
Assalamualaikum kepada semua. Selepas berhempas pulas dengan segala peperiksaan, akhirnya penulis mempunyai begitu banyak masa terluang untuk menulis kembali.Baiklah. Kali ini penulis ingin berkongsi dengan pembaca-pembaca di luar sana tentang salah satu negara yang digelar 'Gergasi Asia' iaitu korea.
Annyonghasaeyo Yorobun~
Ayat di atas membawa maksud 'hello everybody'.Jika Jepun digelar negara matahari terbit,Korea pula digelar land of the morning calm..ape yang calm sangat pon penulis tak tahu..Sebab korea ni sibuk aje..so penulis cerita serba sedikit pasal korea ok.Korea ni merupakan negara 4 musim.Ade musim bunga,panas,luruh dan salji.Panas korea melebihi kepanasan Malaysia kerana faktor kekeringan cuacanya berbanding dengan Malaysia yang beriklim lembab sepanjang tahun.Musim sejuknya pula agak sejuk dan boleh mencecah -20 celcius mengikut tempat.Namun secara peribadinya penulis lebih gemar dengan cuaca ketika musim bunga.Pemandangannya pun cantik ditambah angin yang bertiup seakan-akan angin di pantai membuatkan penulis selalu 'hilang' di dalam keindahan alam ciptaan Allah S.W.T
Indahkan musim bunga?
Hanguk sarami otton saram inkayo?(orang korea bagaimana?)
Kali ni penulis akan bercerita tentang orang korea.Seperti yang sering dilihat di televisyen di Malaysia, kebanyakan orang-orang korea agak kacak dan comel-comel..Tetapi awas!..tidak semua yang asli kerna kebanyakannya sudah melalui pembedahan plastik.Pembedahan plastik di sini boleh dikatakan sebagai suatu budaya.Kebanyakan dari mereka melakukannya sejak di bangku sekolah menengah lagi.

Bagi yang berkerja pula mereka akan berkerja dari pukul 8 sehingga pukul 5 atau 6 dan akan terus menyambung kerja mereka sehingga pukul 8 atau 9 malam.Seram bukan?Kerna tekanan inilah yang menjadikan mereka bangsa yang sangat kompeten dan sangat tinggi daya saing mereka.Mereka berdisiplin,sangat2 hormat kepada orang tua Tetapi mereka juga merupakan bangsa yang kurang nilai sopan santunnya dan agak memandang rendah kepada bangsa lain kecuali yang berkulit putih.Mereka juga mempunyai nilai individualistik yang tinggi.Mereka tidak menghiraukan orang lain kecuali jika mereka mempunyai kepentingan bersama.Mereka kuat minum dan mabuk dan suka meludah di tepi jalan.
Jika mereka bercakap,kedengaran seolah-olahnya mereka sedang bergaduh.Tetapi itu adalah normal dan memang gaya mereka berkata-kata sebegitu.Jika kita rapat dengan mereka,kita akan dilayan seperti orang korea juga.Mereka mementingkan nilai persahabatan dan sangat-sangat menghargai kawan itu sendiri.Tahap penguasaan bahasa inggeris mereka sangatlah rendah melainkan orang-orang yang pernah melanjutkan pelajaran ke luar negara sahaja.Untuk rapat dengan mereka ini,kita tidak boleh menunggu mereka untuk menegur kita tetapi kita yang perlu menegur mereka terlebih dahulu.Jika kita tidak memulakan langkah dahulu,jangan haraplah mereka mahu menegur kita.
kyoyuk ottotkae padayo?(macam mana menerima pembelajaran?)
Bagi pelajar yang baru tiba di korea, kami mula-mula sekali akan ditempatkan di Seoul National University Language Institute untuk belajar bahasa,math,computer,fizik serta chemistry selama setahun setengah.Di sini kami di ajar kemahiran berbahasa dan asas-asas ilmu sa

Ketika di pusat persediaan inilah kami baru tersedar bahawa betapa jauh tertinggalnya Malaysia di dalam era akademik.Bayangkan..sukatan pelajaran untuk subjek add math,fizik,kimia dan bio kita ketika di tingkatan 5 mereka sudah mempelajarinya ketika di tingkatan 4!..dan mereka belajar sehingga tinkatan 6 baru memasuki Universiti.Subjek-subjek di matrik itu mereka sudah mempelajarinya ketika di tingkatan 4 dan 5.Cikgu-cikgu di pusat bahasa begitu sporting dan mesra serta melayan kami seperti anak mereka sendiri.Di sini jugalah kami di bawa pergi melawat tempat tempat menarik di sekitar korea.
