletak di kawasan tanah tinggi. Banjir besar ini telah membuatkan aku kelihatan sangat selekeh. Tambahan pula banjir ini mengundang penyakit leptospirosis yang mana dapat meragut nyawa jika tidak ditangani dengan cepat dan tepat. Mujurlah aku tidak dijangkiti dengan penyakit itu dan hanya menghidap diarrhoea.

Bagaimana dengan gempa bumi? Ini berlaku sewaktu aku sedang menikmati IndoMee sebagai makan tengah malam. Kira-kira jam 12 tengah malam, aku dikejutkan dengan satu gegaran yang memeningkan kepala. Tanpa berlengah lagi, aku melarikan diri turun dari bilikku yang terletak di tingkat 2 untuk menyelamatkan diri. Alhamdulillah buat masa ini aku masih selamat dan sihat tinggal di Jakarta.
Pesanan
Sama seperti Anuar Zarkasi, aku ingin menasihatkan semua adik-adik yang masih belajar di SASER, belajar sungguh-sungguh kerana SPM penentu hala tuju kita selepas ini. Kalau yang berjaya lepas itu jangan lupa diri dan bagi yang kurang berjaya, masih ada peluang lagi untuk memajukan diri. Bersama menuju kegemilangan. Semoga SASER terus kekal. SASER Namamu Teratas!
Coretan Kenangan
Info:
- Mohd Yusof Bin Azman
- 2nd Batch 03-04
- 4 Theta /5 Zeta
Labels: saser sedunia
0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)