Persiapkan Diri Sebaik-baiknya
Jaga Kesihatan Dan Pemakanan
Tenang Dan Yakin Pada Diri
Fokus Pada Matlamat Yang Satu
Bersama-sama Menuju Kegemilangan
Semoga Kejayaan Milik Kita Bersama
"SELAMAT BERJUANG WAHAI PERWIRA SASERIAN"
Daripada :
Mohd Hafizul Bin Mat Rahim
SASER Pioneer (1st Batch)
Labels: SPM 09
Assalamualaikum & Salam sejahtera..salam 1 MALAYSIA buat semua putera SASER...
di kesempatan ini, saya wakil daripada X-saserian ingin mengucapkan GOOD LUCK SPM 2009 buat semua putera2 batch ke-7 SASER...
semoga di permudahkan perjalanan anda semua di dalam menduduki peperiksaan yang bakal menjelang pada 18november ini...di mulakan dengan paper 1 bahasa melayu...
berusahalah sehabis baik yang anda mampu...ingat anda punya tanggungjawab pada diri sendiri,keluarga,guru dan juga sekolah sendiri...dan ini adalah fasa terakhir anda di dalam sesi persekolahan...dan SPM bukan suatu perkara yang boleh di bawa main..ia penentu mana perjalanan anda di masa akan datang...
jangan pernah mengharapkan sesuatu yang lebih andai usaha yang kuat tidak di lakukan....teruslah berusaha selagi ada masa...kerana masa tidak pernah menunggu kita...dan apa yang paling penting...jangan pernah lupa untuk berdoa dan meminta padaNYA....kerana berkat usaha di tambah doa...pasti di permudahkan...dan kejayaan mungkin milik kita...
dan jangan lupa jugak untuk meminta maaf dan berkat ilmu dari cikgu2 SASER...rakan2 sekolah serta keluarga....semoga doa mereka akan sentiasa mengiringi anda...amin
akhir kata, kejayaan itu akan menjadi milik kita...jika usaha yang kita lakukan setinggi impian yang kita mahukan...kerana ALLAH akan memberikan kejayaan pada hambaNYA yang berhak untuk menerimanya...
semoga SASER akan terus TERATAS...!
MHD.JUMAIN BIN MAPPLATI
SASERIAN 3rd BATCH (2004-2005)
Labels: wish
Salam dan Selamat Sejahtera Buat Semua.
Setakat pengamatan saya, shoutbox di laman Dendron ni lebih aktif daripada entri-entri. Sebab author-author Dendron ni semakin hari semakin malas (termasuk yang menulis entri ni), kecuali Pjoyz. Respek abang 1st batch ni!.
Dendron mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua yang sentiasa menyokong Dendron, khususnya warga SASERIAN daripada pelajar hinggalah kepada guru-guru.
Sebagai hadiah kepada anda semua, laman web ni akan dinaik taraf ke domain dan hosting sendiri. Terima kasih kepada mereka yang menderma dan menyumbang ke arah pembangunan Dendron ini.
Semoga panaik tarafan laman web ini kelak akan menjadi titik mula kepada penubuhan Alumni SASER kelak, insyaAllah.
Sekian, terima kasih!
Fakhruddin Aifi Fauzi (Paku)
SASERIAN 2nd Batch (2003 - 2004)
B.Sc Geophysics (Honours)
The University of Adelaide
Australia.
Labels: announcement
Posted by misH
June 03,
2009
saser sesuatu yang istimewa. tak percaya? tanyala sesiapa pun yang pernah jadi warga saser.
skrg ni ramai ex-saserians yang kecoh sbb saser akan 'dijenamakan semula' dengan nama sm sains tuanku muhriz/kolej tunku muhriz/mcm2 lagi nama yang setakat ni masih x belum confirm lagi setakat ni..