Sesudah tamat program bahasa kami melanjutkan pelajaran ke dongyang technical college.Di sinilah bermulanya kehidupan sebenar dan mencabar sebagai seorang pelajar.Di sini kami akan mengambil diploma selama 2 tahun dan penulis akan memasuki sem terakhir di sini di dalam bidang mechanical design engineering.Di sini segala pengetahuan kami tentang bahasa korea digunakan semaksimum yang mungkin kerna pembelajara,diskusi semuanya dilakukan dalam bahasa korea.Selepas tamat diploma selama 2 tahun,kami(pelajar MAL) akan menyambung pelajaran ke universiti selama 2 tahun lagi untuk mengambil degree dalam bidang yang diingini.Oleh itu tanggapan bahawa program korea hanya sehingga tahap diploma adalah tidak benar dan perlu dikikis sama sekali.Di bawah ini merupakan antara killer subjek di Dong Yang Technicall College-fluid and air pressure @ yu-gong-ap

oryoun sanghwangen?(keadaan yang sukar?)
Sudah tentulah sekali makanan! Agak sukar untuk memperolehi makanan halal di sekitar tempat kediaman penulis.Rata-ratanya para pelajar mendapatkan bekala ayam, daging yang halal semuanya di sebuah tempat dipanggil Itaewon. Di sini banyak orang-orang pakistan yang menjuallnya. Namun terdapat juga banyak makananan korea yang berunsurkan seafood boleh didapati di kedai-kedai korea.Rasanya agak sedap.Jika disebut korea pasti teringat kimchi.Kimchi merupakan sejeni sayuran peram yang diberi secara percuma dengan makanan.Dan setiap kali satu hidangan selalunya akan dibekalkan dengan 3-4 kimchi.Masyarakat korea sangat menjaga pemakanan mereka dan makanan mereka tidaklah banyak minyak.
Bagi solat pula,kami selalunya membawa kompas ketika keluar dan bersolat di tempat yang diyakini bersih.Orang-orang korea pasti akan tercengang-cengang jika melihat kami bersolat kerna mereka akan berasa sangat pelik.
Bahasa juga kadang-kadang memberi masalah kepada kami.Agak sukar untuk memahami pertuturan orang korea yang berdialek.Sama sahaja di Malaysia.Agak sukar untuk memahami perututuran dialek kelantan mahupun jawa.Kadang-kadang jika mereka bertutur terlalu pantas juga boleh menyebabkan kami agak struggle untuk memahaminya.Namun semua itu boleh diatasi.
p/s - Warga saser dari 1st batch sehingga 4th batch adalah seramai 7 orang.

Di harap jika ada junior saser yang berkeinginan untuk menyambung pelajaran di bumi korea ini atau inginkan maklumat boleh mnghubungi saya di YM renegix_01 atau terus email ke renegix_01@yahoo.com.
info
-Muhd Haikal Samsudin
-2nd Batch 03-04
-4 Omega/5 Beta
Labels: saser sedunia
[MSME] Bedah Siasat: Analisis dan Prosedur - bahagian 1
1 responses Publisher: aXon Timestamped at: 7:01 PMEntri ini dibahagikan kepada Bahagian 1 dan Bahagian 2.
