baru2 ini kerajaan iaitu kementerian pelajaran telah mengumumkan 30 lagi sekolah kluster bagi mencukupkan 60 buah sekolah kluster yang ada di malaysia.
dan buat kali ke 2....saser tidak tersenarai dalam sekolah kluster. Apakah yang kurang pada saser? sehinggakan masih tidak tersenarai antara sekolah kluster yang terawal.
sedangkan apa kurangnya saser dengan TKC (FASA 1) dan SHAMS (FASA 2) dari segi pentadbiran dan pencapaian akademik serta kokurikulum....
mungkin juga di sebabkan SASER bukanlah sekolah yang premier seperti sekolah2 yang menjadi sekolah kluster.jika kita lihat kebanyakan sekolah2 kluster adalah dari kalangan sekolah yang sudah lama dan banyak pencapaian yang mereka terima berbanding saser yang masih setahun jagung.
namun apa yang pasti, kementerian akan terus mencari sekolah2 yang layak utk bergelar sekolah kluster kerana target kementerian pelajaran adalah 300 sekolah menjelang 2010. maka pada setiap tahun akan ada senarai sekolah yang akan menjadi sekolah kluster.
bukannya terlalu mendambakan gelaran sekolah kluster, tetapi sedar ataupun tidak banyak faedah yang akan sekolah terima jika tersenarai di kalangan sekolah kluster. ianya akan secara langsung menjadikan sekolah tersebut sekolah yang terbaik dari semua perkara.
-Kolej Islam Sultan Alam Shah (B), Selangor (SBP)
-Kolej Tunku Krushiah (B), Negeri Sembilan (SBP)
-Kolej Melayu Kuala Kangsar (B), Perak (SBP)
-SMS Tengku Muhammad Faris Petra (B), Kelantan (SBP)
-SMK Penang Free (B), Pulau Pinang (SMH)
-SMK (P) Sri Aman (B), Selangor (SMH)
-SMK Aminuddin Baki (B), Kuala Lumpur (SMH)
-SMK Sultanah Asma (B), Kedah (SMH)
-SMK Sultan Sulaiman (B), Terengganu (SMH)
-SMK Abdul Rahman Talib (B), Pahang (SMH)
-SMK Derma (B), Perlis (SMH)
-SMK Gunung Rapat (B), Perak (SMH)
-SMK Victoria (B), Kuala Lumpur (SMH)
-SMK St. John (B), Kuala Lumpur (SMH)
-SMK Convent Bukit Nanas (Mission, B), Kuala Lumpur (SMH)
-SMT Tawau Sabah (B), Sabah (SMT)
-SMT Tuanku Jaffar (B), Negeri Sembilan (SMT)
-SMKA Sheikh Abdul Malek (B), Terengganu (SMKA)
-SMKA Sharifah Rodziah Melaka (LB), Melaka (SMKA)
-SMKA Al-Manshoor (L) (B), Pulau Pinang (SMKA)
-SK Zainab 2 (B), Kelantan (SK)
-SK Sri Gaya (B), Sabah (SK)
-SK Infant Jesus Convent (Mission, B), Johor (SK)
-SK Sultan Idris 2 (LB), Perak (SK)
-SK Pengkalan Tereh (LB), Johor (SKOA)
-SK Ulu Lubai (LB), Sarawak (SK PDLM)
-SJKC Keat Hwah (B), Kedah (SJKC)
-SJKT Simpang Lima Klang (B), Selangor (SJKT)
-SKPK Alma (LB), Pulau Pinang (SKPK)