sebagai org yang dah lama kat saser, i understand the sentiments people have about saser. saser, sekolah 'bundle', 'sekolah antik' yang memang ternyata istimewa kepada semua saserians. walaupun sekolah kami tak la grand mcm sbp yang lain, we work with what we have. aku berani jamin, korang xkan jumpa cikgu2 mcm yang ada kat saser. rasanya kalau setakat balik sekolah kul 6 tu bukan benda yang pelik bagi cikgu2 saser yang komited demi memastikan anak2 murid semua sukses. walaupun takde overtime, cikgu2 saser x pernah turn down those who are in need. (aku rasa, kalau dapat claim overtime, dah lama aku bwk bmw 325i g skolah...)
hadiah hari guru yang paling best bukannya bunga berbakul2 or teddy bear besar orang. hadiah paling mahal is bila dengar khabar saserians dpt scholarship yang best2 such as sime darby, bank negara, shell, khazanah, dan yang sama waktu dengannya.. masa tu rasanya terbayar semua penat lelah mengajar anak2 murid kat saser nih. so, bila anak2 murid batch sekarang ni agak kurang adab dgn cikgu, rasa kecik ati tu memang confirm ada.
sebab sekarang saserians batch 7 &8 hidup senang. tak payah angkat katil naik asrama, kemas sekolah, dan mcm2 lagi yang students 1st and 2nd batch buat.. dulu semuanya kalau nak training, buat sendiri. masa tu saser miskin, tak ada siapa yang pandang. nak panggil jurulatih luar pun tak mampu. aku ingat lagi, ada ex-saserians 1st n 2nd batch pernah kata, dulu diorg malu kalau jalan sebelah tkcians. sbb diri rasa sangat kecik, tak la macam nama tkc yang memang gah sejak dulu, g mana2 pun org confirm kenal. tapi sekarang, alhamdulillah, jenama saser tu satu 'brand' yang sangat disegani.
saser memang special, to me. kat sini aku belajar erti jadi cikgu. belajar handle sekolah all boys yang cerdik, tapi nakal. belajar hidup dalam kalangan manusia yang bermacam ragam. dan satu benda yang tak mungkin aku lupa, masa saser jadi johan ppm english debate 2006. punyalah excited masa announcement of results sampai aku lupa yang aku pakai high heels waktu tu. kenangan tu memang antara kenangan paling best aku kat saser nih.
untuk anak2 murid saserians, biarla nama berubah jadi nama apa sekalipun, yang penting korang teruskan semangat saser, so that kita sentiasa jadi yang terbaik. itu jauh lebih penting dari kekalkan nama saser tapi perangai saserians tak serupa orang.
jangan lupa hormati guru,kawan2, makcik2 cleaner, pakcik jaga sekolah, makcik2 dm & kantin, and sesiapa pun yang ada kat bumi saser. sebab kejayaan kita sumbangan diorang jugak. tak guna kalau korang sebut "maafkan kami cikgu, halalkan ilmu kami cikgu, doakan kami spm straight a, cikgu" kalau itu cuma mainan bibir and doesn't come from your heart.
apa2 pun, 'saser, namamu tetap teratas'
aku sayang saser.
p/s-artikel ini diambil dari blog seorang guru lama saser dengan kebenaran beliau.
Kejohanan Golf Amal SASER 2009
31 Oktober 2009 (Sabtu)
11 pagi
Tuanku Jaafar Golf & Country Club
Tujuan antara lain mencari dana PIBG sekolah untuk menambah koleksi buku di Pusat Sumber Sekolah SASER yang baru. Semua dijemput untuk memeriahkan kejohahan ini terutamanya ibubapa / penjaga pelajar semasa dan terdahulu. Borang penyertaan boleh di muat turun pada laman web ini. Sebarang pertanyaan sila hubungi:-
Tn Hj Mohd Kamal Shukor (012-3915881)
En. Razali Ahmed (019-6512982)
En. Norezal Nordin (012-2885425)
Pn. Noraini Kassim (019-6239159)
atau email kepada admin@saser.edu.my
Ibubapa pelajar SASER boleh mendaftar email dengan saser@yahoogroups.com untuk mendapatkan maklumat terkini daripada SASER. Sila hantar email kepada saser-subscribe@yahoogroups.com
*kepada sesiapa yang berminat bolehlah mendapatkan borang di website SASER iaitu http://saser.edu.my atau menghubungi guru-guru di atas
Tampalkan poster ini di blog atau di mana-mana sahaja bagi menunjukkan sokongan anda terhadap usaha mengekalkan nama SASER.