Jenis-Jenis Bedah Siasat
Tidak ramai yang tahu bahawa bedah siasat (autopsi) terbahagi kepada 2 jenis:-
- klinikal / patologikal autopsi; dan
- forensik autopsi
Klinikal Autopsi
Klinikal autopsi dilakukan bila seseorang mati di hospital disebabkan penyakit yang dihidapi. Tujuannya ialah untuk mengkaji mekanisma bagaimana penyakit yang dihidapi itu menyebabkan kematian supaya pesakit yang akan datang boleh mendapat rawatan yang lebih baik di samping mengurangkan kadar kematian di kalangan penghidap penyakit tersebut. Klinikal autopsi hanya akan dijalankan setelah mendapat kebenaran daripada waris si mati. Bedah siasat juga hanya melibatkan sistem badan yang terkesan oleh penyakit tersebut. Contohnya, jika pesakit jantung mati, maka bedah siasat tertumpu di kawasan jantung sahaja tanpa mengganggu bahagian badan yang lain. Sebarang penemuan semasa bedah siasat ini adalah “sulit”, dan tidak akan didedahkan kepada umum.
Forensik Autopsi
Berbeza dengan klinikal autopsi, forensik autopsi dilakukan atas arahan pihak polis atau majistret. Tujuan forensik autopsi dijalankan ialah untuk mencari sebab-sebab dan punca kematian. Penemuan dalam forensik autopsi ini adalah terdedah kepada umum sebab penemuan-penemuan tersebut akan dibentangkan di hadapan mahkamah oleh doktor yang melakukan autopsi tersebut. Penemuan tersebut amat penting terutamanya dalam kes pembunuhan yang mana penemuan semasa bedah siasat dapat mengesahkan salah laku seorang penjenayah. Seperti yang diketahui umum, forensik autopsi dilakukan apabila berlaku kematian yang meragukan, tidak disangka, dan dalam keadaan yang tidak natural (abnormal, unnatural, unexpected death). Prosedur ini juga tidak memerlukan kebenaran ahli keluarga si mati kerana mahkamah menjadi waris yang sah di sisi undang-undang dalam kes kematian yang tidak disangka (pembunuhan, kemalangan, keracunan, dsb.)
Seperti yang anda tahu, kematian boleh berlaku disebabkan:-
- Pembunuhan (homicidal)
- Kemalangan (accidental)
- Bunuh diri (suicidal)
Prosedur Forensik Autopsi
- Pemeriksaan luaran; dan
- Pemeriksaan dalaman
Pemeriksaan Luaran
Pemeriksaan luaran termasuklah mengenalpasti jantina, umur, bangsa / kaum dan binaan badan si mati sama ada kurus, sedang-sedang, gempal, dsb. Selain itu, warna rambut, warna mata, pakaian si mati dan tatu turut dikenalpasti, termasuklah memeriksa sendi jika ada sendi yang patah. Sebarang kecederaan luaran juga direkodkan dengan teliti.
Pemeriksaan Dalaman
Kemudian, potongan dibuat di kepala, bermula dari kawasan belakang telinga naik ke atas sehinggalah ke belakang telinga yang sebelah lagi. Kulit kepala yang telah terpotong 2 akan dilipat ke hadapan dan ke belakang masing-masing supaya tempurung kepala kelihatan. Dengan menggunakan gergaji getar, tempurung kepala dibuka dan otak dikeluarkan. Otak diperiksa untuk mengenalpasti sebarang kecederaan atau pendarahan dalaman.
Labels: MSMC
I, the invisible author of DENDRON have linked this blog to more SASERIAN Bloggers especially the 5th Batch SASERIAN.
It is proudly amazing that DENDRON is being linked to many SASERIAN Bloggers, meaning that DENDRON is gaining it's popularity!
Well, nothing much to say. But stay focus on DENDRON. New fresh look is about to be made-up.
p/s: Sorry Madam Lim, Miss Hilma, Miss Zahuren and Miss Hasni for my English. Have any hint of who i am?
Labels: announcement
Syarat2 Pemilihan Sekolah Kluster
Sekolah kluster ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya.
Pemilihan sekolah kluster akan dibuat berdasarkan kepada kluster berikut:
- Sekolah Rendah yang terdiri daripada Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah Orang Asli.
- Sekolah Menengah yang terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Harian, Sekolah Premier, Sekolah Seratus Tahun, sekolah dalam persekitaran Putrajaya dan Cyberjaya, dan Sekolah Model Khas.
- Sekolah Rendah Pendidikan Khas (SPK) dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK), dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV).