Hanya SASERIAN yang mengenali apa itu SASER dan betapa bermaknanya ayat itu kepada kita.Dengan ungkapan seperti 'SASER namamu teratas, Kamilah Putera Harapan dan target-target yang sering dilaung-laungkan oleh Cikgu Halim, kita bangkit. Berusaha menjadikan SASER dari suatu nama yang asing kepada suatu nama yang cukup dikenali ramai ketika ini.
Masihkah kamu semua ingat Cikgu Halim sering berkata sasaran SASER adalah untuk mengalahkan SDAR dan TKC? setiap perhimpunan beliau berucap dan menanam semangat dalam diri kita untuk menjadi yang terbaik melalui slogan SASER namamu teratas!
Ayuh!
Labels: SASER
Saudara-saudara Alumni Saser yang ku kasihi...
Semalam, saya dan taufik telah turun ke Saser untuk menziarah adik-adik kita di sana. Sekolah kita sedang menuju ke arah pembangunan yang pesat dengan terbinanya pusat-pusat kemudahan yang baru seperti surau, pusat ko-k, bangunan pentadbiran 4 tingkat dan byk lagi perkembangan yang di jalankan di Saser kini. Jauh berbeza dengan zaman kita yang agak sederhana.
Sempat juga saya bertemu dengan cikgu kahar, cikgu sharol, cikgu md nor kerana kebetulan ada kejohanan bola interclass smalam. Pertemuan yang singkat itu dijalankan dengan penuh berkualiti.
Namun, dalam masa perbincangan berkenaan perkembangan Saser, kita telah menerima berita yang pada hemat saya menggemparkan dan dukacita. Bahawa Sekolah Menengah Sains Seremban (SASER) akan ditukar namanya kepada Kolej Tunku Mukhriz (bersempena yang dipertuan NS yang baru)diatas arahan PPD. Dimaklumkan bahawa Pengarah PPD telah mengeluarkan arahan bertulis kepada pengetua sekolah untuk tindakan selanjutnya. Penguatkuasaan pertukaran nama ini dikatakan berkuatkuasa dalam tempoh setahun. Malangnya, generasi terakhir yang akan memikul cabaran Saser akan diakhiri pada generasi 7th.
Kenapa Saser pula yang dipilih untuk menukar nama? Difahamkan bahawa peringkat PPD ingin menamakan sekolah bersempena nama yang dipertuan. Pada hemat saya, SBP yang baru sepatutnya perlu diberikan nama ini tetapi difahamkan yang PPD hanya mahukan sekolah yang konsisten prestasinya.
Saserian & Guru-guru rata-rata memang tidak bersetuju diatas tindakan penukaran nama sekolah. Jelas, majlis mesyuarat sekolah seolah-olah dikesampingkan.
Justeru, saya menyeru rakan-rakan Alumni Saser untuk kita mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan permasalahan ini. Cadangan saya agar dimulakan satu pertemuan rasmi dengan pihak sekolah untuk kita berbincang dan pada masa yang sama pungutan suara perlu dilakukan diperingkat alumni dari batch pioneer sehingga batch 6th. Harap perhatian dan dipanjangkan makluman ini kepada rakan-rakan yang lain kepada semua batch.
Atau mungkin ada cadangan lain dari rakan-rakan. Himpunan Alumni perlu dijalankan dalam tempoh terdekat. Harap maklum.
Mohon perhatian alumni
Yang benar,
Sheikh 1st Batch (Pioneer)
Labels: SASER
Pastinya kami MEMBANTAH!
Setelah 6 tahun mantan pelajar SASER bertungkus lumus menaikkan nama SASER daripada sebuah sekolah yang tidak dikenali sehingga begitu terkenal pada hari ini, mana mungkin kami bersetuju nama SASER yang sudah bersebati dengan diri kami ditukar ganti.
SASER, nama yang penuh nostalgia buat sesiapa yang penah bergelar warga SASER. Keperitan yang ditempuhi sejak bermulanya generasi pertama bertapak di SASER pada 8 April 2002 sehinggalah kesenangan dan kegemilangan yang dinikmati kini cukup memberikan 1001 memori indah buat warga SASER.
Kami tidak memerlukan mana-mana tokoh negara untuk menumpang nama di sekolah kami ini. Kami berbangga membawa nama Sekolah Menengah Sains Seremban (SASER) kerana SASER sudah tersemat erat di dalam hati dan sanubari kami.
Labels: SASER
Genap 7 tahun penubuhan SASER
Banyak kejayaan demi kejayan yang telah berjaya dilakar dalam tempoh usia semuda ini
Syabas buat semua SASERIAN
Kepada adik-adik SASERIAN, teruskan usaha untuk memartabatkan SASER
SASER NAMAMU TERATAS
KAMILAH PUTERA HARAPAN
Labels: SASER
Salam dan tahniah kepada semua.Pertama-tamanya saya nak meminta maaf kepada saudara Pjoyz kerana membiarkan dia seorang beratalu-talu menjawab segala persoalan dan cemuhan yang dilontarkan berhubung keputusan SPM 2008.Keduanya tahniah kepada semua saserian batch 6 yang sekali lagi berjaya mengekalkan kedudukan no 1 di dalam sbp.Tahniah kerana memartabatkan SASER NAMAMU TERATAS.
Tahniah sekali lagi.Bukan mudah untuk mengekalkan kejayaan yang diwarisi.Lebih mudah mencipta kejayaan daripada mengekalkannya.Tidak perlu rasanya tuding menuding di antara satu sama lain di atas kejatuhan gred purata beberapa subjek.Ada lebih baik jika kita menilai sendiri diri kita.saya selaku pelajar 2nd batch ingin mengingatkan kepada semua saserian bahawa rencah utama untuk kejayaan saser adalah berusaha bersama-sama sebagai suatu kumpulan,menjaga hubungan baik dengan guru,berdoa dan bertawakkal.Perkara asas ini perlu dijaga sebaik mungkin jika SASER masih mahu terus menggapai kejayaan.
Kepada adik-adik yang bertelagah tentang SBP dan MRSM rasanya tidak perlulah berbuat demikian.Tidak ada rasionalnya untuk terus bercakaran sedangkan pelajar SBP dan MRSM lah yang banyak merudum keputusannya ketika di menara gading dan matrikulasi.YA kita gah sebagai jaguh kampung apabila kita bersama-sama bangsa kita.Tapi apabila bertanding secara terbuka bersama-sama bangsa lain.di mana kita?tersungkur menyembah bumi.Jadi ada baiknya kalian jadikan kejayaan saser ini sebagai suatu cabaran agar kalian juga mampu menggapainya.Tidak salah meletakkan satu batu ukur dalam mengejar kejayaan.Mungkin selepas menandingi kejayaan SASER kalian boleh pula cuba mengejar MRMS.Maaf tidak ada sedikit nada riak mahupun bangga ketika ini.Cuma saya mahu mengajak anda semua agar menyalurkan ketidakmatangan itu kepada jalan yang positif.
Di dunia di luar sana bukan dari sekolah mana yang menjadi ukuran.Tetapi sejauh mana anda mampu bersaing itu yang menjadi ukuran.Tetapi ingat.Akan sentiasa muncul orang-orang yang dengki dengan kalian.