- Sekolah Antarabangsa dan Sekolah Swasta
- Institusi lepas menengah seperti Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG)
Pemilihan sekolah tersebut perlu memenuhi prasyarat dan syarat berikut:
Prasyarat Pertama
- Pengukuran Standard Sekolah
Sekolah mestilah mencapai sekurang-kurangnya Taraf Cemerlang berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)
Prasyarat Kedua
- Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Menengah)
- Gred Purata Sekolah (GPS) untuk peperiksaan awam PMR dan SPM 3 tahun berturut-turut:
- SBP : GPS 2.5 dan ke bawah
- SMKA : GPS 3.0 dan ke bawah
- SMT : GPS 4.0 dan ke bawah
- SM Harian : GPS 4.0 dan ke bawah - Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Rendah)
- Sekolah Rendah Harian : 80% dan ke atas murid lulus semua mata pelajaran dalam UPSR, atau
- Peratus kelulusan menunjukkan peningkatan; atau
- GPS UPSR : 2 dan ke bawah
Syarat Pemilihan:
- Kecemerlangan murid dalam aspek:
- Akademik
- Kokurikulum
- Sahsiah - Pengurusan sekolah berwawasan dan berkesan.
- Pembangunan sumber terurus dan digunakan secara optimum.
- Pemimpin sekolah mengamalkan kepimpinan berkualiti.
- Pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
- Iklim sekolah kondusif untuk pembangunan modal insan.
- Keberkesanan pelaksanaan program KPM
- Sekolah berwatak
Sekolah yang memenuhi prasyarat dan syarat yang ditetapkan di atas boleh mengemukakan permohonan dan prosedur pemilihan adalah seperti berikut:
- Penerimaan pencalonan
- Penilaian menggunakan instrumen SKPM dan Annex
- Penentuan standard (standard fixing) oleh JK Pelaksana Sekolah Kluster
- Kesahan calon dalam Mesyuarat Hal-hal Profesional
- Calon dimaklumkan kepada Lembaga Penasihat
- Pengumuman oleh YB Menteri Pelajaran
KESIMPULAN: Untuk tersenarai di kalangan sekolah2 kluster Malaysia sgt2 la rumit prosedur2 nye...tp aku sbagai warga SASER percaya yg satu ari nnt akn masuk dlm list ni jugak...x pun nnt bile ade alumni SASER yg jd Menteri Pelajaran Malaysia, sure la SASER msuk dlm list sekolah2 kluster..heheheheh
Labels: Sekolah Kluster
SASER tak tersenarai sekolah kluster (fasa 2)
0 responses Publisher: jumapx Timestamped at: 12:37 AMbaru2 ini kerajaan iaitu kementerian pelajaran telah mengumumkan 30 lagi sekolah kluster bagi mencukupkan 60 buah sekolah kluster yang ada di malaysia.
dan buat kali ke 2....saser tidak tersenarai dalam sekolah kluster. Apakah yang kurang pada saser? sehinggakan masih tidak tersenarai antara sekolah kluster yang terawal.
sedangkan apa kurangnya saser dengan TKC (FASA 1) dan SHAMS (FASA 2) dari segi pentadbiran dan pencapaian akademik serta kokurikulum....
mungkin juga di sebabkan SASER bukanlah sekolah yang premier seperti sekolah2 yang menjadi sekolah kluster.jika kita lihat kebanyakan sekolah2 kluster adalah dari kalangan sekolah yang sudah lama dan banyak pencapaian yang mereka terima berbanding saser yang masih setahun jagung.
namun apa yang pasti, kementerian akan terus mencari sekolah2 yang layak utk bergelar sekolah kluster kerana target kementerian pelajaran adalah 300 sekolah menjelang 2010. maka pada setiap tahun akan ada senarai sekolah yang akan menjadi sekolah kluster.
bukannya terlalu mendambakan gelaran sekolah kluster, tetapi sedar ataupun tidak banyak faedah yang akan sekolah terima jika tersenarai di kalangan sekolah kluster. ianya akan secara langsung menjadikan sekolah tersebut sekolah yang terbaik dari semua perkara.