'Bacalah dengan nama tuhanmu'
Muhd Haikal bin samsudin
4omega/5beta 03/04
Saserian 2nd batch
- SASER - SM Sains Seremban
- KISAS - Kolej Islam Sultan Alam Shah
- ASIS - SM Sains Alam Shah
- SAMURA - SM Sains Muar
- SESTER - SM Sains Kuala Terengganu
- SAINS JOHOR - SM Sains Johor
- SESERI - SM Sains Seri Puteri
- KUSESS - SM Sains Kuala Selangor
- SEMASHUR - SM Sains Hulu Selangor
- SMSSI - SM Sains Sultan Iskandar
- SEMESTA - SM Sains Tengku Abdullah
- MCKK - Kolej Melayu Kuala Kangsar
- MOZAC - SM Sains Muzhaffar Shah
- SMAPK - SM Agama Persekutuan Kajang
- SAS - Sekolah Alam Shah
- FARIS PETRA - SM Sains Faris Petra
- SESMA - SM Sains Sultan Mahmud
- STJ - SM Sains Tuanku Jaafar
- SMAPL - SM Agama Persekutuan Labu
- STF - Sekolah Tun Fatimah
- SYTRA - SM Sains Tuanku Syed Putra
- SMACH - SM Sains Machang
- SMSS - SM Sains Selangor
- SMESH - SM Sains Sabah
- SERATAS - SM Sains Raja Tun Azlan Shah
- SEMSAS - SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah
- SDAR - Sekolah Datuk Abdul Razak
- SAINS KUCHING - SM Sains Kuching
- SHAH PEKAN - Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah
- SEMESTI - SM Sains Teluk Intan
- SAKTI - SM Sains Kota Tinggi
- STAR - Sekolah Tuanku Abdul Rahman
- SSP - Sekolah Seri Puteri
- TKC- Kolej Tunku Kurshiah
- SOKSEK - SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
- SAINA - SM Sains Pokok Sena
- SAINS LAHAD DATU - SM Sains Lahad Datu
- SAINS DUNGUN - SM Sains Dungun
- SAINS LABUAN - SM Sains Labuan
- SAINS MIRI - SM Sains Miri
- SCIPP - SM Sains Pasir Putih
- SEMUJI - SM Sains Sultan Mohamad Jiwa
- SMSAH - SM Sultan Abdul Halim
- INTEGOMB - SBPI Gombak
- SEPINTAR - SBPI Rawang
- ITEM - SBPI Temerloh
- INTERSABER - SBPI Sabak Bernam
- INTEK - SBPI Kuantan
- INTEP - SBPI PEKAN
- IGOP -SBPI Gopeng
- BRAINS - SBPI Batu Rakit
- SBPI SELANDAR
- SBPI JEMPOL
- SBPI KUBANG PASU
p/s : Kalau ada kesilapan, tolong betulkan ye.
Labels: SBP
p/s: Ranking ini tidak termasuk sekolah swasta dan sekolah harian biasa kerana tiada maklumat.
- MRSM LANGKAWI 1.4041
- MRSM TAIPING 1.5391
- MRSM PENGKALAN CHEPA 1.5439
- SASER 1.612
- KISAS 1.68
- MRSM TUN GHAFAR BABA 1.6865
- ASIS 1.754
- SAMURA 1.83
- SESTER 1.841
- SBPI GOMBAK 1.883
** SBP=Biru, MRSM = Jingga
Labels: SPM 08
[FULL] Ranking SBP SPM 2008 : SASER Terus Unggul
82 responses Publisher: Pjoyz Zul Timestamped at: 3:20 PM- SASER 1.612
- KISAS 1.68
- ASIS 1.754
- SAMURA 1.83
- SESTER 1.841
- INTEGOMB 1.883
- SAINS JOHOR 1.906
- TKC 1.930
- SEPINTAR 1.951
- SESERI 1.979
- KUSESS 1.99
- BRAINS 2.004
- SEMASHUR 2.014
- SMSSI 2.005
- SEMESTA 2.059
- MCKK 2.073
- MOZAC 2.084
- SBPI SELANDAR 2.075
- SMAPK 2.11
- SAS 2.108
- FARIS PETRA 2.135
- SESMA 2.142
- ITEM 2.143
- STJ 2.171
- SAINA 2.171
- SMAPL 2.198
- INTERSABER 2.193
- SSP 2.188
- STF 2.221
- SBPI JEMPOL 2.248
- SYTRA 2.266
- SMACH 2.269
- SMSS 2.289
- SMSAH 2.305
- IGOP 2.277
- SMESH 2.321
- SBPI Kubang Pasu 2.307
- SBPI PEKAN 2.355
- INTEK 2.382
- SERATAS 2.409
- SEMSAS 2.406
- SDAR 2.419
- SCIPP 2.437
- SAINS KUCHING 2.438
- SHAH PEKAN 2.434
- SAINS MIRI 2.44
- SEMUJI 2.446
- SEMESTI 2.447
- SAKTI 2.444
- STAR 2.456
- SOKSEK 2.604
- SAINS LAHAD DATU 2.621
- SAINS DUNGUN 2.637
- SAINS LABUAN 2.822
*Kredit To Miss Hilma
Labels: SPM 08
1.61
Straight 1A = 30 orang
Straight A = 66 orang
Total Straight A = 96 orang
By Subject
BM = 1.07
English = 1.62
EST = 2.30
Math = 1.02
Add Math = 1.56
Fizik = 1.91
Kimia = 1.56
Biology = 2.77
Sejarah = 1.30
PAI = 1.25
Moral = 1.25
Labels: SPM 08
Assalamualaikum & salan sejahtera...
buat kesemua pelajar-pelajar saser yang tengah menunggu keputusan SPM 2008.
keputusan SPM boleh di ketahui pada 12 mac ini bermula pukul 10.00am di sekolah.
KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2008 akan diumumkan pada 12 Mac ini.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom dalam kenyataan semalam, berkata calon yang menduduki kedua-dua peperiksaan itu boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi hari berkenaan.
Calon persendirian pula, katanya, akan mendapat keputusan mereka melalui pos, yang akan dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri.
“Seramai 442,936 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM 2008 dan daripada jumlah itu 388,079 atau 87.6 peratus adalah calon sekolah Kementerian Pelajaran; calon sekolah kerajaan negeri dan tajaan badan tertentu 16,019 (3.6 peratus); calon sekolah swasta 10,331 (2.3 peratus) dan calon persendirian 28,507 (6.5 peratus),” katanya.
Alimuddin berkata, sebanyak 3,939 pusat peperiksaan disediakan untuk peperiksaan itu di seluruh negara. Peperiksaan bertulis SPM 2008 dijalankan dari 11 November hingga 5 Disember 2008.
Bagi peperiksaan STAM pula, katanya, seramai 6,240 calon mendaftar untuk mendudukinya, dengan 886 atau 13.9 peratus adalah calon sekolah bantuan penuh kerajaan; calon sekolah agama tadbir kerajaan negeri 4,219 (67.6 peratus); calon sekolah agama rakyat dan swasta 788 (12.6 peratus) dan 367 (5.9 peratus) calon persendirian.
Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam kenyataan menyebut, calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka di sekolah masing-masing bermula jam 12 tengah hari manakala calon persendirian individu akan memperolehnya melalui pos.
Di samping itu, katanya calon boleh menyemak keputusan mereka melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip STPM (JARAK) (Nombor kad pengenalan) dan hantar ke 39003.
Selain itu, katanya keputusan juga boleh disemak melalui sistem dalam talian dengan melayari laman web Majlis Peperiksaan Malaysia http://www.mpm.edu.my mulai jam 12 tengah hari pada hari berkenaan.
Seramai 53,638 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu dan daripada jumlah itu, 46,319 atau 86.35 peratus adalah calon sekolah kerajaan, 2,189 (4.08 peratus) calon sekolah swasta dan 5,130 (9.56 peratus) calon persendirian. - Bernama.
pastinya keputusan SASER untuk kali ini akan di tunggu-tunggu. Adakah ianya dapat mengekalkan kecemerlangan SASER yang telah di ukir oleh batch yang terawal? pastinya terjawab pada khamis ini.
sama-samalah kita berdoa agar SASER sentiasa teratas.amin
Labels: announcement
ini adalah berita terbaru yang saya terima daripada tuan punya badan sendiri iaitu YUSRY SAIDIN 3rd batch.