-Kolej Islam Sultan Alam Shah (B), Selangor (SBP)
-Kolej Tunku Krushiah (B), Negeri Sembilan (SBP)
-Kolej Melayu Kuala Kangsar (B), Perak (SBP)
-SMS Tengku Muhammad Faris Petra (B), Kelantan (SBP)
-SMK Penang Free (B), Pulau Pinang (SMH)
-SMK (P) Sri Aman (B), Selangor (SMH)
-SMK Aminuddin Baki (B), Kuala Lumpur (SMH)
-SMK Sultanah Asma (B), Kedah (SMH)
-SMK Sultan Sulaiman (B), Terengganu (SMH)
-SMK Abdul Rahman Talib (B), Pahang (SMH)
-SMK Derma (B), Perlis (SMH)
-SMK Gunung Rapat (B), Perak (SMH)
-SMK Victoria (B), Kuala Lumpur (SMH)
-SMK St. John (B), Kuala Lumpur (SMH)
-SMK Convent Bukit Nanas (Mission, B), Kuala Lumpur (SMH)
-SMT Tawau Sabah (B), Sabah (SMT)
-SMT Tuanku Jaffar (B), Negeri Sembilan (SMT)
-SMKA Sheikh Abdul Malek (B), Terengganu (SMKA)
-SMKA Sharifah Rodziah Melaka (LB), Melaka (SMKA)
-SMKA Al-Manshoor (L) (B), Pulau Pinang (SMKA)
-SK Zainab 2 (B), Kelantan (SK)
-SK Sri Gaya (B), Sabah (SK)
-SK Infant Jesus Convent (Mission, B), Johor (SK)
-SK Sultan Idris 2 (LB), Perak (SK)
-SK Pengkalan Tereh (LB), Johor (SKOA)
-SK Ulu Lubai (LB), Sarawak (SK PDLM)
-SJKC Keat Hwah (B), Kedah (SJKC)
-SJKT Simpang Lima Klang (B), Selangor (SJKT)
-SKPK Alma (LB), Pulau Pinang (SKPK)

86 pelajar SMS Seremban keracunan makanan
SEREMBAN 16 Jun –Seramai 86 pelajar Sekolah Menengah Sains Seremban di sini dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban malam tadi selepas mengadu sakit perut dan muntah-muntah dipercayai akibat keracunan makanan.
Difahamkan mereka mula dikejarkan ke hospital itu oleh pihak pengurusan sekolah itu secara berperingkat-peringkat mulai kira-kira pukul 8 malam dan dibenarkan pulang beberapa jam kemudian selepas mendapat rawatan pesakit luar.
Bagaimanapun dua daripada mereka ditahan di wad hospital itu untuk rawatan lanjut.
Pengarah Pelajaran Negeri, Abdullah Mohammad berkata Jabatan Kesihatan kini sedang mengenalpasti punca kejadian itu, sama ada ianya berpunca daripada makanan di kantin atau dewan makan.
Katanya Jabatan Kesihatan telah mengambil sampel makanan untuk dianalisis.— BERNAMA.
"Paku?"
"Atok? Buat apa kat sini?"
Atok atau nama sebenarnya tidak dapat diingati datang ke Adelaide untuk bercuti selepas habis peperiksaan di KUTPM. Di sini dia tinggal di rumah bapanya yang juga bermastautin di sini.
Sambil makan-makan hidangan jamuan 'house warming', banyak yang kami celotehkan. Seorang demi seorang rakan-rakan sama batch (2nd Gen) berjaya disebut dengan sepenuh ingatan. Yang aku ingat ialah Bab, Udzair, Ma'el, Nuar, Etot, Iji, Nazri Leman, Faiz Tamidi, Haizie, Kacang, Nazzierul, Yusof Azman, Bega, Skem dan puluhan lagi.
Mungkin dalam koloni 2nd Gen sekali pun, tidak ramai yang mengenali Atok kerana dia hanya sempat menjadi SASERIAN selama kurang dari 6 bulan.
Sekian, cerita Atok di Adelaide. Dulu Irfan Samad, kini Atok, adakah kau pula yang akan ku temui di sini kelak?
p/s: Bukan Atuk Pioneer a.k.a Abdul Muhaimin Aziz.