Beliau telah memberitahu kepada saya yang dia telah pun selamat bertunang dengan pilihannya sendiri iaitu iluni hayati.
Untuk pengetahuan saserian sekalian, mereka akan melangsungkan perkahwinan mereka pada tahun depan. Kedua-dua mereka akan melanjutkan pelajaran ke jepun iaitu saudara yusry saidin dalam bidang precise engineering ( course micro & nano tech medical robotic) manakala pilihan hatinya mengambil course electric electronic.
saudara yusri akan fly ke jepun pada 21 mac 2009 ini.
ini adalah sedikit gambar pertunangan mereka.
semoga dapat sampai ke jinjang pelamin k...
semoga berbahagia hendaknya~














Labels: SASER
p/s: Entri ini khas untuk SASERIAN yang sudah lama tidak menjenguk sekolah. Sekadar menghebahkan perubahan yang ada.
Labels: SASER
Makluman Mesyuarat Penubuhan Komuniti Alumni SASER
0 responses Publisher: Pjoyz Zul Timestamped at: 8:53 PMMasa : 10.00 malam
Tempat : Kediaman Saudara Ar-Rahman, Taman Maluri, Selangor
Hidupkan jiwa sasermu! Selamat datang kepada adik-adik yang bakal mendaftar ke SASER.Ketahuilah bahawa 2 tahun di saser itu merupakan satu lubuk emas buat anda yang benar-benar memanfaatkannya untuk mencari seberapa banyak pengalaman manis,pahit dan sebuah kejayaan.Teruskan legasi kecemerlangan SASER yang telah diturunkan turun temurun oleh senior-senior terdahulu.Ingatlah tujuan dan matlamat setiap SASERIAN iaitu mengejar kejayaan.Ingatlah resepi turun temurun yang diturunkan oleh para senior terdahulu iaitu berusaha bersungguh-sungguh,hormati rakan dan guru serta berdoa kepadaNYA.3 elemen inilah yang telah mencorakkan kecemerlangan SASERIAN selama ini.
Buat kepada semua SASERIAN yang kini berada di mana-mana.Ingatlah akan segala pengalaman manis dan pahit yang telah dialami dan kekalkanlah persahabatan di antara kita semua.Kita merupakan anak kelahiran SASER dan janganlah ada yang bermasam muka dia antara sendiri.Tujuan asal penubuhan Blog ini adalah untuk menghimpunkan kesemua ahli SASER dan menjadi medium perhubungan sementara di antara semua SASERIAN sebelum tercetusnya penubuhan ALUMNI SASER.Oleh itu manfaatkanlah medium yang ada ini seelok-eloknya.Jadikanlah ia sebagai suatu wadah untuk kita berkongsi cerita dan bertukar fikirang sesama kita.Walau berpuluh-puluh guru yang telah bertukar ganti, walau berpulu-puluh pembaharuan telah SASER alami,ingatlah bahawa ia tetap akan menjadi SASER kita.
Salam
- Sesiapa ada gambar Batch ke-6 dan Batch ke-7, sila beri kepada saya melalui e-mel gregorio_02 [at] y7mail [dot] com.
- Sesiapa nak jadi author untuk DENDRON sila contact kami.
- Sesiapa ada berita / update terkini mengenai SASER, sila beritahu kami untuk kami beritahu semua!
- Jom join Yahoo!Group SASER Alumni, dan isi / update data anda melalui ruangan database yang disediakan.
- Sesiapa ada blog tu, jangan segan-silu berikan alamat blog anda kepada kami.
- Jom join team untuk set-up Komuniti Alumni SASER.
Labels: announcement